Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ASAL USUL
Menurut istilah Mah Meri bererti bersisik. Berasal dari suku kaum Senoi yang tinggal di Hutan Simpan Orang Asli Sungai Bumbum, Pulau Carey, Mukin Jugra, Daerah Kuala Langat, Selangor. Mereka juga dikenali sebagai orang Laut kerana bekerja sebagai nelayan.
LOKASI
LAGENDA
Moyang Lanjut menceritakan tentang seorang Puteri Mah Meri yang ingin mengahwini seoarang jejaka dari kaum lain mendapat tentangan dari kaum Mah Meri. Meri. Puteri tersebut mati terminum racun yang dibuat oleh kaumnya sendiri yang sepatutnya diminum oleh buah hatinya Kisah tersebut diabadikan oleh kaum Mah Meri dengan mengukir sebuah patung yang menunjukkan seorang wanita yang sedih menunggu suami dengan rambut yang panjang dan payudara yang melayut menggambarkan jangka waktu yang lama. lama.
KETURUNAN
Penganut Animisme. Mereka merayakan Hari Moyang untuk meraikan moyang yang dilabel sebagai generasi ke-3 dan ia adalah gantian dari nama Hantu yang sepatutnya diberikan kepada patung Perkataan Hantu tidak boleh digunakan kerana ia akan membuat roh mati marah. Ketua kampung dikenali sebagai Tok Batin
KETURUNAN
Gendoi (nenek) Semah antara orang yang paling tua di Pulau Carey. Dia berusaha mengajar dan memperturunkan kepercayaan, budaya dan kesenian Mahmeri kepada seluruh keluarganya. Suaminya Unyan A/L Awas telah meninggal dunia
HASIL SENI
Hasil seni kaum Mahmeri di Pulau Carey terutama ukiran dikatakan antara yang terbaik di peringkat antarabangsa dan menarik perhatian Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Topeng dan ukiran-ukiran berbentuk dewa-dewa dan manusia dihasilkan oleh orang lelaki kaum Mahmeri bagi tujuan sembahan. Artifak Harimau Berantai menerima pengiktirafan UNESCO
HASIL SENI
Selain itu, wanita mereka juga menghasilkan seni lipatan dan anyaman dari daun nipah yang dipanggil Bunga Moyang. Hiasan-hiasan ini diperlihatkan setiap kali adanya perayaan, perkahwinan dan perubatan.
RUMAH MOYANG
Rumah Moyang adalah bangunan yang didirikan untuk dijadikan tempat meraikan roh pelindung dan rumah tersebut hanya digunakan sekali setahun iaitu pada Perayaan Hari Moyang. Rumah Moyang ini dikatakan penting bagi mereka kerana tapaknya adalah tempat pertama yang mereka cari apabila ingin menduduki sesebuah kawasan.
UPACARA TANDAK
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah adalah Upacara Tandak iaitu bagi mendapat restu moyang melalui tok bomoh. Tepung beras akan disapu di dahi dan tapak tangan sebagai tanda mendapat restu dari moyang untuk meneruskan perayaan. Jika ada sesuatu yang perlu diminta dan diperbincangkan dengan moyang, tok bomoh akan datang seawal mungkin sebelum kedatangan orang ramai. Terdapat dua jenis roh yang diraikan pada Hari Moyang, iaitu roh-roh saudara mereka yang telah mati dan roh pelindung yang memberi perlindungan kepada kampung dan penduduknya.
Sambutan bermula dengan persiapan menyediakan makanan dan hiasan untuk rumah-rumah sanggar dan Rumah Moyang dan Balai raya
P E R S E D I A A N RU M A H SANGGAR
Rumah Sanggar yang siap dengan hiasan dan makan menunggu kedatangan roh keluarga terdekat. Makanan dijamu kepada roh saudara mara ketika matahari mula terbenam. Diwaktu itu, lilin dinyalakan dan kemenyan dibakar bagi menandakan makan dan minuman sedia dihidangkan.
P E R S E D I A A N RU M A H SANGGAR
Makan dan minuman diletak di dalam bakul khas diperbuat daripada pandan bersaiz kecil, sebesar tiga jari dewasa. Rokok dan air tin juga dihidang sekiranya ia pernah menjadi kegemaran roh si mati.
P E R S E D I A A N RU M A H SANGGAR
Bagi meraikan perayaan itu, makanan yang telah dimasak akan dibawa bersama dan dikongsi bersama yang lain. Selama empat hari, mereka tidak dibenarkan bekerja dan mereka dilarang untuk makan binatang yang dibunuh di tapak sambutan moyang..
BUSUT JANTAN
Di hadapan Rumah Moyang dibina busut jantan setinggi 100 dan 520 diameter. Mereka percaya bahawa Moyang berkuasa untuk mengalihkan tanah dengan membina tempat ini. Beberapa batang lilin dipacak di busut tersebut dengan beralaskan batang buluh. Busut jantan itu dilingkari lagi dengan lilin lain membentuk lingkaran luar dan dalam.
BUSUT JANTAN
Menari beramai-ramai adalah kegemaran Mahmeri. Pada majlis keramaian seperti Hari Moyang, perkahwinan dan menerima kunjungan pembesar, mereka meraikan hari itu dengan tarian dan nyanyian.
TARIAN JOH- OH JOH Tarian Joh-Oh (penari bertopeng) merupakan tarikan utama perayaan. Topeng yang dipakai oleh penari utama Joh-Oh adalah gambaran Moyang.
TARIAN JOH- OH JOH Penari-penari Joh-Oh akan menari mengelilingi busut jantan di kemuncak perayaan.
TARIAN JOH- OH JOH Tarian dan persembahan juga diiringi muzik. Alatan muzik orang Mahmeri adalah seperti violin, gong buluh dan gong besi
PERHIASAN
Perhiasan diri dan tempat pemujaan sempena Hari Moyang amatlah penting kerana motif-motif yang dipakai mempunyai tujuan estetik dan spiritual. Bukan sahaja Rumah Sanggar dan Rumah Moyang dihias, bahkan balai raya dan dewan makan juga. Motif-motif tersebut yang dipanggil Bunga Moyang terdiri dari lipatan-lipatan daun yang berbentuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan
PERHIASAN
Kaum Mahmeri percaya kejayaan mereka menghiasi Rumah Moyang dan Sanggar yang bakal dikunjungi oleh moyang akan menggembirakan moyang dan menghindari bencana. Sekiranya, moyang berasa marah, malapetaka akan menimpa kampung dan penghuninya. Justeru, fungsi lipatan Bunga Moyang hanyalah semata-mata untuk meraikan dan mengembirakan roh-roh saudara dan roh pelindung dan bukan untuk manusia atau tujuan lain. Kesungguhan mereka untuk mengembirakan nenek moyang juga jelas kerana Bunga Moyang hanya digunakan sekali sahaja untuk satu upacara dan dijalankan dengan teliti menurut peraturan tertentu. Lazimnya, Bunga Moyang yang telah digunakan akan ditinggalkan di tempat upacara dan akan ditanggalkan bagi diganti dengan yang baru pada upacara yang seterusnya.
GOMBA
Bermaksud ikan lumbalumba. Rekaan paling tinggi di antara semua ciptaan kerana itu lipatan gomba digunakan untuk hiasan Rumah Moyang, dan diletakkan berhampiran dengan patung-patung di Rumah Moyang yang dipercayai lebih tinggi darjatnya kerana memberi perlindungan.
LOK KERIS
Lambang kekuasaan dan darjat. Lok keris dipercayai mengikut bentuk naga yang menjadi sebahagian mitos mereka. Moyang Naga adalah salah satu daripada ukiran kaum Mahmeri.
DZAMBAK
Ertinya subang, menjadi penghias tengah dewan, dinding dan tingkap. Dzambak bertujuan untuk memangku orang-orang halus di atas cincin-cincin di hujung subang.
SONGKOK
Hiasan sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan pelawat serta di dalam keramaian seperti perkahwinan. Songkok penting bagi orang asli dan hampir setiap suku kaum mempunyai rekaan songkoknya tersendiri. Ia diperbuat dari pucuk nipah dan cara pemakaian adalah berbeza antara lelaki dan perempuan. Orang lelaki memakai songkok dengan BungaMoyang di tepi manakala orang perempuan memakai songkok dengan Bunga Moyang di depan.
SELIMPANG
Perhiasan ini mempunyai tali denan dengan dua kuntum bunga yang dilekatkan bersama. Lelaki Mahmeri memakainya di bahagian dada sementara perempuan Mahmeri memakainya dipinggang.
PAKAIAN TRADISIONAL
Pakaian tradisional yang digunakan untuk upacara keramaian diperbuat daripada kulit pokok terap (artocarpus).
TRADISI PERKAHWINAN
Perkahwinan tradisi - pelamin yang dihias tidak boleh diduduki oleh sesiapa melainkan pasangan yang bakal diraikan. Perarakan bunga manggar juga dilakukan untuk pengantin perempuan . Bunga-bunga Moyang diperbuat daripada daun nipah dan juga kertas.