(i)Diskalkulia
Didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/ pembelajaran kemahiran aritmetik. (wikipedia 2008) Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperoleh kemahiran aritmetik-Department for Education Skill 2001(DfES)
- Membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair - Mengira wang atau melihat masa - Membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi, dan organisasi ruang. - Menggunakan peraturan dan prosedur - Pengiraan spontan
Mengunakan bahasa yang senang difahamai Memberi penghargaan dan pujian, elakkan melabel, dan memarahi mereka di hadapan khalayak. Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbagai
Aktiviti yang boleh merangsang murid untuk turut serta dalam perbincangan : - Gunakan gambar yang menarik minat murid . - Adakan cerita. - Main peranan berdasarkan tema yang ditetapkan oleh guru. - Bermain dengan bahan manipulatif. - Cerita yang direka sendiri murid.
Langkah kedua: Bahasa Bahan Bahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar di sekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru matematik. Contoh: tolak= kurangkan, asingkan, hilang Galakan murid menggunakan bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, dan keadaan bahan dalam cerita mereka.
Langkah ketiga: Bahasa Matematik Setelah murid mengambil bahagian aktif dalam perbincangan menggunakan bahasa murid, guru boleh membimbing murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang betul. Contoh: tujuh tolak tiga berbaki empat
Langkah empat: Simbol (Perwakilan) Guru mengunakan perwakilan berbentuk bahan manipulatif untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Contoh: 3+4=7
Operasi asas
Operasi Tambah: Gabungan antara dua set objek . Pengalaman konkrit diberikan disamping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol. Operasi Tolak: Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
Membandingkan dan mencari perbezaan.ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan. Berapa lain yang diperlukan.
Matematik Sosial
Wang
Masalah yang akan dihadapi: Kemahiran mengenali duit syiling
10 sen
20 sen
50 sen
5 sen
Masa
Konsep masa - abstrak, berkaitan rapat dengan turutan atau seriasi. Masa boleh diukur dengan dua cara, iaitu: 1. tempoh masa 2. waktu atau ketika perkara itu berlaku
Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah: 1. Tempoh masa (duration) Pengalaman satu: memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh aktiviti: kerusi berirama Pengalaman dua: melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan. Contoh aktiviti: berjalan pantas
Pengalaman tiga: Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval). Contoh: kadar denyutan nadi dalam satu minit. 2. Turutan Pengalaman empat: menjangka, mengingat, dan menerangkan turutan peristiwa tertentu. Contoh: kitaran hidup katak.
Waktu
Masalah yang akan dihadapi: Kemahiran menamakan waktu dalam sehari semalam. Kemahiran menyatakan waktu dalam jam.
Pecahan
Cara mudah untuk mengajar matematik pecahan: 1. Memperkenalkan konsep pecahan dengan bantuan visualisasi. 2. Menglibatkan diri kanak-kanak disleksia dalam permainan pecahan 3. Menggunakan istilah pecahan yang memudahkan.
Titik perpuluhan
Simbol titik (.)
Titik perpuluhan disebut sebagai perpuluhan selepas nombor bulat disebut.
18.38
Nombor di sebelah kiri adalah nombor bulat dan dibaca seperti biasa, iaitu lapan belas
Nombor di sebelah kanan selepas perpuluhan adalah nombor perpuluhan yang dibaca satu persatu, iaitu tiga lapan .
Penyelesaian Masalah
Satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. (Krulik dan Rudnick,1989, Lai Kim Leong, 2007) Proses pemikiran yang berhubung kait dengan pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik (set soalan dan cadangan). Heuristik kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah. Contoh model: Model Lester(1975), Model Mayer(1983), Model Polya(1973), dan Model Schoenfeld (1985).
Model Polya digunakan dalam KBSR dan KBSM. Pendekatan pengajaran matematik ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centeredapproach). - dapat memupuk penerokaan idea - memperkembang kuasa matematik - mempunyai celik akal - memikirkan hubungan-hubungan antara idea-idea matematik
Pembinaan Model
3 tahap:
Menggunakan bahan konkrit (peringkat konkrit) Menggunakan perwakilan seperti gambar rajah (peringkat separa konkrit) Menggunakan simbol matematik (peringkat abstrak)
Strategi Melukis Gambar Rajah: - Untuk kuantiti kecil yang berbentuk diskrit, maklumat boleh diwakilkan dengan menggunakan bentuk-bentuk mudah.
Contoh: Harga bagi 6 biji epal dan 10 biji oren ialah RM13.00. Jika harga 6 biji epal ialah RM4.50, berapakah harga bagi 10 biji oren itu?
RM 13.00
Epal
Oren