Anda di halaman 1dari 4

PENGARUH

AGAMA
HINDU
SEBELUM PENGARUH HINDU BUDHA
• Kepercayaan animisma di alam Melayu telah bermula sejak awal peradaban bangsa Melayu.

• Sejak migrasi manusia proto-Melayu dari selatan Yunnan pada sekitar tahun 1,000 SM, sehinggalah
gelombang migrasi kedua deutero-Melayu pada tahun 300 SM dari selatan Vietnam dan Kemboja, membawa
sekali agama dan pengaruh Hindu serta Buddha ke tanah Nusantara.

• Percampuran adat dan budaya baharu yang dibawa oleh masyarakat deutero-Melayu telah sedikit demi
sedikit menenggelamkan kepercayaan mereka terhadap animisma.

• Maka bermulah satu zaman baharu di mana Hindu dan Buddha sebagai agama rasmi hampir setiap kerajaan
Melayu pada ketika itu.

• Asimilasi kebudayaan ini bertambah rancak apabila kerajaan Melayu dahulu mulai berkembang dan pula
mulai menjalinkan hubungan dengan kerajaan di India.

• Adat dan budaya India mulai masuk ke Nusantara pada seawal kurun ke-3 SM, dan memuncak pada kurun
ke-4 hingga ke-5, semasa era Dinasti Pallava di Selatan India.

• Asimilasi antara kedua empayar ini telah memperkenalkan adat budaya, gaya hidup, bahasa, penulisan serta
seni bina yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha
SELEPAS PENGARUH HINDU BUDHA
• Pengaruh Hindu dan India dalam kebudayaan Melayu amat ketara dari segi kepercayaan, bahasa, penulisan serta
seni bina

• Agama Hindu dan kemudiannya Buddha, diterima oleh raja dan kemudiannya hampir kesemua masyarakat Melayu.
• Raja merupkan faktor yang utama dalam penyebaran agama Hindu dan Buddha di Tanah Melayu.

• Bahasa Melayu Kuno (Ancient Malay language) ini mengalami perubahan setelah kedatangan Hindu-Buddha yang
kemudiannya berkembang menjadi Bahasa Melayu Tua (Old Malay Language) pada kurun ke-7 sehingga kurun ke-14
Masihi
• Banyak perkataan-perkataan Sanskrit diguna pakai di dalam kehidupan seharian orang Melayu. Dewa, bidadari, dosa,
pahala, duka, suka, neraka, syurga dan puasa antara perkataan Sanskrit yang dipinjam dan diguna oleh orang Melayu
sehingga kini.

• Memperkenalkan bentuk seni bina dari India. engaruh seni bina Hindu-Buddha boleh dilihat pada bentuk binaan
komplek keagamaan mahupun pada binaan istana kerajaan Melayu dahulu. Komplek keagamaan seperti Candi
Lembah Bujang di Kedah dan Borobudur di Jawa Tengah.
• Ukiran serta patung-patung keagamaan Hindu-Buddha ini juga turut boleh dilihat pada bentuk seni bina rumah-rumah
Melayu dahulu.

• Hindu-Buddha sebagai agama turut merubah sistem kepercayaan, pemikiran dan gaya hidup masyarakat Melayu.
• Dalam adat perkahwinan orang Melayu dulu misalnya, bakal pengantin perempuan mahupun lelaki akan terlebih
dahulu melalui upacara mandi bunga sebelum berlangsungnya upacara pernikahan.
• Penyerapan amalan Hindu turut berlaku dalam majlis perkahwinan. Amalan menepung tawar, bersiram di
pancapersada, merupakan satu daripadanya.
SEKIA
TERIMA
NKASIH

Anda mungkin juga menyukai