Anda di halaman 1dari 5

RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Petikan menerangkan tentang kepentingan bersukan dalam kalangan individu. Antara


kebaikan bersenam terhadap individu ialah seseorang akan berada kekal dalam
keadaan cergas dan sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Selain itu, Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan perjalanan darah ke
otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk.
Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada
golongan dewasa. Dengan melakukan senaman juga, kita mampu menangani masalah
kemurungan. Apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan dan
menyebabkan salur darah mengecil. Hal ini akan menyebabkan tekanan darah akan
meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Seterusnya,
Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana darah perlu dipam
cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Bersenam secara konsisten
dan mengamalkan diet seimbang juga membantu mengawal berat badan yang
berlebihan. Oleh itu, kita harus bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita
kekal sihat sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai