Anda di halaman 1dari 69

FONETIK DAN FONOLOGI

FONETIK
• Berasal daripada bahasa Greek yg kemudiannya disebut
phone bermaksud bunyi(suara), iaitu kajian bunyi2 ujaran
manusia.
• Bertumpu kepada bunyi2 bahasa & bagaimana bunyi2 itu
dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
• Selidik bagaimana bunyi bahasa direalisasikan/dilafazkan
dan turut melihat bagaimana organ2 pertuturan manusia
bekerja untuk menghasilkan bunyi2.
• Sebahagian daripada bidang linguistik yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang2 yang menunjukkan
sebutannya.
FONOLOGI
• Kajian tentang bunyi bahasa.
• Turut meliputi morfologi,sintaksis dan sebagainya.
• Berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang
berkaitan organ2 ujaran manusia dan bagaimana
menggunakan organ2 tersebut.
• Turut dikaitkan dengan sosiolinguistik, berhubung
tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri2
bunyi yang digunakan untuk berhubung/
berkomunikasi dalam masyarakat.
PERBEZAAN FONETIK &
Fonetik
FONOLOGI Fonologi
Kajian terhadap bunyi fizikal Kajian yang dilakukan mengenai
percakapn manusia.dikaitkan pola bunyi bahasa iaitu tentang
dengan sifat fizikal bunyi, serta bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
proses penghasilan fisiologi, sesuatu bahasa yang dikenali
penerimaan auditori, dan persepsi sebagai bunyi bahasa.
nuerofizikal.

Mempelajari cara kerja organ Ilmu tentang perbendaharaan


tubuh manusia, terutama yang fonem sesebuah tatabahasa.
berhubungan dengan penggunaan
bahasa.
Kajian fenomena bunyi/pertuturan Kajian sistem bunyi2 dalam
manusia keseluruhannya pertuturan bagi sesuatu bahasa.
• Kaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara
bunyi2 diiterpretasikan. Auditori
• Kaji cara telinga bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan
cara otak menganalisis bunyi tersebut.
• Kaji gelombang bunyi dan cara gelombang mencapai pendengaran Akustik
manusia
• Kaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia (bunyi vokal dan Artikulasi
konsonan) dgn guna alat tutur.
BIDANG-BIDANG FONETIK
ORGAN PERTUTURAN MANUSIA.
• Alat artikulasi : alat/organ yg berfungsi untuk
mengeluarkan bunyi bahasa.
• Dibahagi kpd 2 :
I. Alat yg boleh digerakkan dengan bebas dan
boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di
dalam mulut.
II. Daerah pengeluar, tempat yg tetap dan terletak
di bahagian sebelah atas pengeluar. Boleh
dicapai oleh alat2 pengeluar.
ALAT ARTIKULASI
Hujung lidah Rongga tekak
Hadapan lidah Rongga hidung
Tengah lidah Rongga mulut
Belakang lidah Tenggorok
Akar lidah Epiglotis
Rahang Pita suara
Anak tekak Paru-paru
  DEFINISI

Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk


mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat
dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat
dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk
menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah
vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan
bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang
tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi,
lelangit, rongga hidung dan pita suara.
1 Bibir atas 11 Tengah lidah

2 Bibir bawah 12 Belakang


lidah
3 Gigi atas 13 Akar lidah

4 Gigi bawah 14 Epiglotis

5 Gusi 15 Pita suara

6 Lelangit keras 16 Rongga tekak

7 Lelangit 17 Rongga
lembut hidung
8 Anak tekak 18 Rongga mulut

9 Hujung lidah 19 Rahang

10 Hadapan lidah 20 Tenggorok


Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang
belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian
iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah
serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

-Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan


dengan lelangit lembut.

-Tengah lidah atau akar lidah :  bahagian lidah yang  bertentangan antara
pertemuan langit keras dan lelangit lembut

-Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras

-Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi

-Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan


bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga
mulut.
Gigi
Selain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan
bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya
yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah
yang seterusnya menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar
rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh
dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan
bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi
ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai
daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
membuat penyekatan.

Lelangit
Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit
keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari
sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit
keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan,
rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga
mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 
Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh


lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup,
bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan


amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses
pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua
keping selaput nipis berkenaan.
Takrif Daerah Artikulasi
•Daerah artikulasi adalah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi
semasa menghasilkan sesuatu bunyi.

• Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan


dan alat sebutan dimanipulasi.

Alat artikulasi yang sama akan menghasilkan bunyi bahasa yang


berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Contoh :

Jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi


dan lelangit lembut pula
menyentuh rongga belakang tekak,
maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t].
• Titik pertemuan antara alat artikulasi dengan bahagian
yang tersentuh ketika menghasilkan sesuatu bunyi
bahasa.
• Di dalam bahasa Arab, daerah artikulasi dirujuk sebagai
tempat keluar sesuatu huruf.Tempat keluar huruf atau
daerah artikulasi ini mestilah melibatkan dua alat
artikulasi.

Contoh :
• Artikulasi huruf /b/ ialah kombinasi bibir atas dan bibir
bawah.

• Begitu juga dengan /l/ di mana untuk menyebutnya


memerlukan kombinasi hujung lidah dengan gusi selain
daripada hembusan ngin di sisi lidah
• Daerah artikulasi juga adalah kawasan yang di mana
udara terganggu. Terdapat beberapa daerah artikulasi
yang terlibat dalam penghasilan sesuatu bunyi iaitu :
• Dua bibir (bilabial)
• Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bibir atas dan
bawah.
• Terhasil apabila udara daripada paru-paru tersekat
sepenuhnya di bahagian bibir.
• Contoh : [p], [b], [m], [w]
Pasir [pasir]
Mama [mama]
HUJUNG LIDAH-GIGI (DENTAL)
♥ Terhasil apabila bahagian hujung lidah terletak di
antara bahagian gigi atas dan gigi bawah.
♥ Udara daripada paru-paru masih boleh mengalir keluar
apabila celahan-celahan kecil antara lidah dan gigi
tersebut.

Contoh :
Othman
BIBIR –GIGI (LABIO-DENTAL
• Bunyi dibentuk dengan menggunakan gigi atas dan bibir
bawah.
• Terhasil apabila bibir bawah bersentuh dengan gigi bahagian
atas.
•Masih ada ruang untuk udara daripada paru-paru mengalir
keluar. Contoh: [f], [v]
Faham [faham]
Lava [lava]
Van [van]
HUJUNG LIDAH-GUSI (ALVEOLAR)
☻Terhasil apabila hujung lidah menyentuh bahagian
gusi atas.
☻ Boleh terjadi secara sepenuhnya
Contoh :[t], [d], [n]
☻ Tidak sepenuhnya Contoh :[z], [s]
HUJUNG LIDAH-GELUNGAN (RETROFLEKS)

☻ Terhasil apabila bahagian hujung lidah dilipat naik lalu


menyentuh bahagian lelangit keras.
☻ Sentuhan tidak terjadi sepenuhnya.Contoh :[r]
DEPAN LIDAH-LELANGIT KERAS (PALATAL)

☺ Terhasil apabila bahagian depan lidah dinaikkan lalu


menyentuh lelangit keras.
☺ Contoh :
☺Secara sepenuhnya : [∫],[dℨ],[ŋ]
☺[l] (udara yang dipam keluar daripada paru-paru
mengalir keluar di kedua-dua sisi lidah)

Contoh :
Syarikat [∫arikat]
Syair [∫air]
Belang (bəlaŋ)
BELAKANG LIDAH-LELANGIT LEMBUT (VELAR)

• Terhasil apabila bahagian belakang lidah


dinaikkan lalu menyentuh rapat pada bahagian
lelangit lembut.

• Udara akan terhalang apabila dua organ tutur


tersebut dilepaskan secara tiba-tiba, misalnya ketika
menghasilkan bunyi [k] dan [g]
• Bunyi [n] terhasil apabila kedua-dua organ tutur tadi
dibiarkan mengalir.
GLOTAL
• Terhasil apabila pita suara dibuka atau ditutup
(menghasilkan bunyi seperti [h],[ʔ].
• Bunyi [h] terhasil apabila udara daripada paru-
paru dipam keluar dan udara ini melewati pita
suara yang terbuka luas.
• Bunyi [ʔ] terhasil apabila pita suara tertutup rapat
dan udara yang terhalang ini kemudiannya
dilepaskan secara tiba-tiba. Contoh : hari [hari]
GUSI

• Suara dikeluarkan apabila di hadapan


lidahdinaikkan sehingga dekat atau
menyentuhlengkungan gusi (bahagian
belakang gigi atas)
• Contoh : [t], [d], [n], [s], [z,] [l], [r]
ANAK TEKAK
• Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan
berhampiran dgn lelangit lembut.
• Bersambung dgn lelangit lembut.
• Daging yang tergantung dari lelangit lembut.
• Berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama
lelangit lembut, khususnya utk menentukan sama ada
sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi
sengau/tidak.
• Anak tekak ini boleh digerakkan, sama ada dinaikkan/
diturunkan.
PITA SUARA
• Terletak di dalam ruang tenggorok.
• Jika rosak, seseorang akan mengalami
ganggua suara.
• Jika tiada, sesorang akan bisu.
• Terdiri daripada selaput yang boleh terbuka
dan tertutup.
• Ruang antara kedua-dua selaput ialah glotis.
• Berperanan dalam menetukan sama ada bunyi
yg dihasilkan itu bersuara/tidak.
Glotis
Selaput
sempit &
dirapatkan tertutup

Selaput
direnggangk
Glotis
an luas
uinya akan
angkan(glotis
ak bergetar

M
e
n

h
s
k

n
b
u
ny

b
er
u
r
/
ti
d
k
b
er
u
r
.
RAHANG
• Tidak memainkan peranan yg terlalu penting
semasa penghasilan bunyi2 bahasa.
• Kedudukan adalah penting dlm pembunyian
vokal.

Bukaan Vokal [i] &


rahang [u] / [a] &
sempit/luas [Ә]terhasil
RONGGA
• Berperanan dlm menentukan penghasilan
bunyi2 bahasa.
• Bahagian lapang yang menjadi tempat laluan
udara keluar dari paru2.
• Terbahagi kepada 3 :
 Rongga tekak
 Rongga mulut
 Rongga hidung
• Rongga tekak = bermula daripada bahagian atas
selaput pita suara hingga ke bahagian anak tekak.
• Rongga mulut = bermula dari ruang di belakang
lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam
• Rongga hidung = bermula dari bahagian belakang
anak tekak menghala ke hidung.

Rongga hidung dan tekak boleh ditutup/dibuka


apabila
anak tekak & lelangit lembut dinaikkan/diturunkan.
BIBIR

GIGI

DAERAH
ARTIKULASI

LELANGIT
GUSU
BIBIR
• Terletak di bahagian luar rongga mulut.
• Sekat perjalanan udara.
• Terdiri daripada otot kenyal yg boleh
dihamparkan & dibundarkan.
KEADAAN BIBIR
GIGI
• Berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa.
• Terbahagi kepada 2 :
Gig atas
Gigi bawah
• Tidak boleh digerakkan
• Tahan udara dariapda terus keluar dgn bebas
melalui rongga mulut.
• Berperanan sbg daerah penyebutan [č] & [ ǰ ]
GUSI(ALVEOLAR)
• Terletak antara gigi dgn lelangit lembut keras.
• Keadaan cembung.
• Daerah penyebutan.
• Tidak boleh digerakkan.
• Terlibat dalam pengeluaran bunyi2 bahasa dgn
bantuan hujung lidahutk sekat udara.
LELANGIT
• Terbahagi kepada 2 :
 Lelangit keras(palatal/palatum)
 Lelangit lembut(velar/velum)
• Lelangit keras - di antara gusi & lelangit lembut
• Lelangit lembut – ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit
keras dan sebelum anak tekak.
• Lelangit lembut- tisu lembut di belakang lelangit
keras.boleh dinaikkan/diturunkan.menentukan sama ada
bunyi itu oral/nasal.
2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu
• Berdasarkan vokal kardinal dan bunyi-bunyi
dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal
pasti bunyi-bunyi vokal dan konsonan dalam
bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyi-
bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi
kepada bunyi vokal dan konsonan.

39
Bunyi-bunyi Vokal Melayu

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat


lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini
diterapkan dalam rajah berikut.

Vokal Melayu
Ada empat vokal depan dalam bahasa
Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o]
dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-
vokal ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal
sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu
ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan
vokal-vokal kardinal.
40
Diftong Melayu
Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang
menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan
dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong
[ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya
diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan
vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini
ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu
[ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan
vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan
pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang
berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i].
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi
vokal dan konsonan Bahasa Melayu.

41
BUNYI-BUNYI VOKAL
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang
bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-
paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga
mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau
geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari
paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan
atau geseran.

42
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan
oleh beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama
ada dihmparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang
terlibat > sama ada depan lidah atau belakang lidah,
turun naik lidah > sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit
lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru
keluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan
bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak
rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melaui
rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan
bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaan glotis
> glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-
paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga
separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
43
Depan Tengah Belakang

sempit i u

Separuh sempit
e o
ə
Separuh luas
ɛ ‫כ‬

Luas
a

44
SEPARUH VOKAL
Bunyi separuh Vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal ,
tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu
menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat
artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu
kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada
kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran.
Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke
dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh
separuh vokal ialah /w/ dan /y/.

45
VOKAL RANGKAP
Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan
tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri.
Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya a dan u
ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada
dua suku kata iaitu da dan un.

Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu


perkataan

46
Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
Vokal [i](depan sempit)

Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit.


Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan
paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat
arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper.
Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara
ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar.
Contoh kehadiran dalam perkataan:

Pelita jahitan
Ikan hasil
Tidur pahit
47
VOKAL [E](DEPAN SEPARUH SEMPIT)

Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan


kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa
menghasikan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak
menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir
dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit
lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam
perkataan:

Ekor tauge
Petak geser
Mereka selesa
48
VOKAL [Ɛ](DEPAN SEPARUH
LUAS/LAPANG)
Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn
kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit
(e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-
paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan
lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari
paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam
beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini
merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya:

[ɛ] untuk [elo?]


49
VOKAL [A](VOKAL DEPAN LUAS)
Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan
serendah-rendahnya dalam rongga mulut dan udara
dari paru-paru lalu tanpa sekatan. Bibir
dihamparkan/leper , glotis dirapatkan dan lelangit
lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam
perkataan:
Atur dia
Pagi usang
Pelangi peluang

50
Vokal [u](belakang sempit)

Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan


setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus
udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara
ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar.
Contoh penggunaan dalam perkataan:

Ular haru
Gunting tikus
Beruang beliung
51
VOKAL [O](BELAKANG SEPARUH
SEMPIT)
Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan
kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa
menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan
lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit
lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam
perkataan:

Oleh pidato
Boleh kuno
Celoteh pleno 52
Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas
Untuk menghasilkannya, belakang lidah
diturunkan dua pertiga daripada
kedudukannya semasa menghasilkan vokal
[u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari
paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara
ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ ]כ‬hadir dalam
dialek-dialek dan dalam bahasa baku merupakan
kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ] untuk [oleh].
53
BUNYI KONSONAN
• Konsonan atau tradisional dinamakan huruf
mati ialah huruf-huruf selain vokal.
• Bunyi-bunyi konsonan mungkin bersuara dan
mungkin tidak bersuara.
• Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara
yang keluar dari paru-paru menerima sekatan,
sempitan dan geseran, sama ada di bahagian
tekak, rongga mulut atau hidung.

54
• bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi
vokal dalam sebutan, misalnya apabila
menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang
mengikutinya akan turut disengaukan.
• Konsonan terbahagi kepada dua, iaitu konsonan
melayu asli dan konsonan pinjaman.

55
[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara
[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[d] Konsonan letupan gusi bersuara
[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[g] Konsonan letupan lelangit bersuara
[?] Hentian glotis
[č] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara
[ǰ] Konsonan letusan lelangit keras bersuara
[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara
[r] Konsonan getaran gusi bersuara
[h] Kondonan geseran glotis bersuara
[l] Konsonan sisian gusi bersuara
[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara
[n] Konsonan sengau gusi bersuara
[Ƞ] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara
[ɳ] Konsonan sengau gusi- lelangit keras bersuara
[w] Separuh vokal dua bibir bersuara
[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara

56
[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara
[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[d] Konsonan letupan gusi bersuara
[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[g] Konsonan letupan lelangit bersuara
[?] Hentian glotis
[č] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara
[ǰ] Konsonan letusan lelangit keras bersuara
[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara
[r] Konsonan getaran gusi bersuara
[h] Kondonan geseran glotis bersuara
[l] Konsonan sisian gusi bersuara
[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara
[n] Konsonan sengau gusi bersuara
[Ƞ] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara
[ɳ] Konsonan sengau gusi- lelangit keras bersuara
[w] Separuh vokal dua bibir bersuara
[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara

57
[f] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara
[v] Konsonan letupan dua bibir bersuara
[ɵ] Konsonan letupan gusi tidak bersuara
[ŏ] Konsonan letupan gusi bersuara
[z] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[š] Konsonan letupan lelangit bersuara
[x] Hentian glotis
[ϓ] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara

58
DIFTONG
Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri
daripada vokal penuh dan lainya geluncuran.
Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan
nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal
misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.

Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa


mula-mula hendak menyebut diftong dan

vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir


sebutan diftong.
59
Diftong Bahasa Melayu.
 Bahasa Melayu mempunyai 3 bunyi diftong yang
standart, iaitu (ai), (au) dan (oi).
Dalam bahasa melayu, diftong dianggap sebagai
satu suku kata yang dilambangkan oleh 2 fomem
vokal, tetapi disebut sebagai satu bunyi.
Pergerakan lidah semasa membunyikan diftong
bermula dengan keadaan lidah berada pada
kedudukan menyebut satu vokal yang lain
kemudiannya bergerak menuju ke arah kedudukan
menyebut vokal yang lain yang tidak disempurnakan
artikulasinya.
Cara membunyikan setiap diftong
Diftong (ai).
 Keadaan bibir agak terhampar.
 Hujung lidah terkena gigi bawah.
 Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan
vokal depan rendah (a).
 Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara
membunyikan vokal depan tinggi (i).
 Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
rongga hidung supaya udara tidak terkeluar melaluinya.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
 Pita suara digetarkan
Diftong (au).
• Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.
• Hujung lidah kena gigin bawah.
• Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan
vokal depan rendah (a).
• Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara
membunyikan vokal belakang tinggi (u) dengan lidah
melenkung ke arah langit keras.
• Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
rongga hidung supaya udara tidak terkeluar melaluinya.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
 Pita suara digetarkan.
Diftong (oi).
• Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.
• Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal
separuh tinggi (o).
• Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara membunyikan
vokal depan tinggi (i) dengan lidah dinaikkan ke arah lelangit
keras, rendah sedikit daripada membunyikan vokal (i).
• Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
rongga hidung supaya udara tidak terkeluar melaluinya.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
 Pita suara digetarkan.
Jenis-jenis Diftong
• Terbahagi kepada 2 jenis.
Diftong Naik.
 Diftong yang bunyi vokal keduanya disebut
lebih kuat atau nyaring, lebih panjang lebih
tekanan daripada vokal pertama.
 Diftong ini banyak terdapat pada bahasa
inggeris.
 Contoh pier (pia).
Diftong Turun.

• Diftong yang bunyi vokal pertamanya disebut


lebih kuat atau nyaring, lebih panjang lebih
tekanan daripada vokal kedua.
• Contoh ‘gulai’ , ‘pulai’ dan ‘kaloi’.
FONEM BAHASA MELAYU
• Fonem :
 Unit bahasa yg terkecil & boleh dipenggal-
penggalkan.
 Tidak mempunyai sebarang makna jika diletakkan
berasingan
 Unit penggalan bahasa yg terkecil yg boleh
membawaperbezaan makna.
FONEM VOKAL
• Terdapat 6 : /a/, /e/, /i/, /o/, /u/ & /Ə/.
• Huruf ‘e’ digunakan melambangkan 2 fonem :
 Fonem e PEPET ditulis dlm fonetik /Ə/
 Fonem e TALING ditulis dlm fonetik /e/
FONEM KONSONAN
• Terdapat 18 konsonan asli.
• Mewakili setiap huruf Rumi
• Huruf : b, c, d, g, h, j, k, l,m, n, ng, ny, p, r, s, t,
w & y.
KONSONAN PINJAMAN
• Terdapat 8.
• Berasal drp bahasa Arab, bahasa Inggeris/
bahasa selain BM.
• Huruf : f, v, th, dh, z, sy, kh & gh.

Anda mungkin juga menyukai