Anda di halaman 1dari 41

ASAS PERBINCANGAN PENGENALAN DEFINISI JENIS SEBAB-SEBAB SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA RAWATAN TEORI KEMURUNGAN BECK.

RUMUSAN

PENGENALAN Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan keinginan semata-mata. Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan. Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri

Mengikut DSM1V simptom kemurungan akan kelihatan dalam sekitar 2 minggu. Termasuk kognitif- rasa tak berguna, ganguan fungsi fizikal spt gangguan gaya tidur, rasa penat dan hilang tenaga Mengikut DSM 111 Termasuk dalam kecelaruan Mood

Definisi sedih, takut, dan bimbang keterlaluan rasa bersalah, kutuk diri, enggan bergaul masalah makan, tidur, seks abnormal jika berterusan

DEFINISI Merujuk kepada perasaan sedih yang dialami oleh seseorang individu (Wicks-Nelson & Israel, 2003). Kemurungan boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997).

Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau `kosong` secara berpanjangan serta hilang semangat untuk hidup. (Bil.5/2001, Buletin Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan).

Perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989). Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan di kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik

Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram pada masa tertentu sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg, 1999). Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989)

Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 1982, didapati bahawa apabila seseorang mencapai umur 15 tahun, satu daripada lima orang remaja akan mengalami kemurungan (Turkington & Kaplan, 1997). Kajian oleh See Ching Mey dan Lee Siew Siew Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, USM, Pulau Pinang, Malaysia

JENIS-JENIS 1 Major Depressive disorder Ciri-ciri - wujud dengan tiba-tiba biasanya disebabkan oleh krisis dan kehilangan - Boleh mengambil masa yang lama mungkin sebulan atau setahun jika tidak diubati - Terbahagi kepada 2. - Single Episod - Recurrent - berulang

1 Dysthymia Ciri-ciri Tanda-tanda tidak berubah untuk masa yang panjang Mengambil masa 20 30 tahun jika tidak diubati

1 Double Depression Wujud jika mengalami kombinasi antara Major Depressive Disorder dengan Dysthymia

Sejak tahun 1970-an lagi, kemurungan di kalangan remaja telah dikenali sebagai "kemurungan bertopeng (masked depression) atau "kesamaan kemurungan" (depressive equivalents) (Dacey & Kenny, 1997). Kedua-kedua konsep di atas telah menjelaskan bahawa kemurungan di kalangan remaja biasanya diselindungi oleh tingkah laku seperti hiperaktiviti, ketidakupayaan dalam pembelajaran, ponteng sekolah (Erickson, 1992; Kauffman, 2001), keletihan, masalah menumpukan perhatian, masalah 114

Terdapat penyelidik yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kadar kemurungan di kalangan remaja lelaki dan perempuan Baron & Joly, 1988 (disebut dalam Wade, Cairney, & Pevalin, 2002); Bachanas Penyelidik-penyelidik lain pula mengatakan bahawa remaja perempuan biasanya lebih mudah dilanda kemurungan berbanding remaja lelaki (Ingersoll, 1989; Haugaard, 2001).

Menurut Nolen-Hoeksema dan Girgus (disebut dalam Bachanas & Kaslow, 2001), pada umur 15 tahun, kemurungan di kalangan remaja perempuan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding remaja lelaki, dan perbezaan jantina ini akan berlanjutan hingga ke zaman dewasa.

Steinberg (1999) pula berpendapat bahawa perasaan kemurungan adalah lebih umum di kalangan lelaki berbanding perempuan sebelum akil baligh, manakala kecelaruan kemurungan lebih umum di kalangan perempuan berbanding lelaki selepas akil baligh.

Sebab-sebab Menurut Allchin (1975), kegagalan dalam akademik boleh mendorong seseorang untuk mengalami kemurungan

FAKTOR PENYEBAB BIOLOGI SOSIAL TINGKAHLAKU PENGARUH EMOSI DAN KOGNITIF

Biologi Baka Hormon yg tidak seimbang Tidak dapat tidur Cara hidup berubah

Sosial Perempuan Kehidupan sosial yang tidak berkualiti Suka sendiri Suka menyendiri Suka minta tolong Lelaki Tidak suka untuk ditolong

Tingkahlaku Kehidupan yg menurun Tidak peduli t/jwb & perawakan diri Cepat marah

Pengaruh Emosi & Kognitif Jiwa kosong Hilang nikmat hidup Kurang daya ingatan Hilang tumpuan Putus asa Hilang rangsangan sex Hilang mesra & kasih sayang Rasa bersalah Benci kepada semua perkara Rendah diri Pemikiran negetif Berfikr untuk bunuh diri/melakukannya

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA Mereka yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai tanda-tanda: - berasa hilang tenaga untuk melakukan sesuatu, - hilang minat dengan aktiviti harian seperti makan dan minum, berasa diri tidak lengkap, mudah menangis, berasa pesimis, berasa tidak berdaya, berasa sunyi sepi, suka bersendirian, mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

EMOSI Tiada mood. Bimbang Cepat marah. Rasa bersalah Risau dan runsing Bosan

MENTAL Rasa diri tak berguna. Putus harapan. Hilang minat bekerja. Hilang nikmat hidup. Hilang tumpuan. Hilang daya ingatan. Berfikir untuk bunuh diri. Tidak boleh berfikir dengan betul

TINGKAH LAKU Hilang kemampuan diri. Hilang rangsangan seks. Tidur yang tak sempurna. Menangis. Rasa letih terlampau. Kurang tidur / sukar tidur Tidak ketawa Sukar memulakan sesuatu kerja Suka menunjukkan kelemahan diri

Rawatan 1.Medication Jenis-jenis ubat - Anti deprission contoh : tricyclic, monoemine oxidase ( MAO), selective serotonim reuptake inhibators (SSRIs)

2. Terapi ringan. - Terapi secara ringan sahaja bagi kes-kes ringan. 3. Terapi Berat Terapi secara ECT- Electroconvulsive Theraphy Kemurungan yang teruk digunakan ECT ini apabila ia tidak berkesan lagi Ia memberi kesan tindak balas sampingan seperti hilang ingatan dan rasa letih yang amat sangat. Sesetengah pesakit akan hilang ingatan secara kekal.

4. Terapi Kognitif & T/Laku Kognitif. - Dengan cara mengurangkan idea-idea atau pemikiran negatif dan tukar kepada yang positif. Tingkah laku. - Meningkatkan lagi kemahiran untuk mengawal diri dan mengatur hidup mereka

5. Interpersonal Psikoterapi - Menukar cara hidup mereka kepada perhubungan sosial yang lebih positif. - Memberi kemahiran bagi menyelesaikan konflik dengan orang lain - Menyuruhnya supaya membina hubungan baru bercerai dsb

Teori Kemurungan Kognitif Beck 1967 Menurut Beck kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif Akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram

Beck (1987) dalam Wan Zainab (1990) menyatakan Model Beck telah menghuraikan tiga konsep asas psikologikal yang mengakibatkan kemurungan iaitu 1 konsep kognitif tiga penjuru, 2 skema dan 3 alat

Konsep tiga penjuru kognitif Tiga penjuru kognitif (The Cognitive Triad). Mereka yang murung lebih cenderung mempersepsikan diri sendiri, pengalaman dan masa depan mereka sebagai satu pemahaman yang negatif dan tidak realistik

Skema Merupakan satu tanggapan yang tidak fleksibel akibat daripada kepercayaan atau andaian pengalaman masa lalu. Skema merupakan penglibatan struktur kognitif di antara input rangsangan dan tindak balas personaliti. Skema mengandungi gabungan organisasi daripada nilai kepercayaan dan andaian yang berhubung dengan objek, kejadian atau persekitarannya. Skema juga akan berfungsi sebagai rangsangan scanners, menapis maklumat, interpretasi dan mengekodkan maklumat (Becker, 1974).

Alat Mereka yang murung akan sering mempunyai kesilapan struktural dan pemikiran. Ia mempunyai hubungan dengan salah tafsir tentang sesuatu kejadian. Mereka yang murung juga akan membesarbesarkan tanggungjawab dan celaan terhadap diri sendiri. Mereka bukan sahaja membuat generalisasi yang melampau berdasarkan sesuatu peristiwa tetapi juga akan melakukan atau membuat kesimpulan secara tidak logik (Clarizio, 1985).

Menurut Beck (1967) dalam Raikhan (2006), Terdapat 3 tahap kemurungan di kalangan pelajar Kemurungan yang rendah (Mild Depression), Kemurungan yang sederhana (Moderate Depression) dan Kemurungan yang tinggi (Severe Depression)

Kemurungan rendah (Mild Depression) Merupakan kemurungan pada tahap awal dan biasanya dialami oleh kebanyakkan pelajar. Pelajar-pelajar hanya menyatakan diri mereka buntu dan sedih (disphoria). Mereka yang mengalami kemurungan pada tahap ini masih boleh bergembira dan kelihatan riang. Kemurungan pada tahap ini tidak terlalu menjejaskan prestasi mereka dalam pencapaian akademik dan aktiviti-aktiviti luaran.

Kemurungan sederhana Perasaan disphoria cenderung untuk menjadi berpanjangan dan lebih kekal. Tidak berminat untuk menglibatkan diri dalam aktivitiaktiviti di dalam dan di luar sekolah. Agak sukar untuk mempengaruhi mereka bagi mengalihkan kepada tingkah laku gembira dan riang. Tingkah laku dan perasaan riang cuma bersifat sementara sahaja. Pada peringkat ini keadaan disphoria biasanya bermula sejak awal pagi dan berterusan seharian. Menurut Beck (1967), biasanya tahap kemurungan inilah yang banyak berlaku ke atas pelajar-pelajar sekolah terutamanya di peringkat awal remaja

Kemurungan tahap tinggi merupakan tahap kemurungan paling yang teruk. Memperlihatkan perasaan dan tingkah laku terlalu sedih dan putus asa. Sentiasa berada dalam keadaan terlalu risau atau bimbang. Menurut Beck (1967), 70% pelajar-pelajar yang mengalami kemurungan pada tahap ini akan merasa sedih sepanjang masa, dan sukar untuk lari daripada keadaan tersebut. Kesedihan dan putus asa serta pengherotan dalam keadaan-keadaan yang lain dilihat sebagai bersifat berterusan

RUMUSAN Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh faktor luaran terutama kehilangan sesuatu yang mempunyai pengertian yang yang mendalam dalam kehidupan kita. Antara perkara boleh menyebabkan kemurungan ialah gagal dalam pekerjaan atau dibuang kerja, mengalami kerugian dalam perniagaan , ditinggalkan oleh orang yang disayangi atau mengalami kematian orang yang disayangi.

Lebih ramai wanita mengalami perasaan ini daripada lelaki. Ia sering terdapat di kalangan mereka dari kumpulan sosioekonomi yang rendah. Mereka yang tidak berkahwin lebih besar mengalami perasaan murung. Perasaan ini boleh melanda orang dari mana-mana kumpulan umur. Seterusnya perasaan murung boleh ditanggung lama oleh seseorang

Anda mungkin juga menyukai