Anda di halaman 1dari 12

Projek kumpulan

KURSUS: PSIKOLOGI PEMBELAJARAN PSY 2033 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK


Pensyarah: Ust. Zuljalaludin Bin Abdul Rani Ahli kumpulan: 1.Alfitra yeni Bt Admarizal 2. Nurul Khalid 3. Resi noviani Aiman Abdul

A. PENGENALAN 1.0 PERSONALITI


1.1 Definisi  Personaliti dan perkataan inggris person adalah dua perkataan yang berkait rapat.
Pada umumnya, personaliti atau sahsiah akan memperihalkan seseorang individu tersebut, tetapi secara khusus adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu, seperti ciri-ciri fizikal, cara ia berfikir, bereaksi, beremosi, berpersepsi dan yang lain-lain yang membolehkannya di bezakan dengan orang lain. 1.2 Konsep. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza - Yang tipikal > (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. contohnya: tipikal yang pemurah, pemalu, impulif, dan lain-lain. - Berbeza > pola-pola unik tipikal, cara bertindak, berfikir dan merasa setiap orang adalah yang menyebabkannya berbeza dari pada orang lain.

1.0 PERSONALITI 1.3 Perkembangan. Personaliti berkembang dan membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu: - Pewaris - Pengalaman - Budaya

2.0 PEMBELAJARAN
 Umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran  Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku kebolehan seseorang yang dapat dikekelkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan ( Robert M. Gagne 1970 dalam the condition of learning )  Pembelajaran dilihat sebagai perubahan yang berlaku kepada seseorang yang membeentuk perkaitan yang baru atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.  Psikologi pembelajaran boleh diartikan sebagai kajian saintifik terhadap pertumbuhan manusia dalam aspek-aspek seperti fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayatnya.  Dalam arti kata lain : 1. Satu prroses yang berterusan 2. secara formal melalui sekolah ,( membaca, menulis, dan mengira ) 3. Secara tak formal melalui rakan ssebaya, keluarga, media masa, persekitaran. 4. Mempunyai teori-teori mazhab pembelajaran, empat mazhab pembelajaran utama: behaviorisme, kognitif, sosial dan humanistik.

3.0 TEORI HUMANISTIK


 teori Humanistik / kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga dialam psikologi yang menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaran.  Teori ini merupakan perhatian kepada fitrah manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang kearah kebaikan.  Individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai. ini kerana pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya

TEORI HUMANISTIK CARL RONSOM ROGER ( 1902-1987)


1.0 Latar belakang tokoh.
 Carl rogers dilahirkan 8 januari 1902 di oak park.  Pencapaian akademiknya disekolah sangat baik dan beliau mengambil bahagian dari pelbagai aktiviti termasuk rombongan ke china sebagai pewakilan dalam World student Cristian Federation Conference.  Mula belajar di University of Winconsin. Dua tahun kemudian bertukar dalam bidang keagamaan di Union Theological seminary di New york.  Beliau lebih memikirkan dirinya seorang ahli psikologi klinikal dan terus melanjutkan pelajaran ke teacher College, Collumbia University, dan mendapat Phd. 1928.  Mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf pengarah di Child study Department of the society for the prevention of cruelty to children.  Beliau banyak menulis buku, antaranya caunseling and psychotherapy ( 1942 ), client centered therapy ( 1951 ) on becoming a person ( 1961 ) dan carl rogers on ecounter groups ( 1970 )  Carl Rogers meninggal dunia di La Jolla, california pada 4 februari 1987 semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggungnya yang patah akibat kemalangan.

2.0 Teori Humanistik mengikut Pandangan Carl Rogers.


2.1 Pandangan terhadap personaliti manusia. Pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif , sama seperti pandangan Maslow dan Goldstein yang menekan bahawa organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia ,kesemuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat ,self-actualising dan self-realising.

3.0 Konsep dan Prinsip


3.1 Fenomenologi Satu konsep yang di pertahankan oleh Rogers ialah pandangan fenomenologinya. Menurut Rogers : Seseorang individu mempersepsikan dunia ini mengikut pandangan uniknya yang tersendiri dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenanya. Seseorang individu bertindak balas kepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya. Dan persekitaran ini mungkin tidak menyerupai definisi persekitaran seperti yang digunakan oleh pengkaji lain.

3.0 Konsep dan Prinsip


3.2 Struktur Personaliti. Dua konstrak utama yang penting untuk memahami teori personaliti Rogers iaitu : a) Organisme Jika dilihat dari sudut psikologi ,organisme merupakan pusat segala pengalaman . - Pengalamam menyeluruh ini merupakan latar fenomena iaitu rangka rujuk yang hanya di ketahui individu itu sahaja. - Seseorang biasanya akan memastikan pengalaman yang di jelmakan dengan keadaan dunia sekitaran. Pengalaman yang tidak diuji boleh membuatkan dia bertingkah laku yang tidak realistik atau merosakkan dirinya sendiri . -Lokus kawalan meupakan cara individu untuk mengawal sesuatu keadaan boleh di bahagikan kepada lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan luaran. b) Kendiri -Kendiri sebahagian dari latar fenomena yang perlahan-lahan menjadi terpisah. Ia adalah stu konsepsi keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten yang mewakili ciri-ciri Aku dan persepsi terhadap perhubungan diantara Aku dengan orang lain .

3.0 Konsep dan Prinsip - Keseluruhan atau kesemua sistem persepsi dan makna menjadikan latar fenomena dikenali sebagai
kendiri. Konsep kendiri yang berkaitan ialah kendiri idaman (ideal-self). Kendiri idaman atau unggul merupakan konsep yang diingini oleh seseorang. -Konsep kendiri yang dihuraikan Rogers:  Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman atau psikologi terhadap persepsi .  Kendiri mengandungi sifat gabungan (configurational) mewakili satu yang terus dan konsisten secara keseluruhan walaupun kendiri dikatakan berubah-ubah ,dia mempunyai pola sepadu dan tersusun . Kendiri tidak Homunculus. Gabungan pengalaman dan persepsi dikenali sebagai kendiri punca timbul dalam kesedaran . Dalam ribuan sesi kaunseling oleh Rogers , begitu banyak kenyataan yang merujuk kepada kendiri seperti kendiri sebenar dan kendiri idaman .Pengalaman ini membuatkan Rogers begitu pasti dengan konsep kendiri pengalaman yang dialami manusia dan matlamat manusia adalah untuk menjadi kendiri sebenar (real-self).

3.0 Konsep dan Prinsip


3.3 Proses Perkembangan Personaliti . Rogers merupakan pandangan terhadap personoliti yang menekankan diri keseluruhan kepada perubahan .Manusia bergerak kehadapan ,dengan itu mempunyai pola kesempurnaan . Kebanyakan cara bertingkah laku yang sudah di sesuaikan oleh organisme adalah yang konsisten dengan konsep kendiri. Seseorang akan bertingkah laku dengan cara konsisten dengan konsep kendiri nya, walaupun tingkah laku ini tidak memberi apa-apa ganjaran kepadanya . 3.4 Proses Subception.  Individu boleh mengalami sesuatu ransangan dengan tidak membawa kepada kesedaran . Misalnya ,seseorang individu boleh memastikan sesuatu pengalaman sebagai pengancam, berkonflik dengan konsep kendiri dan tidak menggambarkan pengalaman itu supaya ia jadi sedar . Ada 2 proses pembelaan diri : 1) pengherotan (distorition). 2) penafian (denial).

3.0 Konsep dan Prinsip

3.5 Kecendrungan kesempurnaan. Rogers percaya, manusia didorong oleh kecendrungan untuk mempertahankan dan meningkatkan kendiri merangkumi keperluan psikologi dan fisiologi. Kecendrungan ini membantu perkembangan diri manusia kerana ia bertanggung jawab keatas proses kematangan dan perkembangan genetik.

3.6 Kecelaruan psikologi. Rogers menyatakan, seseorang dalam keadaan tidak kongruen apabila dia mengalami percanggahan diantara kendiri yang dipersepsikan dengan pengalamannya yang sebenar. Misalnya; jika seseorang beranggapan dirinya seorang yang tidak suka membenci, tetapi sekarang mengalami kebencian, dia berada dalam keadaan tidak kongruen

4.0 TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS


4.1 Konsep Utama -Menurut teori Humanistik, tujuan pembelajaran adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika individu memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. -Para ahli Humanistik melihat adanya dua bahagian pada proses belajar iaitu proses memperoleh informasi baru dan peranan informasi ini pada individu. 4.2 Bentuk Pembelajaran. Rogers mengkatagorikan pembelajaran kepada dua bentuk: i) ii) Pembelajaran kognitif Pembelajaran pengalaman.