Anda di halaman 1dari 5

PENDEKATAN RASIONAL

Rasional didefinasikan sebagai sesuatu yang boleh di terima oleh akal atau pun sesuatu tingkahlaku berdasarkan sebab munasabah dalam membuat keputusan.

Pendekatan rasional memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu. Ianya memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang relevan sebelum membuat keputusan. Melibatkan pelajar secara aktif dalam memproses sesuatu permasaalahan.

Pe.ndekatan menekankan lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi

Cara Melaksanakan Pendekatan Rasional 1.Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu dengan lain 2.Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat 3.Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik 4.Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai 5.Memupuk penglibatan diri secara emosi

Rumusan Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolahmenengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah rendah.Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan kebolehan pelajar menganalisis danmenyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak.