Anda di halaman 1dari 33

OLAHRAGA: LARI PECUT

NAMA PENSYARAH:
EN.D.GOVINDARAJAN
NAMA AHLI KUMPULAN 3:
1) DAYANA BT RAZALI
2) ZURAIDA BT ZABIDIN
Usain Bolt 9.58 100m New World Record Berlin (HQ).mp4
PENGENALAN KEPADA ACARA LARI PECUT

DEFINISI LARI PECUT


 Lari pecut boleh didefinisikan sebagai acara terpantas dibandingkan dengan acara-acara
lain. Larian pecut adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan
pada jarak tertentu yang ditetapkan ,seperti 50 meter, 100 meter atau 200 meter.
SEJARAH LARI PECUT

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan
pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin
popular.

Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192
meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara
ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang
keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar.
Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok
yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza
Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-
peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri sebagai
cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian.
Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai
kangaroo start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di
Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama
dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan
catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama
dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara
200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang
dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh.

Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita
acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph
dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan
masa 22.9.

Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya
mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968
dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat
masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50
saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada
tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94
saat pada tahun 1978.
PERATURAN UMUM DALAM LARI PECUT
PRINSIP-PRINSIP ASAS ACARA LARI PECUT

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak


kaki.

b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri


tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.

c)Tangan digerakkkan dengan pantas.

d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa


( tidak ditegangkan ).
Permulaan perlumbaan
Semasa perlumbaan
Akhir perlumbaan
Pengambilan masa
FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN
Menurut pakar, fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang
berikut
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat

Fasa Permulaan
Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan
adalah berbeza. Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada
amnya terdapat 3 cara :
a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start)
b) Gaya sederhana(Medium Start) 
c)Gaya Panjang(Elongated Start)
Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisandan kira 2 atau 1 ½ tapak.b) Hujung tapak kaki
belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan
 

l ½ tapak.b) Lutut tapak kaki belaka


- Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok
hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan
 

antara dua tapak kakiadalah seluas


Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kakihadapan
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
 
- Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagianhadapan blok hadapan
 
Gaya panjang
d) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l ½ tapak.
e) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

mulaan danblok belakang tiga tapak


f) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk
 
- Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan
 
MEMULAKAN LARIAN DENGAN BLOK

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang
dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya yang dicadangkan oleh Mach, seorang
atlit dan jurulatih yang berwibawa(mengikut Payne, 1985)
Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis
permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian
hadapan blok hadapan.
Penempatan blok di selekoh
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan penempatan blok permulaan adalah
berbeza berbanding dengan acara 100 m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan
bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangent kepada
garis dalam.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH


Fasa Permulaan dan Pecutan
Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan
luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula.
Kedudukan Kepala dan Leher
Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian daripada ‘torso’. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan. Selepas arahan ‘sedia’ diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan
dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki

Selepas ‘ bang’ atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan ( bukan ke atas ) dimulakan.
Diikuti pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan kehadapan. Tangan
lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut belakang digerakkan ke belakang dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan
diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30-60 meter,
kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut
bertambah dalam fasa ini.
TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM & PENGEKALAN KELAJUAN

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter. Dalam acara lari
pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira- kira 18 meter. Apabila seseorang atlit mencapai
kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan
ototnya. Tambahan pula seseorang atlit tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan
maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah
mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.
FASA PENAMAT

1.     Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya


2.     Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan
penamat
3.     Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk
menonjolkan bahagian dada ke hadapan.
ANSUR MAJU
Latihan ansur maju

v Latihan mendorong
1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
2. Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam
kumpulan.
3. Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan
seorang lagi berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.
4. lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan.
v Larian teknik pecut
1. Berlari dengan melangkah panjang.
2. Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat
lutut.
3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan.
5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
6. Berlari menyepak ke belakang.
7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan
tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung
v Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
1. Melonjak untuk jarak
2. melangkah panjang ( bounding )
3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut.
5. Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan
USAIN BOLT - HOW TO RUN THE FASTEST 100M EVER !!!.mp4
RUJUKAN
•www.slideshare.net/

notakuliahpismp.blogspot.com/

ml.scribd.com/.../PENDIDIKAN-JASMANI-OLAHRA...
END OF SLIDE
THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai