Anda di halaman 1dari 8

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa : Kepelbagaian Budaya

Malaysia terdiri dari kelompok masyarakat yg berbilang etnik Melayu, Cina dan India & lain2.

Setiap etnik membawa sosio-budaya yg berbeza yg diwarisi dari nenek moyang terdahulu.

Takrifan Budaya :
Kamus Dewan Edisi ke 3 : Tamadun / peradaban Kemajuan fikiran/akal budi(cara berfikir & kelakuan). Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib( bekas Profesor Madya UiTM) : amalan gaya hidup dan peradaban bg sesuatu masyarakat, lahir dr pegangan & kecenderungan diri masyarakat berkenaaan dlm pelbagai bidang hidup, utk memberi kepuasan & merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Andreas Eppink : keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yg membentuk ciri2 khas sesebuah masyarakat. Edward B. Taylor : 1 konsep menyeluruh yg rumit mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,kesenian,tatasusila,undang2,adat resam dan lain2 kebolehan yg diperoleh manusia.

Dalam konteks pendidikan, Papalia(2001) : individu manusia berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Slavin (1997): kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar,gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina dan minat.

Pendekatan pendekatan dalam usaha menangani aspek kepelbagaian budaya :


Pendekatan bersifat berkecuali & tidak menyebelahi mana2 kaum serta memperlihatkan keadilan. Cth : Pendekatan 1 Malaysia.

Membentuk tahap integrasi dan kefahaman sesama kaum melalui sistem pendidikan negara.

 Golongan pendidik harus berusaha utk elak elemen salah faham sesama bangsa.  Tingkatkan kualiti pengajaran untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan sbg sekolah pilihan.

Menyediakan aktiviti ko kurikulum yang menarik dan mencabar di sekolah. Mewujudkan program sekolah berkembar di mana warga sekolah kebangsaan & sekolah jenis kebangsaan berkumpul dalam sesuatu aktiviti. Mengenalpasti aktiviti kegemaran murid dan menjadikannya sebagai landasan utk mereka berinteraksi dengan rakan dari kaum lain. Cth: program e integrasi