Anda di halaman 1dari 72

PKP 3105 Pendidikan Disleksia Tajuk 3.

2 Ujian-ujian Pengenalpastian/ Saringan


Ahli-ahli Kumpulan : Chong Jee Chieng Doreen Lee Ling Ling Jennifer Chiam Yier Yeeh Low Pik Ling Robert Wong Lee Ang

Ujian Pengamatan
Pengamatan suatu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman yang lalu. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. Pengamatan suatu kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari. Pengamatan- kefahaman terhadap sesuatu perkata atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental

Objektif
Mengecam orientasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan Menentukan sesuau saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat

Menyelaras pengerakan motor-mata-tangan khususnya dari kiri ke kanan atau ke bawah dan dari bawah ke atas. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Komponen
Diskriminasi yang sama
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciriciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. Contoh : Arahan : Bulatkan saiz yang sama

Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciriciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. Contoh :
Arahan : Bulatkan gambar yang ganjil

Diskriminasi Saiz
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya Contoh :
Arahan : Bulatkan gambar yang besar

Diskriminasi Kedudukan
Tujuan : Melatih murid supaya dapar membezakan kedudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. Contoh:
Arahan : Bulatkan kedudukan yang tidak sama

Koordinasi Motor-Mata-Tangan
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pengerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. Contoh :
Arahan : Lukis garisan mengikut arah anak panah

Pertalian Jarak
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. Contoh :
Arahan : Salin semula seperti rajah

Mencari jalan keluar


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah Contoh :
Arahan : Lakarkan jalan keluar

Turutan
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri Contoh :
Arahan : Tulis nombor 1,2,3 dalam petak yang disediakan

Rajah Latar Belakang/Benda Tersembunyi


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak. Contoh : Arahan : Sebut nama dalam gambar tersebut

Menyalin
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat Contoh :
Arahan : Lukis semula rajah di bawah pada petak yang disediakan
1 1

Panduan melaksanakan ujian pengamatan


Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep seperti yang terkandung dalam komponen pengamatan Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas Pastikan murid menunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

Senarai Semak Disleksia


Terdiri daripada tahap penguasaan kemahiran mengeja, membaca, dan menulis kanak-kanak disleksia.

Kemahiran Mengeja Antara senarai semak kemahiran mengeja yang boleh diuji ialah: 1. Mengeja Perkataan Mudah 2. Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana yang dikehendaki 3. Menyusun Abjad Tidak Mengikut Ejaan dalam Perkataan Sebagaimana yang Sepatutnya 4. Kesilapan Meletakkan Suku Kata dalam Perkataan 5. Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad yang Hampir Sama yang Terdapat dalam Suku Kata

Kemahiran Membaca Antara senarai semak kemahiran membaca yang boleh diuji ialah: 1. Masalah Membaca Teks Panjang 2. Membaca Perkataan yang Mengandungi Vokal Berganding, Diftong, dan Diagraf / Konsonan Berganding 3. Membaca Ayat Panjang

Kemahiran Menulis Antara senarai semak kemahiran menulis yang boleh diuji ialah: 1. Menulis Perkataan atau Ayat di atas Garisan 2. Menyalin Semula Maklumat yang disebut oleh Guru 3. Menyalin Semula Maklumat yang ditulis pada Papan Tulis

Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)


Merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia

Tujuan ISD diperkenalkan -untuk membekalkan perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah disleksia -langkah pertama untuk mencapai hasrat ini ialah dengan cara mengenalpasti murid / kumpulan murid yang peratus kebarangkalian mengalami disleksia adalah tinggi -kerana masalah disleksia hanya dapat dikesan semasa kanak-kanak memasuki alam pendidikan

Kandungan ISD
ISD dibina berasaskan teori yang beranggapan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia mempunyai ciri-ciri yang berikut: Kecerdasan mental yang normal Memperoleh pencapaian prestasi akademik yang rendah Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis

Mempunyai ciri-ciri disleksia yang diterima umum Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebaya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik

Kerangka ISD dibina dalam 3 elemen: Elemen 1 mengukur persepsi terhadap penguasaan membaca, mengeja, dan menulis Elemen 2 mengukur persepsi terhadap kebolehan / kecerdasan kognitif (kekuatan sedia ada) murid. Elemen 3 mengenalpasti ciri-ciri spesifik disleksia yang terdapat pada seseorang murid

4 langkah untuk Pengoperasian ISD


Langkah 1:Pencalonan Proses pencalonan boleh dilakukan oleh sama ada guru-guru kelas, guru-guru yang lain / ibubapa murid itu sendiri. Apabila guru Bahasa Melayu menerima pencalonan daripada pihak-pihak yang berkenaan, maka pengoperasian ISD boleh dilaksanakan.

Di samping menerima pencalonan daripada pihak yang lain, guru-guru Bahasa Melayu boleh juga mengoperasi ISD sekiranya beliau mendapati murid / kumpulan murid yang dalam perhatiannya berkemungkinan menghadapi masalah disleksia. Setelah mengoperasi ISD, guru Bahasa Melayu hendaklah memberi skor kepada respons murid. Kemudian ISD yang telah diberi penskoran diserahkan kepada guru penyelaras / guru disleksia.

Langkah 2:Perumusan Setelah guru penyelaras / guru disleksia menerima ISD yang telah diberi penskoran oleh guru Bahasa Melayu, guru penyelaras / guru disleksia hendaklah merumuskan penskoran yang berkenaan. Hasil rumusan ini, guru penyelaras akan mengenalpasti sama ada murid yang berkenaan berkemungkinan mengalami kebarangkalian disleksia / sebaliknya.

Langkah 3:Pelaporan Guru penyelaras akan melaporkan rumusan ISD kepada Guru Besar / pihak pentadbir sekolah. Guru Besar / pihak pentadbir sekolah hendaklah menyerahkan pelaporan serta keputusan ISD serta borang pengesahan pengamal perubatan kepada ibu bapa murid yang berkenaan. Kemudian pihak ibubapa / penjaga murid yang berkenaan dicadangkan supaya membawa anak bawah jagaan mereka berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan khidmat kepakaran.

Langkah 4:Pengesahan Pengamal Perubatan Keputusan ISD yang menyatakan bahawa seseorang murid itu berkemungkinan mengalami kebarangkalian masalah disleksia ini perlu mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan. Hal ini demikian kerana bertepatan dengan keperluan peraturan pendidikan khas yang menghendaki seseorang murid pendidikan khas itu terlebih dahulu disahkan kategori permasalahannya oleh pengamal perubatan.

Setelah murid ini mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan, proses penempatan murid dalam program disleksia boleh diteruskan.

ILUSTRASI PENTAKSIRAN ISD PENCALONAN

PENGOPERASIAN ISD

P & P KELAS BIASA TMMD

PERUMUSAN KMMD PELAPORAN TIDAK SAH

PENGESAHAN PENGAMAL PERUBATAN SAH PROGRAM DISLEKSIA

PETUNJUK: KMMD=Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia TMMD=Tidak Mengalami Masalah Disleksia

Kaedah Mentadbir ISD:


Instrumen ini terdiri drpd 2 bahagian , iaitu
Bahagian A Bahagian B - mengandungi item-item - mengandungi item-item tentang biodata murid. senarai semak. - perlu diisi oleh guru BM - dibahagikan kpd 3 elemen. atau guru penilai yg - elemen 1 = 20 item berkenaan mengikut elemen 2 = 20 item keperluan seandainya elemen 3 = 10 item ketiadaan guru BM dlm jumlah item = 50 jangka masa yg lama.

Kaedah Mentadbir Bahagian A


Bahagian A merupakan bahagian yg memperincikan tentang biodata murid. Bahagian ini hendaklah diisi oleh sesiapa sahaja yg membuat penilaian terhadap murid. Sebaik-baiknya diisi oleh guru BM murid berkenaan. Bahagian ini hendaklah diisi sebagaimana prosedur yang berikut:

Semua butir hendak diisi dalam petak yg disediakan atau yg berkenaan. Nama Murid: ditulis dgn huruf besar Jantina: ditandakan dgn tanda palang ( / ) Status Murid: ditandakan dgn tanda palang ( / ) Tahun Persekolahan: ditandakan dgn tanda palang (/), dan catatkan nama kelas murid, cth: 1B Keturunan: ditandakan dgn tanda palang ( / ) Kedatangan Sek.: ditandakan dgn tanda palang (/) Pencapaian Akademik: ditandakan dgn tanda palang (/), mengikut gred pencapaian peperiksaan terakhir murid yang berkenaan.

Nama Sekolah: ditulis di dlm petak yg disediakan Lokasi Sekolah: ditandakan dgn tanda palang (/) Negeri: ditandakan dgn tanda palang (/) Daerah: ditandakan dgn tanda palang (/) Nama Guru BM / Guru Penilai: ditulis dgn huruf besar Tarikh: dicatatkan pd ruangan yg disediakan\ Tandatangan Guru BM / Guru Penilai: menandatangani pada ruang yg disediakan.

BAHAGIAN A BIODATA MURID Nama Murid: Jantina : Lelaki Perempuan Status Murid: _______________ Tahun Persekolahan:
Tahun Nama Kelas 1 2 3 4 5 6

Keturunan:

Keturunan Melayu Cina India Lain

Tandakan (/)

Kedatangan Sekolah:
Kedatangan Amat Baik Baik Sederhana Memuaskan Tandakan ( / )

Pencapaian Akademik:
Gred A B C D E Markah 80 100 60 79 40 59 20 39 0 - 19 Tandakan (/)

Nama Sekolah:

Lokasi Sekolah:
Lokasi Bandar Pinggir Bandar Luar Bandar Tandakan ( / )

Negeri : ______________ Daerah: ______________ Nama Guru Bahasa Melayu atau Guru Penilai: __________________________________________ Tarikh : ___________
Tandatangan Guru Bahasa Melayu atau Guru Penilai: _________

Kaedah Mentadbir Bahagian B


Bahagian B terdiri daripada 3 elemen Elemen 1: Tahap Penguasaan Kemahiran Mengeja, Membaca, dan Menulis. Elemen 2: Kekuatan Murid Elemen 3: Kelemehan yang ditunjukkan.

Elemen 1: Tahap Penguasaan Kemahiran Mengeja, Membaca, dan Menulis

Kemahiran Mengeja
1. Mengeja Perkataan Mudah Murid seharusnya dpt mengeja perkataan mudah. Perkataan mudah bermaksud perkataan asas yg seharusnya ada pd seseorg murid dan perbendaharaan kata adalah berdasarkan umur murid. Cth:
Tahun Perkataan Mudah Tahun 1 baju, emak, rumah, muka, nama sendiri, dan seperti yg terkandung dlm senarai perbendaharaan kata HSP Bhs Melayu Tahun 1. Tahun 2 acara, bagai, bayi, dahaga, jendela, dan seperti yg terkandung dlm senarai perbendaharaan kata HSP Bhs Melayu Tahun 2. Tahun 3 sangkar, tandan, abang, beku , seperti yg terkandung dlm senarai perbendaharaan kata HSP Bhs Melayu Tahun 3.

2. Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana yang dikehendaki . Cth: Ejaan yang dikehendaki Ejaan Murid
baju sama lagu kepak sekolah batu sana laju kapak selekoh

3. Menyusun Abjad Tidak Mengikut Ejaan dalam Perkataan Sebagaimana yang Sepatutnya.
Murid sering melakukan kesilapan dlm menyusun abjad ketika mengeja perkataan.
Cthnya, jika guru meminta mereka mengeja perkataan nasi , murid akan menyusun abjad dalam ejaan nasi menjadi sain , sina , nsai , nais atau asni yg tdk mengikut urutan ejaan perkataan nasi sebagaimana yg sepatutnya.

Cth perkataan-perkataan lain:


Susunan abjad yg Ejaan Murid sepatutnya sabun basun, busan, saubn, sabnu, sanub dalam arnab ldmaa, ladam, lamad, damai, dalma ranab, arban, aranb, arabn, raban

4. Kesilapan Meletakkan Suku Kata dalam Perkataan


Murid sering melakukan kesilapan ketika meletakkan suku kata dalam perkataan. Cthnya, jika guru meminta mereka mengeja perkataan pasu , murid sering silap meletakkan suku kata dalam perkataan pasu , iaitu suku kata pa dan su disusun sebagai supa yang tiada kaitannya dgn perkataan asal atau membawa maksud yg lain drpd makna asal. Cth perkataan lain:
Susunan Suku Kata yang Sepatutnya tisu buta buka Ejaan Murid suti tabu kabu

5. Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad yang Hampir Sama yang Terdapat dalam Suku Kata Murid tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi-bunyi abjad yang hampir sama. Contoh perkataan dan suku kata:
Perkataan Guru dapat pakaian buaya almari Perkataan Murid padat pakayan buwaya lamari da pa bua ai ya ma ri Suku Kata (sepatutnya) pat kai (an) Suku Kata (Murid) pa pa bu la wa ma dat ka (yan) ya ri

Kemahiran Membaca
Tahap kebolehan membaca murid agak rendah berbanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya yag dimaksudkan merujuk keseluruhan murid pada tahun yang sama, umpamanya murid tahun satu.

Masalah Murid dalam Membaca Teks Panjang: 1. Murid membaca ayat tanpa menghiraukan tanda baca yang ada a. Murid sering meninggalkan perkataan yg tertentu semasa membaca teks panjang. Teks panjang di sini merujuk teks yang mengandungi ayat lebih drpd 6 baris. b. Murid sering kali menambah perkataan sendiri dalam ayat yang dibaca. c. Murid sering kali menyebut perkataan lain selain perkataan yg sepatutnya dibaca semasa membaca teks yang panjang. Perkataan-perkataan tersebut mungkin sukar dieja oleh murid tersebut.

d. Murid membaca ayat secara melangkah baris dengan meninggalkan baris-baris ayat yang tertentu dalam teks panjang.

Cadangan: Sekiranya guru kurang pasti, guru boleh membina teks sendiri yg mengandungi lebih daripada 6 baris.

Murid tidak boleh membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding, diftong, dan diagraf/konsonan berganding. a. Vokal Berganding Cth: daun, cium, baik, buih, dan sebagainya. b. Diftong Cth: pulau, misai, amboi c. Diagraf Cth: bayang, pulang, nyanyi, nyamuk d. Konsonan Berganding Cth: Khamis, syarikat, trafik, bakti, baldi

2. Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa was-was atau teragak-agak kerana kurang yakin, sama ada ayat yang dibaca itu betul atau salah.

Kemahiran Menulis
Masalah yang sering dialami oleh murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia dalam penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut:

1. Hasil kerja murid tidak kemas. Umpamanya,: - saiz tidak seragam, - margin antr huruf / perkataan antr baris tdk seragam, - ketidakseragaman ketika membentuk huruf, dan - kerja bertulis yang kotor.

a. Murid mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. Contoh: ruMaH, BuaT, buDak b. Murid menulis dengan tidak mengikut garisan. Contoh: _______________________ _______________________ c. Saiz huruf yang ditulis tidak sama besar. Contoh:

2. Hasil kerja yang tidak lengkap. a. Murid tidak berupaya menyalin semula dengan lengkap maklumat yang ditulis pada papan tulis. b. Murid tidak berupaya menulis semula maklumat yang diperdengarkan atau yang disebut oleh guru.

3. Tulisan murid sukar dibaca. a. Bentuk abjad tidak jelas. Contoh: b. Tidak ada jarak antara satu perkataan dgn perkataan yang lain. Contoh: sayamakanaiskrim C. Kedudukan huruf tidak teratur. Contoh:

4. Murid tidak dapat menyaingi kebolehan menulis setanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini bermaksud keseluruhan murid pada tahun yang sama, contohnya murid tahun satu.

5. Murid menulis secara terbalik. a. Abjad-abjad tertentu Contoh: Abjad Tulisan Murid
b u m p d n w q

b. Perkataan terbalik Perkataan Contoh:


suka buku duku baju

Tulisan Murid masa kubu kudu juba

Contoh Tulisan Kanak-kanak Disleksia

Elemen 2: Kekuatan Murid

1. Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan berinteraksi secara lisan dengan guru dan rakan-rakan serta tidak menghadapi masalah dalam menyebut perkataan. Contohnya seperti gagap atau pelat. 2. Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab soalan secara lisan dengan baik, iaitu: a. Jawapan murid menepati kehendak soalan b. Apa-apa penjelasan yang difikirkan sesuai. 3. Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan keperihalan gambar atau gambargambar yang ditunjukkan mahupun yang ditayangkan. Umpamanya, cerita yg dihasilkan menepati gambar atau gambar-gambar.

Berdasarkan pemerhatian guru, murid: a. sering bertanya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang baharu. b. suka mencuba sesuatu perkara yang baharu dan sebagainya, dan c. menunjukkan sikap ingin tahun dan mencuba yg tinggi. Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan berkomunikasi secara lisan setanding dgn rakan sebayanya.

Berdasarkan pemerhatian guru, murid berpotensi dalam bidang tertentu, seperti: a. seni, iaitu nyanyian, melukis, kraf tangan, dan sebagainya. b. sukan, iaitu permainan, olahraga, dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian guru, murid menunjukkan keupayaan berkomunikasi dgn baik, mampu melahirakan pendapat tetapi pencapaian akademiknya rendah.

Berdasarkan pemerhatian guru, murid memperlihatkan keupayaan mengutarakan pandangan serta idea. Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berupaya melahirkan idea dlm btk tulisan. Cthnya, spt isi-isi karangan tdk tersusun. Berdasarkan pemerhatian guru, murid melakukan byk kesalahan bhs walaupun isi kandungan murid baik. Berdasarkan penilaian guru, murid menunjukkan prestasi yg baik dlm subjek-subjek kemahiran berbanding subjek-subjek akademik.

Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab scr lisan soalan kefahaman drpd bahan yg diperdengarkan. Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayan menceritakan semula petikan yg telah diperdengarkan. Berdasarkan pemerhatian guru, murid menunjukkan kreativiti dlm penghasilan sst tugasan atau tindakan. Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan menyesuaikan diri dgn rakanrakan.

Berdasarkan pemerhatian guru, murid dapat bertindak balas terhadap pelbagai situasi yg diberikan kepadanya. Contohnya: a. latihan kebakaran, b. aktiviti simulasi, dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian dan penilaian guru, murid berkeupayaan membuat ramalan jawapan mengenai sst situasi yg dikemukakan. Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab soalan-soalan yg berkaitan isu-isu semasa dan pengetahuan am melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, perbincangan, dan sebagainya.

Berdasarkan pemerhatian guru, murid: a. sering bertanya utk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yg baharu. b. suka mencuba sesuatu perkara yg baharu dan sebagainya. c. sering mengajukan soalan utk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara atau topik baharu, d. menunjukkan sikap ingin tahu dan mencuba sesuatu pada aras yg tinggi, dan e. memperlihatkan apa-apa tindak balas tingkah laku yang menunjukkan minat.

Elemen 3: Kelemahan yg ditunjukkan

Murid enggan melakukan sst sama ada scr bersendirian atau apbl disuruh kerana menganggap dirinya tdk mampu menandingi rakan atau berasaskan tidak akan berjaya melakukannya. Apabila disuruh melakukan apa-apa aktiviti menulis atau membaca, murid bersikap menolak dgn memberi alasan yg sukar diterima. Cthnya: - tangan sakit kerana enggan menulis, - sakit gigi kerana enggan membaca, - demam, - sakit perut - ingin ke tandas, dan sbgnya.

Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam suatu tampoh, iaitu tempoh tumpuan pada satu aktiviti terlalu singkat. Murid didapati gemar melakukan perkara yg negatif, spt:
- Membuang kertas, - Mencoteng buku, - Mengoyak kertas - Mengusik rakan, - merosakkan harta benda, dan sebagainya.

Murid tidak dpt menentukan arah. Cthnya, a. kanan atau kiri b. atas atau bawa c. depan atau belakang Murid tidak boleh menyatakan konsep turutan. Cthnya, a. nama hari dlm seminggu b. masa dalam sehari c. nama bulan dalam setahun d. turutan nombor

Murid tidak boleh menyelesaikan tugasan dlm tempoh yg ditetapkan. Murid tidak berupya memahami arahan yg panjang. Murid akan keliru jika menerima arahan terlalu byk dlm satu-satu masa. Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan kerana cemerkap, iaitu tidak cermat atau kasar dlm melakukan sesuatu pekerjaan Cthnya: a. apabila berjln kerap terlanggar sst di persekitaran. b. kerap menjatuhakn sst objek. c. kerap menumpahkan air ketika minum atau menuang air dan sbgnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai