Anda di halaman 1dari 23

WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan (Muzik)

Disediakan oleh: Tai Li Si Wong Fei Voon Lai Wai Keat Tan Li Ching

DEFINISI MUZIK
Menurut Ensiklopedia Britanica, muzik ialah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Menurut Kamus Dewan, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.

Definisi muzik juga berbeza:

Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan

SENI MUZIK
Muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni.

Negeri Melaka terdapat kesenian dondang sayang, nazam, dabus dan rebana keras. Di negeri Kelantan pula terdapat seni persembahan wayang kulit Kelantan, makyung, menora, tari asyik, dikir barat dan rebana kercing. Di Negeri Sembilan terdapat kesenian randai dan muzik caklempong.

Di Johor terdapat kesenian kuda kepang mabuk, zapin dan ghazal. Di Kedah pula terdapat jikey, wayang kulit gedekdan makyung laut. Di Perak terdapat dabus dan hadrah. Di Pahang pula terdapat muzik gamelan, joget gamelan dan lagu lagu rakyat.

KESAN-KESAN MUZIK DALAM KEHIDUPAN

Segi agama dan kepercayaan Saluran ekspresi muzikal dan emosi

Terapi perubatan

Penghormatan dan penghargaan

Komunikasi antara manusia

Kesan Muzik

Kepentingan sosial

Memperkembangkan ilmu manusia dalam bidang muzik

Hiburan

Kerjaya

Penyentuh perasaan dan pemberi pengalaman estetik

Kepentingan Muzik dalam Segi Agama dan Kepercayaan Muzik merupakan alat penting kepada kehidupan masyarakat tamadun awal dalam mempengaruhi nilai agama dan memantapkan jiwa mereka menghadapi kehidupan harian.

Sebagai contoh: I. Dalam masyarakat tamadun Mesopotamia mereka memuja dewa-dewi melalui nyanyian. Upacara nyanyian akan dikendalikan oleh penyanyi yang digelar Gala yang tinggal di rumah berhala. Peralatan muzik turut dimainkan semasa nyanyian seperti gendang, sistrum dan trompet untuk melahirkan rasa keasyikannya kepada tuhan. II. Dalam zaman Vedik , lagu suci kitab Veda dinyanyikan dalam upacara pengorbanan yanag dikenali sebagai varga.

Terapi Perubatan
Dalam masyarakat Mesir alunan bunyi muzik mengembirakan manusia dan juga memberikan ketenangan kepada wanita ketika melahirkan anak.

Musik merupakan getaran udara harmonis yang ditangkap oleh organ pendengaran melalui saraf di dalam tubuh kita dan disampaikan ke dalam susunan saraf pusat sehingga menimbulkan kesan tertentu di dalam diri kita. Getaran udara (Vibrasi) yang dihasilkan oleh alat musik mempengaruhi getaran udara yang ada di sekeliling kita.

Harmonisasi nada dan irama musik mempengaruhi kesan harmoni di dalam diri kita. Jika harmoni musik setara dengan irama internal tubuh kita, maka muzik akan memberi kesan yang menyenangkan, sebaliknya jika harmoni musik tidak setara dengan irama internal tubuh kita, maka muzik akan memberikan kesan yang kurang menyenangkan.

Penghormatan dan Penghargaan


Dalam masyarakat Mesir persembahan muzik dikendalikan oleh golongan profesional. Mereka dipandang tinggi dan mulia dalam masyarakat. Kaum wanita juga diberi peluang sebagai penari untuk menghiburkan penonton.

Muzik Membantu Dalam Komunikasi Antara Manusia


Musik merupakan bahasa yang universal, kerana musik mampu difahami oleh setiap orang dari pelbagai bangsa di dunia ini.

Muzik Sebagai Saluran Ekspresi Muzikal dan Emosi


Dalam masyarakat awal Eropah, mereka telah mencipta lagu berunsurkan riang, lagu rakyat dan muzik kudus bertujuan melahirkan perasaan gembira terhadap sesuatu suasana.

Kepentingan Sosial
 Dalam masyarakat India terdapat muzik sekular yang dikenali sebagai desi bertujuan untuk hiburan semata-mata.  Pada zaman sekarang, mata pelajaran muzik memperkembangkan kemahiran sosial

Memperkembangan Ilmu Manusia Dalam Bidang Muzik Muzik turut memperkayakan ilmu masyarakat. Sebagai contoh: I. Dalam masyarakat Mesopotamia, zaman Chaldea, teori muzik yang mempunyai pertalian rapat dengan astrologi dan matematik telah dihasilkan. Seterusnya lahir bidang muzik seperti polifonik iaitu muzik berbagai-bagai bunyi yang harmoni.

II. Manakala dalam tamadun India karya-karya teori muzik dihasilkan seperti Brihad Deshi. Begitu juga perkembangan seni muzik di India dipengaruhi oleh epik agung seperti Ramayana dan Mahabbhrata. III. Pada zaman Ming, Putera Tsai-yu menghasilkan Handbook of Music yang terdiri daripada 19 jilid.

Muzik sebagai hiburan, rekreasi dan pemberi pengalaman yang berbeza.


Seseorang dewasa yang menerima pendidikan muzik bermutu akan menikmati muzik dengan lebih meluas dan menyeluruh berbanding dengan orang tidak diberi peluang Ini.

Muzik sebagai kerjaya


Seseorang yang didedahkan muzik formal boleh menceburi pelbagai bidang muzik seperti penciptaan, pengajaran, persembahan dan lain-lain.

Muzik sebagai penyentuh perasaan dan pemberi pengalaman estetik.


Muzik memberi ruang kepada seseorang mengeluarkan perasaan dan membangkitkan semangat.