IS KEVIN BLUFFING ?
KITHAN A/L RAJADRA GOBIKRISHNA A/L MADHAALAGAN YOGESH A/L CHANDRAKUMAR
Pengenalan
Perkara-perkara yang kami gunakan dalam menganalisis cerita ini, kami telah menjalankan tindakan seperti berikut:
Memahami kehendak analisis kes Memahami keseluruhan cerita Mengenalpasti masalah atau konflik di dalam cerita. Menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari bagi mengetahui penggunakan strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru dalam analisis kes. Mencari penyelesaian masalah dengan mencadangkan teknik dan pendekatan yang lebih baik.
Carol menghadapi masalah dengan seorang pelajar yang bernama Kevin. Kevin merupakan salah seorang pelajar yang digambarkan sebagai seorang pelajar bermasalah psikotik.
Kevin mempunyai kelayakan untuk dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas ( behavior disorder classroom). Namun demikian, menurut Guru Besar, Pn. Rice. Allison iaitu guru pendidikan khas tidak mempunyai pengalaman untuk mengurus & merancang strategi penyelesaian masalah Kevin, maka Kevin tetap diletakkan dalam pengawasan Carol.
Kevin diletakkan di dalam bilik khas yang mempunyai ruangan dinding berlapisan kayu supaya Kevin dapat melepaskan semua tindakannya sehingga reda.Carol juga mencatatkan tanda-tanda awal Kevin akan bertindak ganas supaya mereka dapat memanggil Petterson jika terdapat tanda-tanda tersebut.
Kevin berlari ke arah Carol yang berada di sebalik pintu cermin dan berkata: Saya akan tendang awak melalui cermin ini!!!. Carol berasa amat tercabar dan menganggap bahawa Kevin cuba mengawal dirinya .Carol membalas dengan berkata: Kamu tendang dan mak kamu akan menggantikan semua ini!.
Semasa mengadakan perbincangan dua hala bersama Kevin, Carol amat terharu dengan kisah hidup Kevin. Kevin menceritakan bahawa ayahnya yang telah lama bercerai dengan emaknya seringkali memukul Kevin sewaktu Kevin masih kecil.Carol membuat kesimpulan bahawa tindakan Kevin yang sering mengganas apabila menginginkan sesuatu adalah akibat dari kesan peristiwa yang berlaku terhadapnya dahulu.
MASALAH TINGKAH LAKU MURID Kevin iaitu murid khas bermasalah psikotik yang mempunyai tingkah laku negatif (disruptif).
(muka surat 144, perenggan 4 , baris 33) (muka surat 145, perenggan 12, baris 81-82)
Kesimpulannya,
Mereka yang mengalami psikotik akan mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas. Mereka mungkin bercakap mengarut, berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Secara asasnya, kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.
Mengganggu rakan
Kevin juga berani mengugut Cikgu Carol dengan menyatakan mahu menendang Cikgu Carol disebalik pintu cermin. (muka surat 144, perenggan 7, baris 56)
Perubahan yang tidak diduga. Oleh kerana kemarahan Kevin yang muncul secara tak disangka-sangka, Puan Rice telah mengarahkan pekerja am untuk memindahkan Kevin dari kelas Carol sekiranya perlu. (muka surat 144, perenggan 6, baris 44)
Omardin Ashaari (1999), menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran pelajar kerana mereka mempunyai pengaruh kuat terhadap cara hidup pelajar. Sebagai tenaga penggerak dan sumber ilham kepada pelajar, mereka hendaklah sentiasa memberi galakan dan perangsang kepada pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam pencapaian akademik. Persengketaan yang wujud dalam sesebuah keluarga pasti sedikit sebanyak menimbulkan ketidaktenteraman dalam fikiran pelajar sekaligus menjejaskan ketenangan jiwa lantas menjadi penyebab masalah disiplin di dalam dan luar bilik darjah.
Ibu dan bapa kandung Kevin telah bercerai dan ibunya berkahwin lain. Pertelingkahan di antara ibu dan bapa kandung Kevin telah menyebabkan Kevin berasa tersisih.
Menurut Nora Mislan (2007), Abraham Maslow telah membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi dan biologi, keperluan keselamatan, keperluan dibelai dan disayangi, keperluan estim serta kesedaran kendiri. Walau bagaimanapun, teori ini menekankan bahawa keperluan asas, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu dapat menceburkan diri ke dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.
Kevin tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa semenjak kecil. Ini kerana, Kevin sering dipukul oleh bapa kandungnya. Tindakan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya.
(muka surat 145, perenggan 11, baris 76)
Mengikut Prof. Madya Dr. Aminah Ayob dari Universiti Sains Malaysia (USM), terdapat segelintir ibu bapa yang tidak cuba untuk memahami dan mendalami kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah. Mereka kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak dari segi perasaan dan bimbingan akademik.
Semasa Carol membincangkan mengenai tingkah laku Kevin di dalam kelas, ibu Kevin tidak menunjukkan tindakbalas yang positif. Ini menunjukkan, ibunya kurang memberikan perhatian terhadap perkembangan Kevin ketika di sekolah.
(muka surat 145,perenggan 13,baris 92-93)
Kamaruddin Haji Husin (1994) menyatakan bahawa hal ini kerana kesediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta tingkah laku pelajar. Guru yang kreatif mampu menarik minat pelajar dan seterusnya menghindarkan masalah tingkah laku di kalangan mereka. Oleh itu, guru perlu menggunakan kaedah dan bahan pengajaran yang sesuai untuk meransang murid memberi tumpuan terhadap penyampaian pengajaran mereka.
Carol telah menggunakan strategi yang tidak tepat, iaitu penggunaan teknik pengurangan tingkah lakutime-out. Setelah melaksanakan teknik ini, Carol tidak berjaya menggurangkan masalah tingkah laku Kevin.
This system seemed to work well enough, yet, it did not spare Carol from the apprehension and necessity of makin critical, immediate decisions when Kevin exploded. She lived in dread of makin the wrong choice. (muka surat 144,perenggan 6,baris 51-53)
Pendidikan Khas merupakan program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan
pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.Program Pendidikan Khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui
perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas.
Pihak pentadbir sekolah tidak sepatutnya menempatkan Kevin iaitu, murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana. Ini kerana proses pembelajaran di kelas khas adalah berbeza dengan proses pembelajaran murid di dalam kelas aliran perdana. Selain itu, kawalan kelas di aliran perdana juga berbeza dengan kawalan kelas di dalam kelas khas. (muka surat 143, perenggan 3, baris 21)
Menurut Modul 9 Penglibatan Ibu Bapa dan Guru II (http://www.scribd.com/doc/12898593/Modul-9-anIbubapa-Guru) , ibu bapa harus memainkan peranan seperti: Kasihi anak-anak (Nurture your children). Memotivasikan anak anda (Motivate your child). Bimbing anak-anak (Guide your children). Tidak membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak. Bersatu, bertolak ansur & bersikap positif terhadap suami atau isteri. Menjadi teladan kepada anak. Luangkan masa untuk berseronok. Wujudkan hubungan dengan pihak sekolah.
Mengasihi anak-anak.
Dalam analisis kes ini, Kevin pernah didera sewaktu kecil oleh bapanya dan ibunya mengalihkan perhatian dan kasih sayang kepada bapa tirinya. Kesannya, Kevin berasa dirinya kurang kasih sayang dan perhatian. (muka surat 145, perenggan 11, baris 76) Maka, ibu dan bapa Kevin perlu membuat Kevin merasa disayangi dan dikasihi bertepatan dengan teori keperluan Maslow iaitu kanak-kanak mahu diterima dan diberi perhatian dalam sesuatu kelompok. Keperluan ini merupakan permulaan kepada keperluan psikologi. Kekurangan perhubungan kasih sayang boleh menjadi punca psikopatologi (kecelaruan personaliti) yang mungkin mengakibatkan tingkah laku agresif dan antisosial.
Bimbing anak-anak
Ibu dan bapa Kevin boleh membimbing Kevin ke arah tingkah laku yang boleh dikawal dengan cara membawa Kevin berjumpa pakar psikologi yang bertauliah untuk menerima rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti kaunseling, psikoterapi dan terapi tingkah laku. (http://www.mentalhealth.org.my) Sekiranya Kevin perlu mengambil ubat yang telah disahkan oleh doktor, maka ibu dan bapa Kevin perlu membantu Kevin menguruskan dirinya seperti memakan ubat (antipsikotik atau neuroleptik) pada waktu yang ditetapkan untuk mengurangkan tingkah lakunya yang selalu muncul dalam keadaan yang tidak diduga. (http://www.myhealth.gov.my)
Dalam analisis kes ini ibu Kevin tidak memberikan kerjasama dalam mengubah tingkah laku Kevin dan kelihatan tidak mengambil berat tentang Kevin apabila Cikgu Carol menceritakan perihal Kevin di kelas kepadanya. (muka surat 145, perenggan 13, baris 90). Menurut Shabuddin Hashim et.al (2007) ibu bapa seharusnya mempunyai hubungan baik dengan guru disekolah. Ibu Kevin perlu menerima secara positif maklumat berkenaan Kevin dan mempunyai kemahuan sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah peribadi anak mereka secepat mungkin
REVERSE PSYCHOLOGY
TIME OUT
REVERSE PSYCHOLOGY
y
Menurut Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh(2005), reverse psychology ialah satu teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki dariapda murid-murid di dalam bilik darjah.
Dalam kes ini, cikgu Carol membalas katakata Kevin yang ingin menendangnya melalui cermin dengan mengatakan : Kamu tendang dan mak kamu akan menggantikan semua ini!. ( muka surat 144 perenggan 8, baris 58) y Kata-kata ini menyebabkan Kevin yang tidak meneruskan perbuatannya untuk menendang cermin tersebut sebaliknya berundur masuk ke dalam kelas. y Teknik ini dilihat berjaya menyekat tingkah laku Kevin pada masa itu.
y
TIME OUT
Menurut Ee Ah Meng (1997), time out merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan masalah disipilin di kerusi atau sudut yang berlainan. y Dalam teknik ini, jika murid tidak dapat mengawal diri, mereka akan dikeluarkan dari bilim darjah dan dibiarkan dalam bilik kecil yang berdekatan atau dimana-mana sudut di bilik darjah.
y
Cikgu Carol meminta pekerja sekolah, En. John Patterson memindahkan Kevin ke bilik kayu sehingga dia beransur tenang. Because Kevins tantrums were so frequent and violent, Ms. Rice had arranged for the maintenance man, John Patterson, to remove Kevin bodily from Carols classroom when necessary" There, a wooden partition was erected to serve as a time-out site, where he was to remain until he became calm (muka surat 144, perenggan 6, baris 58) Namun, teknik tidak memberi kesan kepada Kevin.
DENDAAN
TOKEN EKONOMI
PENEGUHAN
Menurut Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau mengubah tingkah laku murid.
PENEGUHAN
Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku negatif. y Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula.
y
DENDAAN
Satu program di mana murid akan diberikan mata atau token bagi setiap tingkah laku yang dipamerkan, kemudian boleh menukarkannya dengan aktiviti, objek dan keistimewaan yang ditawarkannya. y Menurut kajian yang dijalankan, teknik token ekonomi sangat berkesan dalam mengurangkan masalah displin murid.
y
TOKEN EKONOMI
Menurut Dr.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), kontrak ini terdiri daripada satu persetujuan di antara guru dan murid selepas guru membuat perbincangan dengan murid.
Menurut Mok Soon Sang (2009, pg 175), hubungan yang baik tidak boleh wujud secara paksaan. Ia hanya dapat dijalin dengan teknik yang sesuai, iaitu kemahiran seseorang digunakan untuk menyakinkan orang lain bahawa dia memang ikhlas, sudi serta mampu membantu. Dalam hal ini, guru harus menguasai teknikteknik kemahiran dalam bersosial.
Berdasarkan analisis kes ini, cikgu Carol harus cekap menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati. y Mengikut Rogers, empati ialah perihal merasai dunia peribadi orang seolah-olah dunianya. y Oleh itu, cikgu Carol harus menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa Kevin serta cuba memahami permasalahan dalam keluarga Kevin.
y
2. MEMBINA HUBUNGAN POSITIF GURU-MURID GURUMerujuk buku Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku :
Individu
Sosial
INDIVIDU
Guru memberi perhatian dan memandang murid sebagai individu atau insan terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai seorang pelajar. (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009) : 91)
y y
Cikgu Carol perlu memberikan perhatian yang sama rata supaya tiada pilih kasih tetapi pada masa yang sama, Kevin perlu diberi pemantauan kerana tingkah lakunya yang selalu mengamuk datang secara tibatiba.
Cth : Cikgu Carol melayan Kevin sama rata seperti muridmurid yang lain. (muka surat 144, perenggan 10, baris 70) Beliau cuba membuat Kevin berasakan bahawa dia adalah kegemaran Cikgu Carol, dengan ini beliau dapat mengetahui serba sedikit masalah Kevin. (muka surat 145, perenggan 10, baris 71)
SOSIAL
Guru berbual-bual dengan murid. y Cth : Cikgu Carol meluangkan masa berbual-bual dengan Kevin. Kesannya, Kevin sudi menceritakan masalah yang dihadapinya selama ini. (muka surat 145, perenggan 10, baris 71) y Cikgu Carol juga perlu menggalakkan murid-murid lain supaya memahami keadaan Kevin dan menerima Kevin sebagai sebahagian daripada mereka dengan meletakkan Kevin didalam kumpulan bersama-sama murid-murid lain dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.
y
Mengikut Shertzer dan Stone (1968), kaunseling ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Teori realiti Glasser dalam kaunseling adalah berdasarkan andaian teori kawalannya yang merangkumi lima elemen iaitu: 1. Bahasa aktif 2. Keperluan asas 3. Gambar mental 4. Tingkah laku yang seluruh manusia sebagai sistem kawalan.
Analisis kes ini memperlihatkan Kevin seorang murid yang kekurangan kasih sayang. Akibat daripada itulah, Kevin bermasalah tingkah laku negatif. y Sebagai guru, Carol haruslah memahami situasi Kevin dan cuba memenuhi keperluan kasih sayang yang diperlukan Kevin. y Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan memberikan kaunseling kepada Kevin.
y
4. PENEGUHAN
Untuk menarik minat Kevin untuk belajar, guru boleh menggunakan kaedah peneguhan dengan memberikan motivasi yang bersifat ekstrinsik. y Menurut Noriati A. Rashid etl (2009, pg 222) motivasi ekstrinsik ialah faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk, 2006) .
y
5. HUKUMAN/DENDAAN
y
y y
Berdasarkan teori pelaziman operan B.F Skinner, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Hukuman ialah peristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi. Skinner memperkenalkan dua jenis hukuman iaitu hukuman beri (persembah) dan hukuman tarik(singkir)
Dalam analisis kes ini, cikgu dicadangkan menggunakan hukuman tarik(singkir). y Hukuman ini mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik. y Contohnya, di dalam bilik darjah, Kevin seringkali mengganggu rakan-rakannya semasa sedang belajar. Oleh itu, cikgu Carol boleh mengenakan hukuman seperti menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan perseorangan dengan murid. y Dengan cara ini, Kevin akan menghentikan perbuatannya yang suka mengganggu rakan lain walaupun hanya dalam tempoh yang singkat sahaja.
y
6.TOKEN EKONOMI
y
Satu program di mana murid akan diberikan mata atau token bagi setiap tingkah laku yang dipamerkan, kemudian boleh menukarkannya dengan aktiviti, objek dan keistimewaan yang ditawarkannya.
Tujuan:
y
meningkatkan tingkah laku yang diingini dan tingkah laku pengurangan diingini.
untuk
mengajar
tingkah
laku
yang
sesuai
Cikgu Carol boleh memberikan token kepada Kevin apabila dia melakukan tingkah laku yang diingini iaitu berkelakuan positif semasa berada di dalam kelas. y Cikgu Carol harus bijak memilih token yang perlu diberikan kepada Kevin. Contohnya, token yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga sukar untuk dipalsukan
y
Menurut Mok Soon Sang (2003),kejayaan dari strategi ekonomi token bergantung pada tawaran yang menarik atau kenikmatan dari motif-motif pengukuhan. y Murid hanya bermotivasi untuk mendapatkan token jika mereka mengetahui bentuk penghargaan di masa depan.
y
Dalam kontrak ini, murid akan menunjukkan tingkah laku yang lebih baik kerana pandangan dan pendapat meraka diambil secara serius oleh guru.
Merujuk laman web http://semekanet99.tripod.com, peranan sekolah dapat dilihat melalui pengurusan hal ehwal murid yang berfungsi sebagai: i. Perancangan kerja atau program bagi murid. ii. Pengelolaan murid dan program secara berkesan iii. Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. iv. Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti. v. Pengawalan, penilaian prestasi murid dan penilaian program.
Pendidikan Khas merupakan program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar meliputi aspek : Perkembangan mental Kestabilan emosi Integrasi sosial
y
(http://www.ppdlms.edu.my/pk)
Dalam analisis kes ini, Mrs Rice iaitu guru besar sekolah tersebut telah menempatkan Kevin di kelas biasa. Hal ini adalah tidak sesuai kerana murid normal adalah berbeza dengan murid bermasalah tingkah laku dari aspek intelek, sosial dan emosi. (muka surat 143, perenggan 3, baris 23) Maka, Kevin harus ditempatkan di kelas pendidikan khas supaya dapat menerima pendidikan yang sewajarnya seterusnya dapat mengawal tingkah lakunya yang sukar diramal.
Bibliografi. Bibliografi.
y
y y
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2008). Murid dan alam belajar. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Omardin. (1999). Pembelajaran kreatif untuk pembebelajaran aktif. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mook Son Sang. (2003). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan guru. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. ____________ . (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Norhaidi bin haji sarponen (18 Ogos 2009). Pengurusan tingkah laku-part 3. Diambil pada 23 Mac 2010 daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/mengurangkantingkah-laku-bermasalah.
Pengurusan tingkah laku (20/10/08). Diambil pada 11 Mac 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/7416802/PengurusanTingkah-LakuKanakkanak. y Prof. Aminah ayob (22 September 2005). Syarahan umum Pembelajaran berasaskan media dan implikasinya kepada pendidikan . Diambili pada 24 Mac 2010 daripada http://www.penerbit.usm.my/pen2006/teks.pdf y Raghbir Kaur a/p Joginder Singh. (2005). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk KPLI. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
y