Anda di halaman 1dari 24

MASALAH BUKAN RUTIN

Nama ahli: 1) Amirul Firdaus Bin Kamaruddin 2)muhd Azlan Shah Bin Md Ibrahim

Soalan 1
Tiga vegetarian dan tiga kanibal ingin

menyeberangi sebatang sungai. Di sana, terdapat sebuah perahu yang hanya boleh memuatkan muatan seramai tiga orang. Vegetarian dan kanibal boleh menaiki perahu tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk kanibal lebih banyak daripada vegetarian baik di dalam perahu mahupun di daratan. Bagaimanakah kanibal dan vegetarian akan sampai ke seberang sungai tersebut?

Strategi penyelesaian

Strategi yang digunakan dalam menyelesaikan masalah ini ialah lakonan dan membuat gambar rajah.

LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH

Terdapat enam orang yang terdiri daripada tiga orang vegetarian dan tiga orang kanibal. Mereka ingin menyeberangi sungai tetapi perahu hanya boleh membawa sebanyak tiga orang sahaja. Namun demikian, kanibal tidak dibenarkan untuk melebihi jumlah vegetarian baik dalam perahu mahupun di daratan. Dalam masalah ini, kita perlulah mencari jalan penyelesaian untuk membawa kesemua mereka ke seberang sungai.

LANGKAH 2: MEMBUAT PERANCANGAN


Setelah memahami masalah, pilihlah enam

orang untuk menyelesaikan masalah ini dengan ini dengan melakonkan situasi tersebut. Kemudian, tentukan siapa yang akan menjadi vegetarian dan kanibal. Pembaris panjang akan dijadikan sungai. Kemudian, mulalah bertidak secara bergilir untuk menyeberang sungai tersebut. Sekiranya terdapat lebih kanibal daripada vegetarian tidak kiralah di dalam perahu ataupun di daratan, maka haruslah bermula dari awal. Proses ini dilakukan sehingga mendapat penyelesaiannya.

LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN PERANCANGAN


Kami melaksanakan rancangan dengan mendapatkan lima teman untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kami mengambil satu vegetarian dan satu kanibal menyeberang sungai. Kemudian vegetarian akan kembali dan membawa kanibal lain ke seberang sungai dan menurunkan kanibal yang kedua ke daratan seberang sungai.Vegetarian tersebut kembali dan membawa kanibal yang ketiga ke seberang sungai. Selepas itu, vegetarian tersebut kembali dan membawa kedua- dua vegetarian yang lain ke seberang sungai

Langkah 4 : menyemak semula


Untuk menyemak semula jawapan,kita berbalik kepada masalah utama dan mestilah mempunyai semua maklumat penting yang terdapat dalam soalan tersebut.

Masalah :
Tiga orang vegetarian dan tiga orang kanibal ingin menyeberang sebatang sungai. Di situ, terdapat sebuah bot yang dapat membawa muatan sebanyak tiga orang sahaja dan baik vegetarian atau kanibal boleh menaiki bot tersebut. Namun, tidak dibenarkan untuk kanibal untuk lebih banyak daripada vegetarian baik dalam perahu ataupun di pantai.

Penyelesaiannya:
Sekiranya kita membawa kanibal menyeberangi sungai sekaligus pada masa yang sama bersama dengan satu atau lebih vegetarians, maka tiadalah kanibal yang akan berada di daratan. Jadi mestilah membawa kanibal tersebut mengikut turutan dan giliran yang betul.

MASALAH 2.
Pada hari isnin, Nur Aminah telah menyiapkan 32 muka surat daripada majalah Solusi Islam untuk kerja sekolahnya. Pada hari Selasa pula, dia telah menyiapkan 1/6 daripada baki yang masih belum disiapkan. Kemudian, dia masih perlu membuat daripada majalah tersebut untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Cari jumlah bilangan mukasurat yang perlu dia siapkan dengan sepenuhnya.

Langkah 1: memahami masalah


Isnin 32 muka surat telah disiapkan Selasa 1 / 6 daripada baki yang perlu disiapkan telah dibuat Masih perlu membuat daripada majalah untuk siapkan kerja sekolahnya

Langkah 2 : membuat perancangan.

Dalam menyelesaikan masalah ini, kami telah membuat gambarajah untuk menyelesaikan masalah ini dan menggunakan teknik pengiraan.

Langkah 3 : melaksanakan perancangan.

Teknik pengiraan
32 muka surat + 1/6 = daripada majalah Solusi Islam = 5 unit 32 muka surat = 4 unit 1 unit = 32 / 4 = 8 muka surat Baki yang perlu disiapkan = 8 x 5 = 40 muka surat. Nur Aminah masih perlu menyiapkan 40 muka surat lagi.

Langkah 4 : menyemak semula


1/ 10 = 8 muka surat 4 / 10 = 4 x 8 = 32 muka surat 32 + 1/ 6 = daripada majalah sudah siap....................... masih belum disiapkan x 10 = 5 units 1 unit = 8 muka surat 5 x 8 = 40 muka surat

MASALAH 3
Kedai Basikal Ah Tong mempunyai sejumlah basikal dan beca untuk dijual. Terdapat 27 tempat duduk dan 60 roda kesemuanya. Tentukan berapa banyak basikal dan beca di kedai tersebut.

LANGKAH 1 : MEMAHAMI MASALAH

Setiap basikal mempunyai 2 roda dan 1 tempat duduk dan setiap beca mempunyai 3 roda dan 1 tempat duduk.

LANGKAH 2 : MEMBUAT PERANCANGAN

Membuat penyelesaian dengan melukis gambar rajah

LANGKAH 3 : MELAKSANAKAN PERANCANGAN


Membuat gambarajah. Pertama, lukis semua 27 buah tempat duduk , kemudian, tambah satu roda pada setiap tempat duduk tersebut dan apabila sampai ke tempat duduk yang ke 27, ulang balik sehingga mendapat 60

Jawapannya ialah 21 buah basikal dan 6 buah beca untuk dijual

LANGKAH 4: MENYEMAK SEMULA.


Menggunakan kaedah pendaraban dan pembahagi (21 x 2 ) + ( 6 x 3 ) = 60 21 x 2 = 42 ( roda basikal ) dan 6x3 = 18 ( roda beca) 422=21 ( tempat duduk basikal) dan 183=6 ( tempat duduk beca) 21 + 6 = 27 ( tempat duduk basikal dan beca) Jawapan 21 buah basikal dan 6 buah beca adalah betul.