Anda di halaman 1dari 13

PKP 3105 Pendidikan Disleksia Tajuk 1.

1 Definisi dan Konsep


Ahli pembentang :Chong Jee Chieng Doreen Lee Ling Ling Jennifer Chiam Yier Yeeh Low Pik Ling Robert Wong Lee Ang

Definisi
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Latin dan Greek iaitu : dys yang bermaksud kesukaran dan; lexis bermaksud perkataan . Dengan kata lain, disleksia bermaksud kesukaran menggunakan perkataan.

Menurut Mercer (1991), Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara bunyi-bunyi dan hurufhuruf. Menurut Fadhilah Fitri (2009), perkataan disleksia berasal daripada bahasa Yunani dys- ("kesulitan untuk") dan lexis ("huruf" atau "leksikal").

Menurut Choong Lean Keow (2009: 158). dalam bukunya Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku mendefinisikan disleksia sebagai kesukaran menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan bahasa.

Augur (1993) dan Bender (1995) - Disleksia ialah kesukaran spesifik dalam pembelajaran, satu kemahiran atau lebih dalam membaca, mengeja dan menulis, kesukaran mengenal nombor dan ingatan jangka pendek. Valett (1980) - Disleksia ialah masalah kesukaran membaca, menulis dan mengeja walaupun telah mendapat pengajaran secara konvensional.

Kovhevar(1975): - Disleksia ialah kanak-kanak yang bermasalah kekeliruan orientasi (b jadi p), struktur (n jadi h), gabungan kekeliruan orientasi (p jadi q), sukar untuk mengenal dan mengingati simbol dan urutan abjad, masalah perbendaharaan kata, tidak memahami makna perkataan, penterbalikan huruf, bacaan lisan kurang jels, kesalahan vokal, menambah dan tidak faham konteks.

Kesimpulannya
Disleksia adalah suatu keadaan / gangguan yang didapat secara keturunan yang menyebabkan kesulitan dalam membaca, menulis, dan mengeja bahasa asal seseorang.

Konsep
Kausmaul (1877) disleksia berasal daripada kata aleksia yang bererti kebutaan kata (word blindness). Jules Dejerine (1891) ketidakmampuan atau kesulitan membaca untuk makna kebutaan kata. W.Tringle Morgan konsep disleksia adalah istilah kebutaan kata bawaan. Jacinta F. Rini, M.Psi menyatakan bahawa disleksia atau gangguan yang berupa kesukaran membaca adalah disebabkan oleh kelainan neurologis.

John Bradford disleksia lebih banyak dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita, gangguan lebih tertumpu dengan otak dalam mengolah dan memproses maklumat yang sedang dibaca oleh kanak-kanak tersebut. Profesor Berlin (1887) Disleksia ialah satu disorder dalam diri kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tetapi tidak memperoleh kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek Davis (1982) menyatakan seseorang yang mengalami disleksia adalah pemikir visual yang multidimensional kerana mereka berfikir dalam bentuk gambaran atau imej.

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Disleksia bukan sejenis penyakit dan tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya, dengan program pendidikan yang sesuai maslah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keaddan terbalik.

Terdapat beberapa perbezaan otak anak disleksia dengan anak lain: (i) Otak anak disleksia tidak menunjukkan asimetri pada pusat berbahasa di otak, di daerah temporal. Pada anak biasa, daerah temporal di otak kiri lebih besar dibandingkan kanan. Pada anak disleksia, kiri dan kanan adalah sama saja. (ii) Pada anak disleksia, terdapat gangguan sel saraf di beberapa daerah otak yang berhubungan dengan kemampuan membaca, misalnya di daerah parietal dan temporal. Gangguan sel saraf ini sudah terjadi sejak anak masih dalam kandungan.

ekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai