Anda di halaman 1dari 6

AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN

APAKAH AYAT TOPIK?


• Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan.
• Ayat topik mempunyai perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan tentang
perkara pokok tersebut.
• Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis
dan pembaca.
• Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam
sesebuah penulisan.
APAKAH AYAT HURAIAN?
Ayat huraian berfungsi menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan.
Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa,
sebab dan akibat, statistik dan contoh.
Biasanya isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan
yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan
antara satu sama lain.
Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi
fokus utama.
Kadar kemalangan jalan raya negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap hari, ada
sahaja berita tentangnya di media.
Sejumlah 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara pada dua
hari pertama Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata sepanjang tempoh sama juga
3,987 kemalangan dilaporkan berlaku seluruh negara.
2,170 kemalangan direkodkan pada hari pertama Op Selamat dengan 10 kemalangan maut
membabitkan 10 kematian.
Pada hari kedua Ops Selamat pula, sejumlah 1,817 kemalangan lagi direkodkan
membabitkan 17 kemalangan maut dengan 18 kematian.
Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya.
Para pengguna dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-
mata kerana berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan cepat. Oleh hal yang
demikian, usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara ini.
AYAT CONTOH
Statistik Kategori Saman OPS Selamat.

Enam kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dengan 240,421 kes,
memandu di lorong kecemasan (804), memotong di garisan berkembar (1,202),
memotong barisan (3,582), melanggar lampu isyarat (4,375) dan menggunakan
alat telekomunikasi semasa memandu (1,991).

Anda mungkin juga menyukai