Anda di halaman 1dari 15

SELAMAT

SEJAHTERA
MURID-MURID
TAHUN 4
Parameswara Pengasas
Melaka
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
bernama Parameswara.

Nama baginda ada disebut di dalam


sumber China dan Portugis.

Nama baginda juga disebut dalam buku


Sejarah Melayu sebagai Sultan Iskandar
Shah.
Pengembaraan
Parameswara
Parameswara merupakan Putera raja
Kerajaan Melayu dari Palembang.

Baginda cuba melepaskan kerajaannya


daripada penguasaan Kerajaan
Majapahit tetapi gagal.

Parameswara bergerak ke Temasik


bersama dengan pengikutnya.
Parameswara bercita-cita menjadi
pemerintah Temasik kerana mendapati
negara itu berkembang maju.
Baginda menyerang pemerintah Temasik
yang bernama Temagi dan
membunuhnya.

Baginda menjadi pemerintah Temasik


selepas Temagi dibunuhnya.
Kerajaan Siam berasa marah terhadap
tindakan Parameswara kerana Temasik
pada ketika itu merupakan kawasan
naungan Siam.

Kerajaan Siam menyerang Parameswara


dan baginda terpaksa berundur ke Muar.
Parameswara menetap di Muar.

Baginda mendapati Muar tidak sesuai


dijadikan tapak kerajaan.

Baginda bersama-sama dengan


pengikutnya menuju ke utara dan
sampai ke Sening Ujung.
Di Sening Ujung, baginda meletakkan
seorang menteri untuk memerintah di
situ.

Baginda dan pengikutnya meneruskan


perjalanan ke Utara.
Parameswara dan pengikutnya tiba di
Sungai Bertam.

Baginda mendapati kawasan itu sesuai


dijadikan petempatan.

Baginda menamakan negeri tersebut


sebagai Melaka.
Peta Pengembaraan
Parameswara
Tayangan Video

Anda mungkin juga menyukai