Anda di halaman 1dari 56

KAEDAH DIVERGEN

Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan ideaidea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima.

Dalam konsep divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.

Untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.

Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Kelikatan (fluidity) Mampu memberi penjelasan dgn mengemukakan banyak idea dan contoh Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang kebar dan terperinci

Kelenturan (flexibility) Keaslian (originality) Terperinci (details)

idea idea idea

idea Rangsangan idea

idea idea idea

konsep divergen

KAEDAH KONVERGEN
Kaedah Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah untuk mencari satu jawapan. Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan yang tepat.

Dalam konvergen, seseorang individu mengaplikasi pengetahuannya dan peraturanperaturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai. Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:
berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu penyelesaian yang betul. tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu yang tidak pasti.

fakta

fakta

fakta fakta Jawapan fakta fakta fakta Pemikiran konvergen

Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara konvergen dan divergen. Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat. Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

KAEDAH KAJIAN MASA DEPAN


Definisi: Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pembelajaran yang mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Dalam Pendidikan Jasmani sebagai contoh tentang sejarah permainan sepak takraw dan dengan pengetahuan sedia ada murid, guru boleh meminta pelajar untuk meramalkan corak permainan tersebut pada sepuluh tahun akan datang.

KOMPONEN PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN

KEMAHIRAN KHUSUS KAJIAN MASA DEPAN

Kemahiran asas kajian masa depan

Ke a ira k
1. Pe a a a ko se asa e a

s s kajia
6. Sosial Proses Inovasi

asa e a
7. Pembinaan Senario

2. Pengumpulan Maklumat dan Analisis Trend

5. Strategi Mengatasi Kebimbangan

8. Penjelasan Nilai dan Masa Depan

3. Ramalan dan Analisis

4. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti

9. Pemahaman Dimensi Kemapanan

STRATEGI KMD DI BILIK DARJAH


Menggunakan matriks sepenuhnya Semua unsur yang terkandung dalam matriks Kajian Masa depan diambil kira keseluruhannya dari aspek penglibatan guru dan pelajar. Menyisipkan Kajian Masa Depan dalam Pengajaran Unsur tertentu dalam matriks yang ada kaitan dengan mata pelajaran disisipkan dalam pengajaran atau teknik,alat Kajian Masa Depan digunakan sebagai sebahagian pengajaran dan pembelajaran sahaja. Menggunakan Unsur-unsur Kajian Masa Depan sebagai Induksi atau Susulan Pengajaran. Unsur Kajian Masa Depan digunakan sebagai rangsangan atau sebagai landasan menjalankan tindakan susulan bagi mata pelajaran yang diajar dan boleh dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran.

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran berfikir. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani Kritikos yang bermakna mampu menilai Pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah

Kemahiran ini memberi tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Kesimpulan bahawa berfikir secara kritis dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan

Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara: a) Menciri Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat, ciri dan kualiti. b) Membanding dan Membeza Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti serta unsur satu peristiwa atau objek

c) Mengumpul dan Mengkelas Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. d) Membuat Urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri atau sifat e) Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

f) Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. g) Mengesan Pengaruh Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu.

h) Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. i) Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir secara kreatif dengan cara: a) Menjana Idea Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. b) Menghubung Kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

c)Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. d) Meramalkan Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. e) Membuat Hipotesis Membuat penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

f) Mensintesiskan Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan dan artifak. g) Mengitlak Mengitlak Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

h) Membuat Gambaran Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. i) Menganalogi Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa. j) Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud.

Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar: - Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. - Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. - Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

- Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. - Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka. - Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina keyakinan diri untuk memberi hujah. - Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Menurut Dr. Gardner, terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang.

Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang berlainan dalam bahagian tertentu. Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berlandaskan kepelbagaian kecerdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar berdasarkan jenis kecerdasan.

Kinestatik - Strategi Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu. Interpersonal - Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain. Intrapersonal - Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Logik/Matematik - Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem.

Muzik/Lirik - Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Semulajadi - Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya. Linguistik - Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis secara berkesan. Ruang - Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak.

KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI


Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya:

ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti

Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika :


menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah; merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari.

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya :
menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara; menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri


Beberapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk melaksanakannya. Pada asasnya guru perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran; Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai; Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80% guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Ciri-ciri penting 1. Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja. 2. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut

3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar 4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat 5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai 6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

KAEDAH PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI


Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

Selain daripada itu, PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari.

Fungsi-fungsi lain PAK adalah: 1. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri. 2. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisyen, fleksibel dan selesa di samping mengambilkira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi. 3. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan teratur. 4. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses. 5. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian. 6. Membantu murid menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri. 7. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.

Ciri-ciri Pembelajaran Akses Kendiri Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses Pemilihan bahan dan akvititi pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar

Hubungan partnership harus dilakukan antara guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian guru perlu: 1. Memahami dan menghormati peranan ibu bapa/penjaga/komuniti - Prihatin terhadap pandangan ibu bapatentang tingkah laku anak mereka. - Mengambil kira pandangan ibu bapa dan peranan mereka terhadap anak-anak mereka. 2. Mempunyai Kemahiran Interpersonal dan bertindak sebagai seorang profesional - Bersikap terbuka dan memahami persekitaran. - Mengasingkan masalah peribadi dan kerja dengan efisyen. 3. Memberi Maklumat dengan berkesan secara konsisten - Mengenai aktiviti dan sekolah - Mengenai perkembangan semasa

Peranan guru ialah sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor semakin diterima. Program pembelajaran akses kendiri memerlukan guru untuk: 1. Menggalakkan murid berinterasi sesama sendiri dalam kelas. 2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada murid menguji kemampuan mereka. 3. Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran

Kelebihan Pembelajaran Akses Kendiri Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri Pelajar memiliki kuasa otonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

KAEDAH BELAJAR CARA BELAJAR


Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan.

Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR? Pengertian Belajar Cara Belajar Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( nonformal ).

Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab:
 Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad.  Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad.  Tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka.  Murid perlu belajar untuk memperolehi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan.  Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu.  Kemahiran belajar cara belajar untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup sejajar dalam matlamat pendidikan di kalangan murid.

Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut:  Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.  Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.  Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.  Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:  Kemahiran belajar  Kemahiran maklumat  Strategi metakognitif

Kemahiran belajar
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasukla:  Kemahiran mendengar dengan berkesan  Kemahiran membaca  Kemahiran mencatat nota  Kemahiran menulis  Kemahiran mengingat

Kemahiran maklumat
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi oleh murid. Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Strategik metakognitif
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses seperti berikut: Merancang apa yang dipelajari Memantau kemajuan pembelajaran diri Menilai apa yang dipelajari

Proses Metakognitif a. Proses Merancang Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.

b. Proses Memantauan Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti: - Apakah soalan yang perlu saya kemukakan? - Adakah ini membawa makna kepada saya? - Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? - Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?

c. Proses Menilai Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui: - Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? - Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya? - Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil? Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.

Anda mungkin juga menyukai