Anda di halaman 1dari 33

TOPIK 9 : KEDAULATAN MALAYSIA –

CABARAN, PUNCA DAN PENYELESAIAN

9.1 ANCAMAN KESELAMATAN 


Apa itu ancaman ?

- Suatu penyataan niat untuk mencederekan atau menghukum atau mendatangkan


sesuatu yang bahaya atau mudarat.

- Penyataan niat untuk menimbulkan rasa sakit , kecederaan , kerosakkan atau


tindakan lain yang bermusuhan pada seseorang sebagai balasan
untuk sesuatu yang dilakukan atau tidak dilakukan.
Ancaman terhadap keselamatan negara

Ancaman Dalam Ancaman Luar


Negeri Negeri
Ancaman Dalam Negeri :
• Puak-puak ekstremis kaum dan penyimpang agama.
• Pihak yang sengaja mengeksploitasikan isu-isu ekonomi,
sosial dan politik.
• Kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting.
• Kebanjiran pendatang asing sama ada sah atau haram.
Ancaman Luar Negeri :

o Aktiviti pengintipan dan cubaan.


o Hal ini akan menyebabkan kuasa-kuasa besar mengambil kesempatan untuk
mengeksploitasikan perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial-politik
Malaysia melalui badan-badan bukan kerajaan ( NGO).
o Isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada negara.
o Konsep baru dunia tanpa sempadan merupakan fenomena
kemajuan teknologi maklumat telah menunjukkan ancaman pada alaf baru.
ANTARA CONTOH ANCAMAN YANG AKAN
MENGGUGAT KESELAMATAN DAN
KEAMANAAN, KETENTERAMAN DAN
MENCEMARKAN IMEJ NEGARA IALAH :
1. DADAH 
 Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma
semasa diambil.
 Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi.
 Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan , suntikan , merokok,  penyerapn melalui
tampalan pada kulit, supositori , atau melarutkannya di bawah lidah.

Kesan penggunaan dadah :

- Masalah kewangan .
- Menyebabkan kematian.
- Masalah kesihatan seperti :-
Masalah pernafasan, kerosakkan buah pinggang, penyakit hati, penyakit kardiovaskular.
Dadah :-

- Jenayah ini dianggap sebagai musuh utama negara.


- Mereka yang terlibat sebagai penagih dadah akan turut terlibat dalam kegiatan jenayah
yang lain seperti ragut, mencuri, merompak, membunuh , melacur, dan sebagainya untuk
mendapatkan wang bagi membeli dadah.
- Penagih yang berkongsi jarum suntikan berkemungkinan besar untuk menyebarkan HIV
(Human Immunodeficiency Viruses) dan seterusnya AIDS ( Acquired Immunodeficiency
Syndrome) akan merebak.
2. ROGOL

Rogol atau pencabulan  adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang


sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang
serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi
dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual.
- Rogol jenayh yang semakin meningkat akibat
perubahan masa.
- Lambakan filem yang berunsur seks, pergaulan bebas
lelaki dan perempuan, kurang didikan agama, kurang
pengawasan ibu bapa, lari dari rumah, dan cara
berpakaian yang mencolok mata telah meningkatkan kes
rogol di negara kita.
3. PEMBUNUHAN 

- Kes bunuh juga semakin meningkat.


- Antara puncanya ialah rompakan , kurang didikan agama ,
dendam, hutang dengan along, dan ketagihan dadah.

Kesan :- 
- imej negara akan terjejas 
- Negara lain akan memandang rendah.
- Keharmonian negara terancam.
- Menjejaskan kemasukkan pelabur-pelabur asing ke Malaysia.
4. RASUAH
Rasuah  merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana
seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari
pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah,
keraian kepada pihak-pihak tersebut.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat


kesalahan rasuah yang utama:
• meminta atau menerima rasuah
• menawar atau memberi rasuah
• membuat tuntutan palsu
• menyalahguna jawatan atau kedudukan
Punca-punca gejala rasuah :-

1) kurang didikan agama dan moral.


2) Sikap masyarakat yang kurang prihatin terhadap masalah
rasuah yang berlaku di sekeliling mereka juga menyumbang
kepada perlakuan rasuah.
3) Materialistik .
4) sistem pentadbiran yang tidak sistematik dan tidak telus.
Kerenah birokrasi dalam pentadbiran yang begitu banyak telah
menyebabkan banyak urusan tidak dapat diselesaikan dengan
cepat. Hal ini akan membuka ruang kepada pelakuan rasuah
yang kadang-kadang terpaksa dilakukan untuk membolehkan
sesuatu permohonan diluluskan dengan kadar segera.
5) tindakan undang-undang yang longgar.
6) Mempunyai kuasa dan peluang.
Kesan amalan rasuah terhadap negara :-
- Menjejaskan imej negara.
- Meruntuhkan ekonomi.
- Meruntuhkan politik sesebuah negara.
- Menjejaskan kualiti infrastruktur atau program.
5. ROMPAKAN / SAMUN
Perompakan atau penyamunan merupakan
perbuatan jenayah yang bertujuan untuk mengambil harta orang
lain secara ganas atau intimidasi, sama ada dilakukan secara
perseorangan atau kumpulan.

- Kegiatan rompakan dan samun melibatkan kumpulan yang


menggunakkan senjata berbahaya seperti api dan jika terpaksa
perompak atau penyamun sanggup membunuh mangsanya.
Punca – punca berlakunya rompakan :

- desakan hidup dalam kemiskinan mendorong mereka untuk melakukan rompakan


- kelemahan iman/ pembelajaran agama seseorang.
- Persaan dendam

Kesan berlakunya rompakan : 

- Menjejaskan imej negara.
- Mengancam keamanaan sesebuah negara.
6. RAGUT 
• Kes-kes
ragut berlaku terutamanya di bandar-bandar besar semakin meningkat.
• Kebanyakan mangsa ragut adalah kaum wanita. Terdapat segelintir mangsa ragut
yang cedera parah atau mati. 
Punca jenayah ragut berlaku :

- keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk.
- kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif.
- kekurangan didikan keagamaan

Kesan :
• Menjejaskan imej negara
• Mengancam dan membahayakan keselamatan penduduk
• Menyebabkan kerugian harta benda
• Menimbulkan kebimbangan masyarakat
• Menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan
• Meningkatkan jumlah mangsa yang terbunuh, tercedera dan trauma
• Menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membanteraskan gejala
ragut
• Menjejaskan kegiatan ekonomi penduduk seperti perniagaan, perhotelan dan lain-lain
• Meningkatkan kadar perlakuan jenayah di dalam negara
• Meningkatkan kes kemalangan jalan raya
7. CETAK ROMPAK

•Cetak rompak (atau pencabulan
hak cipta) bermaksud penggunaan
bahan yang dilindungi undang-
undang hak cipta tanpa izin, maka
mencabuli salah satu hak
eksklusif pemilik hak cipta asli,
seperti hak untuk mengeluarkan
semula atau menjalankan karya
yang dihakcipta, atau
menghasilkan karya hasilan yang
berasaskan karya yang dihakcipta
itu.
• Banyak berlaku atas lagu-
lagu atau filem yang
menjadi ' box office '.
• Tidak ketinggalan juga buku-
buku popular di pasaran.
• Dilakukan untuk
mendapatkan duit dengan
cara yang mudah.
• Kurang mempunyai didikan
agama.
• Tidak mengamalkan nilai-
nilai moral.
• Menjejaskan imej negara.
8. Penculikan 
Penculikan dalam undang-undang jenayah bererti mengambil seseorang tanpa kerelaan,
biasanya bagi menahan tanpa kebenaran/tanpa menurut undang-undang yang sah. Ini mungkin
dilakukan bagi tujuan wang tebusan atau langkah awal bagi jenayah lain, atau berkait dengan
pertikaian penjagaan anak.

- Kegiatan tersebut dilakukan bagi mendapatkan wang tebusan atau membalas


dendam . Mangsa terdiri daripada orang kaya atau ahli keluarga mereka.
Kesan Penculikan :-

•Kecederaan fizikal , sosial dan


psikologi bagi jangka masa
tertentu.
•Menjejaskan imej negara.
• Menjejaskan ekonomi negara .
•Kehilangan nyawa berlaku.
9. KEGIATAN LANUN DI PERAIRAN MALAYSIA

• Perairan Malyasia yang luas meliputi Selat Melaka dan Laut China
Selatan agak sukar untuk diawasi sepenuhnya daripada ancaman lanun.
• Lanun-lanun tersebut melakukan keganasan seperti penculikan,
rampasan hasil tangkapan ikan dan peralatan menangkap ikan, dan
rompakan barang dagangan dengan menggunakan senjata api.

Lanun  biasa digunakan untuk mana-mana perompak atau penjenayah yang


beroperasi di kawasan laut untuk merampas barang dagangan yang
diangkut kapal sasaran.
10. PENYELUDUPAN
•Penyeludupan adalah perbuatan mengangkut barang atau orang secara haram dan diam-diam, seperti keluar daripada sebuah
bangunan, ke dalam penjara , atau melalui sempadan antarabangsa, bertentangan dengan undang-undang atau peraturan lain.
•Penyeludupan didorong perbagai sebab. Ini termasuk perdagangan haram, seperti dadah, kemasukan dan penghijrahan haram,
mengelakkan cukai, penyeludupan barangan haram kepada tahanan penjara, atau penyeludupan barang yang dicuri. Contoh lain
bagi sebab bukan bermotifkan kewangan termasuk membawa barangan terlarang melewati sebuah pos pemeriksaan keselamatan
(seperti di lapangan terbang) atau penghapusan dokumen rahsia daripada pejabat kerajaan atau syarikat.
- Penyeludupan haram berlaku disebabkan keghairahan manusia untuk mendapat
wang yang banyak dengan cara yang mudah.
- Sebagai contoh penyeludupan minyak petrol, dan minyak masak ke negara
jiran kerana harganya lebih tinggi berbanding di malaysia.

- Menyebabkan kerugian .
11. PENDATANG TANPA IZIN 
- Ekonomi Malaysia yang berkembang pesat dan projek-projek pembangunan sedang
pesat dilaksanakan telah memberi peluang pekerjaan yang banyak, maka timbul masalah
kekurangan tenaga pekerja.
- Malaysia terpaksa mengambil pekerja asing dan dalam masa yang sama telah memberi
ruang kepada pendatang tanpa izin (PATI) menyeludup masuk ke Malaysia untuk bekerja
dalam pelbagai sektor yang memerlukan tenaga mereka.

Anda mungkin juga menyukai