Anda di halaman 1dari 13

Sigmund Freud (1856 - 1939)

• Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi (inborn
drives). Berdasarkan pandangan ini, lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak-
geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial, tidak sosial
dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu, tidak
dapat menentukan arah tujuan kehidupannya.

• Memperkenalkan tahap kesedaran manusia, iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam
bawah sedar. Selain itu, beliau juga menyatakan terdapat 3 komponen personaliti, iaitu
id, ego dan super ego yang sering mempengaruhi antara satu sama lain dalam mengawal
perlakuan manusia.

• Ppersonaliti seseorang manusia dipengaruhi oleh perkembangan psikoseksual seseorang.


Teori perkembangan psikoseksual ini dibahagikan kepada lima peringkat berdasarkan
tahap umur yang berlainan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital.
Erik H. Erikson (1902 - 1994)

• Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan


hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.
Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil
daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson
memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososiologi. Setiap
peringkat saling berkait antara sama lain.

• Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis


perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat
mempunyai matlamat untul dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai
matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa
akibat kepada imej kendiri seseorang individu.
Tahap kesedaran
• Menurut Freud, dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran, iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam
tidak sedar (rujuk gambar 1).

1. Alam sedar
• Alam sedar merupakan sebahagian kecil jiwa manusia yang diibaratkan sebagai seketul ais yang terapung, hanya
sebahagian kecil sahaja yang boleh dilihat. Alam sedar merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar.
Ini adalah merangkumi kepada tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan atau
pemikiran sedar ialah minum, berjalan, berasa gembira atau sepi. Ia beroperasi pada permukaan personaliti
seseorang dan hanya memainkan peranan yang kecil dalam perkembangan personaliti.
2. Alam pra-sedar
• Alam pra-sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi jika tumpuan atau dilakukan
secara bersungguh-sungguh, ianya mampu diingat semula boleh menjadi sedar dengan mengingat semula.
Contoh: Kita tidak boleh memikirkan apa yang kita lakukan semalam tetapi apabila ditanya, kita masih boleh
mengingat semula apa yang telah kita lakukan semalam.

3. Alam bawah sedar


• Alam bawah sedar meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia. Ia mengandungi pengalaman
dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudannya. Keadaan mental ini di luar kesedaran
seseorang. Ia meliputi semua perkara yang di luar kesedaran seseorang seperti semangat dan naluri individu. Ia
juga merangkumi peristiwa-peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan. Ia mungkin melibatkan trauma,
penderaan, kesedihan yang amat sangat. Memori ini akan terus berada dalam alam bawah sedar dan mungkin
akan diluahkan oleh individu secara tidak langsung. Menurut Freud, alam ini adalah punca motivasi individu. Ia
Personaliti Manusia Mengikut Teori Psikoanalisis
• Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga–DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya
personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur
iaitu id, ego dan super ego (rujuk gambar 1).

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)


• Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Id merupakan dorongan fisiologikal yang
terletak di peringkat pemikiran bawah sedar. Melalui id, naluri asas seseorang terbentuk dan ini merupakan tenaga untuk memotivasikan individu atas prinsip
kelazatan atau keseronokkan. Ia dianggap sebagai satu elemen struktur yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri
manusia.
• Id tidak dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral atau etika dan objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan
tanpa mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial atau keperluan orang lain. Id dapat dilihat dengan jelas melalui kelakuan kanak-kanak kecil yang
suka berkelakuan sesuka hati.

Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)


• Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Ego adalah
komponen personaliti yang terbentuk melalui pengalaman dalam alam realiti. Ego adalah berbeza dengan Id kerana ego merupakan komponen psikologikal yang
mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Selain itu, Ego tidak wujud semasa kelahiran, tetapi hanya mula terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu di
mana kanak-kanak mendapati tidak semua yang dikehendaki oleh id dapat dipenuhi dengan segera. Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperluan, ego mula
wujud untuk mencari cara yang rasional untuk mengatasi kekecewaan tetapi secara rasional dan munasabah. Contohnya: Id memberitahu badan ingin tidur, oleh
itu, ego akan mencari tempat yang sesuai untuk tidur.
• Ego akan berorientasi atas prinsip di mana ego akan memahami keinginan id dan membuat rancangan selaras dengan peraturan sosial supaya individu mendapat
kepuasan dan pada waktu yang sama kelakuannya dapat diterima oleh masyarakat. Apabila ego tidak dapat cari cara yang diterima untuk memuaskan keinginan
id, konflik akan timbul. Dari sinilah, individu akan menggunakan mekanisme belah bela diri.

Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)


• Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan dan keburukan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa
bersalah sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).
• Super ego merupakan struktur personaliti yang beroperasi atas prinsip kesempurnaan dan akan terbentuk serta berkembang sepanjang hidup kanak-kanak
dengan menggabungkan moral dan nilai-nilai masyarakat. Super ego berfungsi berlandaskan prinsip moral, keagamaan atau prinsip ideal. Super ego akan
mengawal kehendak ego dan memberi penilaian samada tingkah laku yang ditunjuk ego benar atau salah. Ia juga mengawal segala kehendak id, mempengaruhi
ego dalam usaha mencari jalan memenuhi kehendak id dengan cara yang terbaik bersesuaian dengan cara, nilai, budaya, kepercayaan, dan agama sesebuah
masyarakat.
Perkembangan Psikoseksual Mengikut Sigmund Freud
• Sigmund Freud mempercayai bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini adalah bersifat biologi dan melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Perkembangan kanak-kanak akan menjadi tidak
normal apabila seseorang kanak-kanak mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut. Keadaan ini dipanggil lekatan di mana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya.
• Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu telah ditentukan. Setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital.

•  Peringkat Oral (0 – 18 bulan)


• Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh impuls biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendiri. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka.

• Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka adalah makanan. Zon yang berkaitan dengan kehendak ini ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah dan menelan.

• Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut. Namun begitu, sekiranya tidak dapat,
maka dia akan terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang suka merokok adalah berpunca daripada masalah ini.

• Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu yang bercakap kasar, agresif dan suka menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.

•  Peringkat Anal (18 bulan – 3 tahun)


• Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul. Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan najis. Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan
latihan tandas(toilet -training).

• Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan suasana anal agresif dan anal retentif.

• Anal agresif berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan ketat dan peraturan rigid yang dikenakan semasa latihan tandas dijalankan. Anak tidak akan mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, ganas, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa.

• Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah
orang lain apabila dewasa kelak.

• Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang untuk berdikari, mempunyai automomi dan tahu mengawal diri sendiri.

•  Peringkat Falik (3 – 6 tahun)


• Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mengetahui tentang kejantinaan sama ada dirinya lelaki atau perempuan. Sember kepuasan libido berpindah kepada organ kejantinaan dan mendapat kepuasan dengan memegang kawasan kemaluannya.

• Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan kasih sayang pada ibunya. Manakala bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra kompleks, di mana berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap
menentang ibu.

• Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada tahap ini akan merenggangkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.

•  Peringkat Latensi (6 – baligh)


• Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial. Mereka mula mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada ibu bapa dan keluarga. Pada tahap ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di aras bawah sedar. Kanak-kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti
lain. Mereka mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina. Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga pada usaha berdaya tindak dengan persekitarannya.

• Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibubapa hanya perlu memerhati dan mengawasi aktiviti sosial anak mereka. Kanak-kanak yang tidak merasa kepuasan berkawan akan menunjukkan tingklah laku yang negatif apabila dewasa kelak. Mereka sukar bergaul, mengasingkan diri,
suka menyendiri dan terkongkong.

•  Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)


• Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula kecenderungan seks yang dialami semasa individu itu berada pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, remaja mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan,
dan masa depan. Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang berlainan jantina.

• Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud.

• Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai pada zaman kanak-kanak. Ini akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang dihasilkan oleh konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak menonjol dan menjadi dominan.

• Sebagai kesimpulan, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, Freud percaya cara didikan dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat mempengaruhi personaliti seseorang. Oleh itu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak supaya mereka dapat mengatasi
konflik-konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.
• perkembangan psikoseksual mengikut Sigmund Freud

• Sigmund Freud mempercayai bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini adalah bersifat biologi dan melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Perkembangan kanak-kanak akan menjadi tidak normal apabila seseorang kanak-kanak mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut. Keadaan ini
dipanggil lekatan di mana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya.

• Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu telah ditentukan. Setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital.

•  Peringkat Oral (0 – 18 bulan)


• Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh impuls biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendiri. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka.

• Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka adalah makanan. Zon yang berkaitan dengan kehendak ini ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah dan menelan.

• Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut. Namun begitu, sekiranya tidak dapat, maka dia akan terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang suka
merokok adalah berpunca daripada masalah ini.

• Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu yang bercakap kasar, agresif dan suka menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.

•  Peringkat Anal (18 bulan – 3 tahun)


• Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul. Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan najis. Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan latihan tandas(toilet -training).

• Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan suasana anal agresif dan anal retentif.

• Anal agresif berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan ketat dan peraturan rigid yang dikenakan semasa latihan tandas dijalankan. Anak tidak akan mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, ganas, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa.

• Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah orang lain apabila dewasa kelak.

• Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang untuk berdikari, mempunyai automomi dan tahu mengawal diri sendiri.

•  Peringkat Falik (3 – 6 tahun)


• Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mengetahui tentang kejantinaan sama ada dirinya lelaki atau perempuan. Sember kepuasan libido berpindah kepada organ kejantinaan dan mendapat kepuasan dengan memegang kawasan kemaluannya.

• Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan kasih sayang pada ibunya. Manakala bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra kompleks, di mana berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap menentang ibu.

• Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada tahap ini akan merenggangkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.

•  Peringkat Latensi (6 – baligh)


• Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial. Mereka mula mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada ibu bapa dan keluarga. Pada tahap ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di aras bawah sedar. Kanak-kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama
jantina. Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga pada usaha berdaya tindak dengan persekitarannya.

• Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibubapa hanya perlu memerhati dan mengawasi aktiviti sosial anak mereka. Kanak-kanak yang tidak merasa kepuasan berkawan akan menunjukkan tingklah laku yang negatif apabila dewasa kelak. Mereka sukar bergaul, mengasingkan diri, suka menyendiri dan terkongkong.

•  Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)


• Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula kecenderungan seks yang dialami semasa individu itu berada pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, remaja mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan, dan masa depan. Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang
berlainan jantina.

• Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud.

• Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai pada zaman kanak-kanak. Ini akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang dihasilkan oleh konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak menonjol dan menjadi dominan.

• Sebagai kesimpulan, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, Freud percaya cara didikan dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat mempengaruhi personaliti seseorang. Oleh itu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak supaya mereka dapat mengatasi konflik-konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.
Jadual berikut menunjukkan secara ringkas lapan peringkat perkembangan psikososal Erikson

Peringkat Tahap Umur Huraian


1.    Asas kepercayaan lawan asas Dari lahir hingga 1 tahun Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat. Mendapat kasih sayang dan kepercayaan
ketidakpercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan timbul.

2.    Autonomi lawan karaguan 1 tahun hingga 3 tahun Peekembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal.
Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan
diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

3.    Inisiatif lawan rasa bersalah 4 tahun hingga 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya
gagal boleh membawa rasa salah.

4.    Inisiatif lawan rasa rendah diri 6 tahun hingga 11 tahun Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan,
kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

5.    Identiti lawan kekeliruan identiti 12 tahun hingga 18 tahun Mencari identiti diri bagi gologan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dua
bersosial.

6.    Keintiman lawan keasingan Awal dewasa. Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkahwinan dan membina
18 tahun hingga 35 tahun. kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

7.    generativiti lawan kekakuan Pertengahan dewasa. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan
35 hingga 65 tahun. mementingkan diri sendiri.

8.    Integriti lawan kekecewaan Lanjut usia 65 tahun ke atas. Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan
kekecewaan.
Umur Peringkat
0 – 18 bulan Oral
18 bulan – 3 tahun Anal
3 – 6 tahun Falik
6 - baligh Latensi
Selepas baligh hingga dewasa Genitial
Jenis Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti
Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia:
Suka bergaul, cepat mesra, berlega,
mengandur.
Mesomorf Otot-otot kuat, Trait Somatotonia:
berkemahiran psikomotor Tegas, agresif, suka riadah, sedia
menghadapi cabaran.
Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia:
Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka
aktiviti fizikal.
• Faktor Persekitaran
• Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan
sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

•• Keluarga
• Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang
sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu tersebut.

• Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan
yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

• Di samping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anakanaknya.
Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan
alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

•• Kebudayaan
• Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Di dalam kebanyakan kebudayaan,
banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormatmenghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh
kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.

• Sebahagian masa yang ada dihabiskan di sekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-
kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi
arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan di dalam membentuk
perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

•• Rakan Sebaya
• Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting di dalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas
keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sama ada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.

•• Media Massa
• Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam membentuk perkembangan
personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan,
kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu
perkembangan intelek seseorang pelajar.

•• Pengalaman Awal
• Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya
menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis
angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.

•• Masyarakat
• Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan itu, kanak-kanakmembesar
menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini
menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.

• Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong
orang lain.

• Sebagai kesimpulan, personaliti seseorang terbentuk sejak kecil lagi, oleh itu, ibubapa seharusnya menyediakan persekitaran dan sentiasa bersama dengan kanak-kanak supaya dapat mengesan keperluan kanak-kanak dengan serta merta. Pengabaian
yang kecil mungkin juga dapat membentuk personaliti yang berlainan walaupun faktor lain dijaga dengan baik.
 
PERSONALITI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
 
Minat

• Minat yang luas dan mendalam dalam pelbagai topik dan bidang menyebabkan konsep kendiri mereka menjadi positif, yakin dan optimistik (selalu berfikir yang
positif). Ini berlaku apabila mereka “berfungsi” secara sihat. Yang sebaliknya akan berlaku apabila mereka menghadapi cabaran tertentu, contohnya mereka tidak
difahami oleh orang biasa.

Berkarisma

• Karismatik, popular dan ada gaya sendiri yang unik menjadikan mereka bintang dalam kelas. Sikap degil dan tidak fleksibel seperti tidak mahu melakukan
sesuatu kerja yang tidak diminati serta yang dianggap di luar bidangnya. Selalu bersifat ekstrim.

Teliti

• Melakukan kerja dengan teliti,serta sukakan projek besar yang mengambil masa panjang dan usaha berterusan. Mereka juga sukakan kepada perincian iaitu
sikap perfeksionis.
 
Takut kalah

• Selalu berasa tertekan untuk mengatasi orang lain. Sikap takut kalah itu sering membawa kepada sikap cemburu dan masalah sosio-emosi yang lain.
 
Sentiasa tidak berpuas hati

• Mereka sering meletakkan permintaan dan jangkaan yang tinggi terhadap hasil kerja sendiri. Selalu tidak puas hati dengan pencapaian sendiri dan orang lain dan
terlalu bersungguh-sungguh semasa bekerja, tetapi tetap tidak puas hati apabila kerja disiapkan.

Lebihan tenaga

Banyak tenaga, seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. Motivasi mereka menjadi tinggi pada kerja-kerja yang sangat diminati seperti
contohnya main lego sampai larut malam.