Anda di halaman 1dari 12

Faktor- faktor berlakunya masalah Matematik

Ahli Kumpulan: Lai Chu Kong Lau Wui Xin Lee Fui Tzu Lee Siaw Mee

Definisi Masalah Pembelajaran Matematik


Masalah pembelajaran Matematik juga dikenali sebagai Diskalkulia. Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).

Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedurprosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.

Simptom-simptom Diskalkulia
Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran: Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32 mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun

membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair mengira wang atau melihat masa membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik Lemah dalam pengiraan spontan.

3 Faktor:

A)Kognitif B)Keturunan C)Persekitaran

A) Kognitif
1) Kecederaan pada otak. Kekurangan oxigen semasa kelahiran, demam yang tinggi mungkin menyebabkan kanak-kanak mengalami kecederaan pada otak dan menjadikan mereka tidak berupaya atau tidak dapat memproses maklumat matematik seperti kanak-kanak normal. 2) Keupayaan pemprosesan informasi yang lambat. Seorang anak yang mengalami kesulitan dalam mengurutkan dan mengorganisasikan informasi secara detail, umumnya juga akan sulit mengingat sebuah fakta, konsep ataupun formula untuk menyelesaikan kalkulasi matematik.

3) Daya Kecerdasan yang lemah. Daya kecerdasan (IQ) yang lebih rendah daripada kanak kanak sama umur. Ini menyebabkan mereka sukar memahami dan lambat memahami topik yang diajari oleh guru.

B) Keturunan
1) Kelemahan pada proses penglihatan atau visual Anak yang memiliki kelemahan ini kemungkinan besar akan mengalami diskalkulia. Ia juga berpotensi mengalami gangguan dalam mengeja dan menulis dengan tangan. Contohnya, tidak dapat membezakan 6 dan 9. 2) Penyakit Congenital Contohnya seperti ADHD. Kanak kanak berpenyakit ini tidak dapat menumpukan perhatian yang lama ke atas sesuatu topik yang dipelajari.

C) Persekitaran
1) Fobia matematik Beberapa anak yang pernah mengalami trauma dengan pelajaran matematik membuatnya kehilangan rasa percaya diri dan akhirnya mengalami kesulitan dengan hal-hal yang mengandung unsur hitungan. 2) Pengajaran guru yang tidak jelas Guru tidak menumpukan perhatian yang secukupnya ke atas kanak-kanak tertentu dan menjadikan mereka lambat dengan progress pembelajaran dengan kanakkanak lain.

3) Tidak mempunyai minat dalam aspek pengiraan. Gadner mengatakan otak manusia dibahagikan kepada 8 kecerdasan. Oleh itu, mungkin seseorang kanakkanak tidak mempunyai minat dalam bidang Matematik dan mempunyai minat ke atas bidang lain. 4) Pemakanan Makanan yang kurang berkhasiat akan menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat vitamin-vitamin yang diperlukan. Individu yang kekurangan vitamin B atau B kompleks, akan mudah terserang penyakit mudah lelah, perkembangan fisik terganggu dan konsentrasi berfikir kurang.

Terima kasih kerana mendengar