Sebelum kedatangan penjajah British, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia kedudukan ini berubah semenjak Inggeris campur tangan di negeri-negeri Melayu secara berperingkatperingkat sehingga negeri-negeri tersebut menerima penasihat Inggeris dalam pemerintahan mereka
Telah diadakan perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan pihak British Perjanjian tersebut menyatakan dengan jelas bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima semua nasihat British melainkan dalam hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu Ini menyebabkan pemisahan antara Agama Islam dengan pemerintahan negara
Pelaksanaan undang-undang Islam hanya dibenarkan dalam : 1. Hal ehwal kekeluargaan, 2. Pewarisan, 3. Ibadat-ibadat khusus dan 4. beberapa aspek undang-undang jenayah
Undang-undang Inggeris diperkukuhkan lagi dengan: penguatkuasaan Enakmen Undang-undang Sivil secara rasmi pada 1937 Kemudian diperluaskan penguatkuasaannya dari Negerinegeri Melayu bersekutu ke Melaka dan Pulau Pinang pada tahun 1956 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1957
Namun British tetap campurtangan dalam hal Undangundang Islam menyebabkan Kuasa Mahkamah Syariah dihadkan dan menjadi rendah tarafnya berbanding mahkamah sivil. Pihak British untuk menggantikan pemakaian undangundang Islam dengan undang-undang Inggeris dengan tiga kaedah, iaitu:
Melalui keputusan penghakiman . Melalui perundangan. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri yang berkuasa membuat undang-undang berdasarkan undangundang Inggeris
Secara langsung dan tidak langsung, British Menggantikan Undang-undang Islam dengan Undang-undang mereka.
Kewujudannya dalamPerlembagaan boleh dianggap sebagai unik kerana ia adalah bertentangan dengan sifat negara ini yang sekular seperti yang diajukan oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Hal ini demikian kerana dengan adanya peruntukan tersebut, negara dan perlembagaan tidak boleh lagi disifatkan sebagai sekular (Abdul Aziz Bari, 2001:249255).
Dalam bidang undang-undang jenayah pula, bidang kuasa mahkamah syariah adalah terhad kepada orang Islam dan mahkamah ini hanya mempunyai bidang kuasa berhubung dengan kesalahan-kesalahan sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang memperuntukkan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau apa-apa denda melebihi RM1,000 atau kedua-duanya.
Akta ini dipinda pada 1984 bagi memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan jenayah syariah dengan lebih berat. Bidang kuasa mahkamah syariah diperluaskan dengan membenarkan mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau apa-apa denda sehingga RM5,000 atau sebat enam rotan atau gabungan kedua-dua hukuman.
Selain Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, ada juga kesalahan jenayah syariah dimasukkan ke dalam Enakmen/Akta Undang-undang Keluarga Islam iaitu : Kesalahan yang berkaitan perkahwinan dan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam (untuk menangani penyebaran agama selain Islam di kalangan orang Islam).
Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa sebahagian undang-undang Islam telah pun dilaksanakan di Malaysia. Undang-undang berkenaan keluarga orang Islam dan juga ibadat khusus terus diikuti, dan sememangnya sejak zaman penjajah lagi mereka tidak berminat mencampuri urusan ibadat dan keluarga orang Islam.
Buktinya, program pembangunan institusi-institusi Islam seperti masjid, surau, pusat-pusat zakat dan juga satu lembaga rasmi yang menguruskan hal ehwal haji orang Islam yang kesemuanya telah dijalankan dengan baik sekali. undang-undang khusus berkenaan keluarga Islam di setiap negeri untuk mentadbir hal ehwal perkahwinan, perceraian, nafkah dan seumpamanya.
Bidang Kehakiman
Malaysia mempunyai dua sistem kehakiman, iaitu sistem kehakiman sivil dan sistem kehakiman syariah. Dikotomi sistem kehakiman ini semakin jelas dengan pindaan Perlembagaan iaitu Perkara 121(1A) yang memperuntukkan bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil. Berbeza dengan mahkamah sivil, mahkamah syariah diberikan bidang kuasa yang lebih rendah, iaitu membicarakan hal-hal yang dianggap sebagai personal law dan hanya berkuat kuasa kepada orang Islam sahaja.
Bidang Ekonomi
Usaha untuk membangunkan sistem ekonomi Islam : Penubuhan Bank Islam yang pertama pada tahun 1983 dan Syarikat insurans Islam atau Takaful pertama pada tahun 1984. perbankan Islam semakin dipertingkatkan dengan pengenalan Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) yang membenarkan bank-bank konvensional yang mengamalkan dasar riba menawarkan perkhidmatan perbankan yang selaras dengan kehendak syarak.
. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam di Malaysia pada masa kini adalah antara yang terbaik di dunia dan usaha ini wajar dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain. Sistem ekonomi Islam boleh dianggap sebagai pilihan (bukannya bersifat mandatori) kepada masyarakat Islam yang mempunyai kesedaran untuk mengelakkan diri daripada berurusan dengan institusi yang berasaskan sistem riba (Sobri Salamon, 1986:145-167).
Bidang Undang-undang Jenayah Undang Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah di Malaysia secara umumnya adalah berasaskan kepada undang-undang Inggeris. Kesalahan yang dikategorikan di dalam jenayah syariah pula diperuntukkan dalam enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Hukuman bagi kesalahan jenayah dalam kategori hudud dan qisas tidak dilaksanakan. Hukuman bagi sebahagian jenayah syariah pula bolehlah dianggap sebagai hukuman ta 'zir.
Hal ini adalah kerana bidang kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah hanyalah setakat tiga tahun penjara, atau denda sehingga RM5,000 atau sebat enam rotan atau gabungan kedua-dua hukuman. Atas asas inilah sungguhpun sebahagian kesalahan dalam kategori hudud misalnya zina, minum arak dan murtad ada diperuntukkan, namun hukuman sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan.
Penutup
Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sistem perundangan yang dibawa oieh Islam adalah untuk merealisasikan matlamat untuk membina kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Semua pihak berperanan untuk melaksanakan perundangan Islam, sama ada di peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. .
Dalam hubungan ini, Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim (1988:4) telah mencadangkan tiga garis panduan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, iaitu: Memansuhkan Akta Undang-undang Sivil 1956 yang menjadikan undang-undang Inggeris sebagai sumber perundangan, dan diganti dengan undang-undang Islam. Meminda peruntukan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sepertimana berikut - "Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undangundang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan itu". Peruntukan sebegini sebenarnya telah wujud dalam Perlembagaan Pakistan.
(3) Mengadakan satu peruntukan dalam semua status perundangan bahawa jika - sebarang lacuna dalam status berkenaan, mahkamah hendaklah merujuk undangundang Islam
sebahagian besar daripada bidang-bidang dalam perundangan Islam hanya boleh dilaksanakan dengan komitmen penuh daripada negara (pemerintah), terutama berkenaan perlembagaan, undang-undang jenayah, dasar-dasar dalam dan luar, hal ehwal kewangan, keselamatan dan seumpamanya Usaha ke arah melaksanakan cadangan-cadangan tersebut mestilah dengan bersungguh-sungguh. Tugas ini semestinya terletak di bahu pihak Parlimen dan juga para wakil rakyat di Dewan-dewan Undangan Negeri.