Anda di halaman 1dari 29

ANTOLOGI HARGA REMAJA CERPEN : ISRAK PENULIS : ERDA ROSLAN KHAIRI

DISEDIAKAN OLEH : NUR FATIN AZMA BT. RASIDI 4 MARIKH

Kemerosotan jati diri remaja kota akibat terpengaruh oleh gaya hidup moden.

PERSOALAN

Sikap ego seorang cucu Kasih sayang dalam keluarga Kesabaran menghadapi ujian hidup Kepentingan sejarah dalam kehidupan Perkahwinan campur

WATAK DAN PERWATAKAN

ISRAK (WATAK UTAMA)


Anak sulung Adam dan Siti Hawa, abang kepada Mikraj. Israk terpengaruh oleh budaya barat. Dia seorang yang sombong. Dia juga seorang yang egois dan pemarah. Israk akhirnya insaf dan menyesali perangai buruknya setelah diselamatkan oleh Wah semasa terjatuh ke dalam sungai.

WAH (WATAK SAMPINGAN)


Wah ialah ibu Adam, ibu mertua Siti Hawa dan nenek Israk dan Mikraj. Berkahwin dengan Firdaus Frank tetapi menjadi balu setelah suaminya meninggal dunia ketika dia sarat mengandung. Selain itu, dia juga amanah. Wah taat akan perintah agama. Dia berani dan penyayang.

MIKRAJ (WATAK SAMPINGAN)


Mikraj ialah anak bongsu Adam dan Siti Hawa dan adik Israk. Dia manja dan pandai mengambil hati serta menghormati orang lain. Mikraj seorang yang penyayang. Dia seorang yang pemberani. Mikraj tahu akan asal usulnya.

GAYA BAHASA

GAYA BAHASA
1. Personifikasi * pintu bilik yang bergegar ditampar angin desa (halaman 132) 2. Sinkope * aku bukan kau (halaman 138) 3. Metafora * asap kemarahan (halaman 134) 4. Simile * laksana seorang primadona (halaman 131) 5. Peribahasa * Bagai cacing kepanasan (halaman 134)

BINAAN PLOT

PERMULAAN
Adam, Siti Hawa, Mikraj dan Israk pulang ke rumah ah di Kampung Sayong untuk bercuti. Wah menerima kedatangan mereka dengan baik. Israk yang baru pertama kali datang ke rumahnya itu menunjukkan rasa kurang selesa.

PERKEMBANGAN
Israk tidak dapat menyesuaikan diri di rumah Wah. Dia berasa jijik melihat kawasan sekitar, tempat duduk, makanan, minuman dan buah-buahan di kampung. Adam, Siti Hawa dan Mikraj berasa tidak senang hati dengan perangai Israk manakala Mikraj dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan amat menyayangi neneknya itu.

PERUMITAN
Israk menghina kehidupan neneknya dan masyarakat di kampung itu sehingga mencetuskan pertengkaran dengan Mikraj. Mikraj menasihati abangnya supaya menjaga perangai dan tutur kata demi menjaga perasaan nenek mereka. Israk tidak mempedulikan nasihat Mikraj. Wah yang berkecil hati dengan sikap Israk menasihati cucu-cucunya itu supaya tidak bergaduh di dalam rumahnya.

KLIMAKS
Israk terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika hendak mandi. Dia hampir lemas tetapi dibantu dan berjaya diselamatkan oleh Wah.

PELERAIAN
Israk memakai baju Melayu. Semua orang terkejut apabila dia menceduk gulai, apatah lagi apabila dia bertanyakan jering dan tempoyak kepada Wah.

TEKNIK PLOT

TEKNIK PLOT
1. Teknik Dialog 2. Teknik Pemerian 3. Teknik Saspens 4. Teknik Kejutan 5. Teknik imbas kembali

LATAR

LATAR MASA

Pada 4 Oktober Pada waktu pagi

Rumah Wah

Sungai Perak

LATAR TEMPAT
Perth, Australia

Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur

Masyarakat kampung Masyarakat yang mementingkan kebendaan

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat kota

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan

NILAI

Nilai
Baik hati Kasih sayang Kerajinan Keberanian Kesyukuran

PENGAJARAN

Kita hendaklah menjauhi diri daripada sikap ego. Kita hendaklah mengamalkan kesopanan dalam kehidupan. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban demi kita. Kita mestilah bersabar ketika menghadapi ujian hidup. Kita hendaklah berani menegur perlakuan buruk seseorang.

SOALAN
1. Jelaskan 2 persoalan yang terdapat dalam cerpen Israk. 2. Huraikan 3 perwatakan Israk dan berikan contoh dari cerpen Israk. 3. Sekiranya anda berada di tempat Wah, bagaimanakah anda mengatasi masalah Israk? 4. Mengapakah Wah enggan menjual rumah Wah kepada Majlis Daerah? 5. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita?

SEKIAN , TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai