Anda di halaman 1dari 9

Ahli Kumpulan: Lai Chu Kong Lau Wui Xin Lee Fui Tzu Lee Siaw Mee

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan penyakit Disleksia ini boleh diwarisi dan yang membezakannya hanya darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum.

 Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Terdapat tiga jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :

(a)Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia)

dan dikenali juga (phonemic disleksia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan makna berubah. (b)Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan. (c)Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanakkanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.

Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak. Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca. Seperti yang sudah diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan genetik.

Pelbagai genetik sudah ditemui merupakan penyebab disleksia. Individu disleksia, genetiknya tersendiri mengalami gangguan. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan pada pusat lainnya.