Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN PEMUPUKAN NILAI

NORWATI BINTI AHMAD PGSR PSV AMBILAN NOVEMBER

PENDEKATAN PEMUPUKAN NILAI


 Fokus utama menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu bagi menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut.  Set nilai dianggap sebagai standard tingkah laku moral.  Tingkah laku moral ini menjadi amalan dalam kehidupan harian sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara-cara berikut : a) Melalui contoh teladan daripada tokoh- tokoh tempatan, negara dan luar negeri. b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif. c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialami oleh pelajar supaya mereka dapat menerima dengan baik sesuatu nilai yang dikehendaki.

Kebaikannya a) Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisa sesuatu nilai sebelum menerima dan menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral. b) Ia dapat memupuk nilai yang dikehendaki mengikut norma masyarakat dikawasan tersebut.

c) Pendekatan ini mudah untuk diaplikasi dengan memberi contoh tauladan yang mudah kepada pelajar seperti ibu bapa, guru, dan tokoh terkenal. d) Melalui pendekatan ini juga guru dapat memanipulasikan keadaan berdasarkan pengalaman murid untuk menerima nilai yang diterapkan.

Keburukannya Pendekatan ini lebih sesuai dilaksanakan kepada pelajar diperingkat menengah rendah berbanding murid sekolah rendah kerana pelajar menengah rendah lebih berupaya untuk mematuhi arahan guru. Pendekatan ini lebih cenderung kepada pemusatan guru.

Anda mungkin juga menyukai