Anda di halaman 1dari 11

BUDAYA BERFIKIR/REFLEKTIF

Penulisan jurnal reflektif Pengurusan porfolio

JURNAL REFLEKTIF
Jurnal
Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi pekanan. Merupakan rekod-rekod refleksi dan aktiviti yang dilaksanakan oleh penyedia portfolio secara berfokus tentang apa yang telah dipelajari atau dialami dalam situasi sebenar.

Effective journal use takes time, but journals that are done well provide a unique and valuable form of learning. (Baird, 1999:14)

Kegunaan Jurnal:
Membuat refleksi mengenai pemikiran, perlakuan dan reaksi kita yang emosional
Perasaan mengenai sesuatu peristiwa ataupun tindakan yang diambil yang difikirkan perlu dibuat renungan agar kita akan lebih memahami peristiwa dan tindakan kita itu.

Penulisan jurnal sebagai satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. (ms. 58 BPG Okt. 1999)

Matlamat:
Meningkatkan kesedaran, keinsafan diri dan pemahaman kita mengenai apa yang kita alami atau apa yang telah kita lakukan. Justeru itu, catatan jurnal haruslah jujur dan benar.

Pengisian Jurnal:
Persoalan-persoalan yang menarik Pandangan yang relevan dan kritikal Kandungan boleh dibincang bersama antara pensyarah penyelia dan guru pembimbing

Aspek Yang Boleh Difokus:


Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Profesion keguruan Pelajar / klien Iklim sekolah dan pengurusan bilik darjah

Kepentingan:
Gambaran menyeluruh tentang seorang profesional. Merupakan koleksi, snapshots tentang pencapaian guru pelatih pada satu-satu masa termasuk kekuatannya, bidang yang perlu diusahakan, harapan dan aspirasinya

Pengurusan Portfolio
Portfolio merupakan koleksi hasil kerja guru pelatih yang boleh memberi gambaran tentang usaha guru pelatih dan pencapaiannya dalam bidang tertentu seperti bidang latihan mengajar. koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang professional dari segi:
Pengetahuan Kemahiran Pengalaman Kelayakan Matlamat dan Pencapaian

TUJUAN:
Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman sewaktu praktikum Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk menilai prestasi pelajar yang diselia. Memberi peluang pelajar menganalisis dan menilai perkembangan dan arah pemikiran mereka. Memberi ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat yang ditetapkan sepanjang praktikum.

Maklum balas tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum sepanjang praktikum. Sebagai asas untuk membuat keputusan dan menetapkan matlamat pengajaran dan pembelajaran. Alternatif kepada penilaian berbentuk pengujian dan peperiksaan atau penilaian sumatif. Memperkembangkan daya kreativiti melalui penyediaan strategi, tindakan dan idea dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

CIRI-CIRI:
Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri. Hasil yang dibuat sendiri oleh pelajar - menghargai usaha dan diri sendiri.

Portfolio berbeza dengan folder simpanan pelajar. Maklumat yang bermakna dari folder sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio. Mesti menggambarkan dengan jelasnya aktiviti pelajar dari sudut rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan. Mempunyai matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Oleh itu mesti dikemas-kini setiap masa. Boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa tetapi tidak bercanggah. Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan perkembangan dalam sesuatu perkara.

Portfolio Yang Berkualiti:


Berstruktur dan tersusun Menunjukkan peningkatan perkembangan Bukti yang pelajar telah menerima bimbingan Ada bukti kolaborasi Mengandungi banyak penulisan, catatan dan komen reflektif Menunjukkan bukti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Mengandungi bukti pencapaian prestasi pelajar Mengandungi bahan yang terpilih dan releven Mengandungi bahan yang autentik

Anda mungkin juga menyukai