Anda di halaman 1dari 12

TEORI KONSTRUKTIVIS

AHLI KUMPULAN:
NIK NUR ATIKA BT CHE OMAR NUR HAZWAMI BT RADUAN RASMAH BINTI MUHAMAD SITI AISYAH BT ZAKARIA

KONSEP
satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru. membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

MCBRIEN & BRANDT, 1997


Kontruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

BRINER. M,1999

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang di peroleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Seni dalam Pendidikan wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

BAGAIMANA SENI DALAM PENDIDIKAN DAPAT DIKAITKAN DENGAN TEORI KONSTRUKTIVISME?


(a) Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan yang sedia ada. (b) Menyusun atur maklumat dan pengetahuan. (c) Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru. (d) Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk. (e) Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan. (f) Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.

CONTOH
Seni visual membina kolaj menggunakan bahan selain kertas seperti kain, kekacang dan beras. Seni muzik mencipta lagu menggunakan alat muzik yang telah dikuasai seperti piano atau gitar. Seni pergerakan boleh menjiwai muzik yang didengar dan mengekspresikan dalam bentuk pergerakan baharu.

PEMBINAAN KONSEP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI SDP

RUMUSAN
Kontruktivisme ialah fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.