Anda di halaman 1dari 28

UNIT 17

PENDERIA / SENSOR

PENGENALAN


  

Alat menukar satu bentuk tenaga/isyarat kepada satu bentuk tenaga/isyarat yang lain. Contoh: Tukar dari tenaga/isyarat tekanan kpd tenaga elektrik. Jenis-jenis penderia: jenis cahaya, suhu, tekanan dan bunyi. Tekanan penderia elektrik Tekanan piezoelektrik elektrik Elektrik motor pusingan sudut

Sambungan


2 jenis 1. Penderia aktif - tidak perlu sumber tenaga luar untuk berkendali. 2. Penderia pasif - perlu sumber tenaga dari luar untuk berkendali

1. Cahaya Light
1.

LDR (Light Dependent Resistor) kendaliannya bergantung kepada gelombang cahaya. dianggap perintang di mana dikawal oleh keamatan cahaya. Bila keamatan cahaya tinggi rintangan - rendah. Bila keamatan cahaya rendah rintangan adalah tinggi.

Sambungan
Lampu

Lampu boleh dipasang dan dipadam secara otomatik dengan menggunakan litar dari Rajah 17.1.

Pada rajah 17.2 (sebelah), rintangan gelap lebih tinggi dari R dan rintangan cerah lebih rendah dari R. Pada waktu malam, rintangan LDR lebih tinggi dari R, voltan tapak (B) transistor jadi +ve. Seterusnya arus akan melalui ke pemungut (C) transistor dan geganti tertutup seterusnya lampu terpasang. Pada siang hari, rintangan LDR menjadi rendah, voltan pada tapak (B) transistor jadi -ve. Tiada arus mengalir melalui pemungut (C) transistor, maka geganti akan terbuka & lampu terpadam.

Photo Transistor


Lebih peka terhadap cahaya daripada jenis diod. Apabila kaki tapak terkena pancaran cahaya, menghasilkan arus pada kaki tapak(Ib) dan kaki pemungut(Ic).

 

Dari gambarajah 17.3a, bila persimpangan Je dikenakan pincang hadapan dan simpang Jc dikenakan pincang balikan arus (Ib) adalah kecil dan transistor tidak dapat berfungsi. Ttp bila cahaya dikena pd transistor, pada simpang Jc, elektron dihasilkan dengan banyaknya. Oleh itu, Ic mengalir dengan nilai yang tinggi dan oenderia berfungsi. Pertambahan Ic bergantung kepada keamatan cahaya.

Diod Foto Photodiode




Diod foto ialah sebuah diod. Permukaan katod disaluti bahan-bahan seperti cesium antimony atau potasium oksida sangat peka kepada cahaya.

Sambungan


 

Bila pancaran cahaya dikenakan ke atas permukaan katod, akan mengeluarkan elektron dan mengalirkan arus. Arus mengalir diukur dgn ammeter menggunakan unit lumen iaitu unit untuk cahaya. Jenis kaca pada tiub menentukan kepekaan penderia kepada panjang gelombang cahaya. Tiub kaca akan memotong sinaran pancaran dalam julat ultra-violet.

Lengkung ciri arus-voltan di rajah bawah, bila voltan cukup dipasang antara anod dan katod, arus mengalir bergantung kepada jumlah cahaya dipancarkan.

Ciri arus-cahaya di rajah bawah menunjukkan gerakbalas yang linear.

2. Suhu Temperature
1)

Penganding Suhu Thermocouple


Cantuman panas bahan Cantuman sejuk G meter

Tiub T

     

Pasangan dawai disambung pada satu hujung (cantuman panas) dan terbuka pada hujung satu lagi (cantuman sejuk). Hujung terbuka dikekalkan pada satu nilai suhu yang tetap. Bila terdapat perbezaan suhu di antara cantuman sejuk dan panas, daya gerak elektrik (d.g.e) terhasil dan menyebabkan arus mengalir dalam litar. Arus berkadar terus dengan perbezaan suhu di antara cantuman panas dan sejuk. Magnitud d.g.e yang terhasil bergantung kepada logam dawai dan juga perbezaan suhu antara cantuman panas dan cantuman sejuk. Kesan termo-elektrik pada cantuman dikenali sebagai Kesan Seeback.

Kerintangan ( ;cm )

Suhu rC Rajah 17.5c : Ciri rintangan suhu

Pengesan Suhu Rintangan / RTD (Resistance Temperature Detector)


   

  

Termistor - komponen separa pengalir dianggap perintang yang mempunyai angkali suhu rintangan negatif. Rintangan berkurang apabila suhunya bertambah. Rintangan termistor pada suhu bilik susut 6% untuk satu darjah Centigrade kenaikan suhu. Kepekaan yang tinggi pada perubahan suhu ini membuat termistor sangat sesuai untuk ukuran suhu dengan tepat sekali dan juga sebagai alat kawalan dan pemanasan. Julat suhu antara 100rC hingga 300rC. Termistor dibuat dari campuran bersinar logam oksida iaitu manganese, nikel, kobalt, tembaga, besi dan uranium. Julat rintangan termistor adalah dari 0.5 ohm hingga 75 Mohm dan didapati dalam berbagai bentuk dan saiz.

3. Bunyi Sound


Ultrasonik Ultrasonic - Penderia mengesan frekuensi bunyi. - Guna satu pemancar keluarkan satu gelombang bunyi yang telah disetkan pada satu julat tertentu. - Pancaran gelombang dikesan oleh satu alat penerima yang mana berkeadaan positif sekiranya terdapat satu gangguan atau halangan bagi laluan gelombang yang diterima oleh alat penerima tersebut

4. Tekanan Pressure


 

Strain Gauge (Tolok Terikan) - Penderia pasif rintangan Strain Gauge berubah bila daya mekanikal dikenakan ke atasnya. Terbahagi kepada dua jenis iaitu: Jenis terikat (bounded) Jenis tidak terikat (unbounded)

Strain Gauge jenis terikat terdiri daripada satu kepingan logam nipis dan diperketatkan pada satu bahan penyokong

Bahan penyokong

Logam nipis

Strain Gauge jenis tidak terikat terdiri daripada satu dawai halus yang dibentukkan pada penyokong-penyokongnya dan dikenali sebagai Wire Strain Gauge.
penyokong

Dawai halus

Prinsip kendalian


Bila Strain Gauge dikenakan tegasan dari luar, rintangan dawai akan berubah disebabkan oleh perubahan panjang dawai akibat dari pemanjangan atau mampatan. Perubahan rintangan pada Strain Gauge adalah berkadaran dengan terikan pada bahan dan diukur mengunakan litar Tetimbang Wheatstone

FAKTOR TOLOK, K =

(R/R (l/l

Piezoelektrik Piezoelectric


 

bahan aktif mengeluarkan voltan dan arus sendiri apabila dirangsang oleh satu tenaga yang berbentuk fizikal. Bahan yang biasa digunakan ialah kuartza. Walaubagaimana pun piezoelektrik synthetic yang mengandungi bahan titanate seramik adalah terdiri daripada serbuk-serbuk halus dibawah tekanan yang menjadikannya satu bahan yang mempunyai medan elektrik arus terus yang kuat. Manakala piezoelektrik hablur digunakan sebagai satu cara untuk mengukur tenaga.

Tekanan masukan

keluaran

Prinsip Kendalian


Bahan binaan piezoelektrik terdiri daripada bahan yang menghasilkan cas-cas elektrik apabila terkena daya atau tekanan. Beban hablur atau kristal mengeluarkan daya gerak elektrik. Kristal ini diapit di antara tapak dan plet yang mengalami sejumlah daya bila tekanan dari bahagian atas kristal dan ianya akan tertekan dan mengeluarkan daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2. Pengeluaran daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2 adalah berkadar terus dengan kekuatan tekanan.

Kegunaan


 

Mengukur perubahan tekanan, getaran dan bunyi. Sebagai meter pecutan frekuensi tinggi Digunakan di dalam sistem penguat.

5. Kelembapan Humidity


Humidity sensor atau penderia kelembapan terbentuk daripada lapisan polimer thermoset, elektrod platinum serta cip silicon voltan bersepadu untuk keluaran isyarat.
Habuk, kotoran & minyak tidak akan memeberi kesan kepada sensor

Cara Beroperasi
  

Kandungan air pada lapisan dielektrik bertindak balas dengan gas di sekelilingnya. Lapisan platinum poros mengenalpasti tindak balas luar dielektrik Lapisan polimer menjadi pertahanan mekanikal untuk lapisan platinum daripada habuk, kekotoran serta minyak. Sekiranya lapisan kekotoran terlalu tebal, ini menyebabkan masa bertindak balas menjadi semakin perlahan kerana kelembapan air akan lambat bertindak balas dengan penderia.