Anda di halaman 1dari 16

Tutorial Topik 15

Disediakan Oleh: Hanira Kahar Noraisya shafiee Ayuni Abd Rahman Nordiana Mohd Daham Azritawani Ahmad @ Othman Syarifah Nordia Edayu Syed Mohamad

Cara-cara Penyebaran Data Dapatan Penyelidikan Tindakan *Seminar *Penerbitan *Rangkaian Penyelidikan Tindakan

Seminar
Adalah salah satu daripada komponen yang dititikberatkan dalam latihan perguruan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia juga dilaksanakan untuk perkongsian ilmu dan penyebaran maklumat hasil daripada kajian penyelidikan tindakan yang telah dijalankan.

Melalui seminar dan perbengkelan, kertas kerja serta hasil penyelidikan akan di bentangkan untuk dikongsikan kepada peserta. Kertas kerja serta hasil penyelidikan akan dibahaskan dan seterusnya diedarkan untuk tatapan peserta.

Kepentingan Seminar
Dapat memberi peluang kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil kajian yang telah mereka jalankan. Dapat meningkatkan kefahaman para penyelidik terhadap pentingnya kajian penyelidikan. Dapat memberi peluang kepada para penyelidik untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menjalankan kajian serta berkongsi pendapat tentang isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai panduan kepada guru lain untuk mempelbagaikan teknik pengajaran berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan.

Penerbitan
Adalah bahan yang memuatkan hasil kajian pendidikan dan kajian tindakan untuk dikongsikan kepada penyelidik atau guru-guru lain sama ada terbitan dalam atau luar negara. Penyelidik boleh menerbitkan dapatan penyelidikannya di dalam jurnal-jurnal berkenaan. Antara institusi yang aktif menerbitkan hasil penyelidikan pendidikan adalah universiti tempatan, Institut Perguruan dan Jabatan pendidikan negeri-negeri.

Kepentingan Penerbitan
Untuk memelihara dan memulihara hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh seseorang penyelidik. Sebagai rujukan kepada penyelidik yang akan datang. Sebagai salah satu medium untuk berkongsi pendapat, idea dan pandangan tentang hasil penyelidikan yang telah diperoleh seseorang penyelidik bagi tujuan penambahbaikan.

Rangkaian Penyelidikan Tindakan


Merupakan alat yang telah direkabentuk untuk para guru dalam lapangan kerjaya mereka dan juga untuk para pelajar agar dapat berkongsi penyelidikan yang telah dibuat dan memberikan pandangan mereka. Laman ini menyediakan templat online yang akan diisi oleh penyelidik.

Kepentingan Rangkaian Penyelidikan Tindakan


Maklumat yang diberi membolehkan pihak pengendali untuk mendokumentasikan pelbagai aspek daripada penyelidikan yang telah dibuat. Membolehkan penyelidik membuat penjelasan kesemua aspek projek penyelidikannya, mengambil nota dan menyimpan laporan penyelidikan di dalam satu tempat yang lebih teratur.

Penyelidik boleh memuat naik instrumen kajian dan data-data yang diperoleh dan berkongsi maklumat dengan orang lain. Mana-mana penyelidik yang berminat dengan penyelidikan yang telah dibuat oleh penyelidik lain, boleh mencarinya dengan menyatakan jenis penyelidikan, jenis rawatan atau campur tangan, perkara dan sebagainya.

Ini memudahkan para guru untuk mencari penyelidikan yang diminati. Alat ini baik untuk para pensyarah/ profesor pendidikan untuk memantau para pelajar yang telah diberkan tugasan penyelidikan sepanjang proses menyiapkannya. Pelajar menyatakan bahagian-bahagian tertentu yang telah lengkap atau memerlukan perhatian.

Pensyarah boleh melihat bahan tersebut secara online dan memberikan komen-komen melalui sistem pesanan. Komunikasi berlaku antara pensyarah dan pelajar tentang projek. Contoh http://actionresearch.altec.org/

CARA PENYEBARAN DAPATAN


SEMINAR

PENERBITAN

RANGKAIAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kesimpulan
Cara penyebaran hasil dapatan penyelidikan tindakan ini adalah penting bagi memastikan pelancaran proses menyediakan penyelidikan tindakan. Bagi memastikan perkongsian ilmu dapat dijalankan.