Anda di halaman 1dari 38

TEORI MARXISME

DISEDIAKAN OLEH :
ABDULLAH FADHIL MOHD SAIDI MOHAMAD DZULKIFLI ABD HALIM MOHAMAD HANIFF ROSLI MOHAMAD SHAHFIQ MOHD AZMI YOHAHNADIN

Marxisme adalah fahaman atau ideologi tentang kehidupan dengan kepercayaan bahawa sosio ekonomi adalah penentunya. Teori ini memberi penekanan kepada kehidupan manusia yang sangat bergantung dan ditentukan oleh sistem sosio ekonomi yang ada di dalamnya. Oleh itu, Marxisme melihat sejarah dan budaya serta kegiatan ekonomi masyarakat adalah sangat relevan untuk memahami sesuatu masyarakat.

Kritikan Marxisme
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kritikan sastera telah berkembang untuk mengetengahkan isu-isu sosial dan politik. Oleh itu, apabila menggunakan kritikan Marxisme terhadap karya sastera, tujuan utama adalah untuk mengenalpasti perbezaan sosial, politik dan ekonomi melalui teks-teks sastera. Ini semua mengetengahkan sosial yang unggul penulis dan mewujudkan perhubungan antara pengalaman sosial penulis-penulis dengan karakter-karakter mereka.

Kritikan Marxisme
Untuk mengimplementasikan Kritikan Marxisme, lima langkah telah wujud untuk kritikan sastera yang sangat efektif. Analisis bagaimana karakter-karakter berinteraksi antara satu sama lain. Pemikiran Marxisme adalah berlandaskan perhubungan antara individu-individu, jadi, interaksi mereka akan menunjukkan heirarki dan tingkah laku tertentu bersekutu dengan kelas sosial yang berbeza. Menilai kerja watak-watak. Kritikan Marxisme memfokuskan sistem kelas di mana kerjaya watak-watak menunjukkan arah rujukan kedudukan mereka dalam sistem. Tahap kemewahan dan kerajinan berkerja menjadi titik pengukurnya.

Kritikan Marxisme
sambungan Mengenalpasti bagaimana karakter-karakter menggunakan masa lapang mereka. Teori Marxisme mengatakan bahawa individu mempunyai kemampuan menggunakan masa lapang secara produktif melalui pilihan mereka sendiri. Pilihan-pilihan bebas ini juga sebagai salah satu cara ukuran cara hidup individu dan kaitan terhadap dimensi masyarakat mengikut keadaan sekeliling mereka. Menaksir peranan kerajaan secara halus kenalpasti bentuknya, alatan untuk mengimplementasikannya, keterbukaan awam dan kejayaannya. Merujuk penulis-penulis Marxisme dan mengkaji tempoh masa sesuatu sastera itu diterbitkan. Mengaitkan semua idea yang terpampang dalam kerja kepada era sastera itu ditulis dan keberkesanannya dan ke arah mana pembawaannya.

Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan

Analisis Pantun
Pantun ini menunjukkan seseorang yang memerlukan bantuan yang mungkin dia ialah seorang pengambaran atau musafir. Masyarakat yang dijumpainya sudi untuk memudahkan urusannya dengan memberi pertolongan sewajarnya. Status sosial (pengembara-masyarakat setempat), kedudukan ekonomi(masyarakat setempat) yang stabil telah memungkinkan bantuan diberikan kepada pengambara. Hasilnya, pengalaman ini diterjemahkan dan diceritakan ke dalam susunan kata yang indah (oleh pengembara) yang digelar pantun. Pengembara berasa sangat terhutang budi kepada masyarakat yang membantunya dan menyatakan semua kebaikan tersebut dimampu dibalasnya.

SYAIR RAKIS Bismillah itu mula karangan Kisah rencana dagangan buangan Digunung larangan asmara guna Segenap desa pantai saujana Membawa nasib untung sendiri Masuk segenap desa dan negeri Seperti burung lepas tangkapan Bunga dan buah tiada larangan Sebut namaku dagangan asmara Bercerai dengan sanak saudara Namaku Misa Panji Larangan Sekarang sudah buanga-buangan

Kompeni itu sangat kuasa Laksana dewa dari angkasa Suku dan rial sangat perkasa Dihurainya ringgit dan laksa. Pulau Labuan diminta segera Akan jalan tiang bendera Disana tempat berkita-kira Dari Sarawak ke Singapura Dagang tercengang mendengarkan titah Hati didalam sangat gelabah Labuan itu bukannya mudah Alamat negeri dibawah perintah

Tuanku baik fikir sedikit Supaya tahu nyaman dan sakit Dengan Inggeris sudah berkait Marikan lagi datang memipit. Negeri tuanku sangat mashyur Cina dan Keling kedai teratur Bermacam jenis ada terhambur Disanalah kelak memberi gugur Mesyurarat dengan ceteria menteri Seta iman, khatib dan haji

Supaya masyhur khabar zamani Itu pun tiada dagang rundingkan Janku dahulu kepada bilangan Fikir baharu baik carikan Akan menjadi kira dan angan. Rakis kedelapan karangan cukup Laksana berjalan tiada terikut Pandai melangkah duri dan ramput Sedikit tiada menyangkut Rakis pertama mula disurat Dengkil dalil negeri dagang melihat Sebarang negeri dagang melihat Berbuat sekolah tempat mesyuarat

Ayuhai nasib apakan jadi Hendak mengajar tiada berani Tetaou zaman datuk nenek Khabarnya konon memutar negeri Nasib sangat badan terlalu Laksana unggas tercabut bulu Hendak berkata lidah pun kelu Lain kupandang masa dahulu Hairanku handai melihat tukang Unggas Nuri menjadi enggang Hairanku sangat terbalik-balik Negeri yang besar seperti bilik Udang galah jadi cecudik Harimau yang garang dapat dimilik

Sudah kehendak Tuhan yang kaya Gunung yang tinggi menjadi paya Pari menjadi kura-kura Bingkarung sudah jadi buaya Hairanlah dagang ajaib pula Kehendak Tuhan Azzawajalla Seekor naga tujuhnya cula Sekarang menjadi ikan tempala Nasib tak boleh dikenang lagi Janji dahulu sudah terbahagi Unggas tempadu dengan meragi Jadi geruda di Pauh Janggi

Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Mohd Salleh ini mengandungi 12 Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau karang itu mengandungi segala hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan negaranya, terdapat beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan peringatan kepada Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya pada ketika itu. Apa yang dikemukan oleh beliau di dalam Syair Rakisnya sememangnya berkaitan dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi, pendidikan dan agama negara Brunei ketika itu

Syair ini bersesuaian keranan Marxisme lebih cenderung memahami perilaku masyarakat khususnya yang berkait dengan politik, ekonomi, budaya dan sejarah. Marxisme tumbuh sebagai kumpulan pemikiran yang hidup dalam realiti politik sebenar.

Tuanku baik fikir sedikit Supaya tahu nyaman dan sakit Dengan Inggeris sudah berkait Marikan lagi datang memipit. Negeri tuanku sangat mashyur Cina dan Keling kedai teratur Bermacam jenis ada terhambur Disanalah kelak memberi gugur Mesyurarat dengan ceteria menteri Seta iman, khatib dan haji

Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi maklumat yang berhubung dengan keadaan politik dan juga corak pemerintahan dinegeri-negeri lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada sultan agar sentiasa membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat sebelum membuat keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan wilayah Brunei,

Kompeni itu sangat kuasa Laksana dewa dari angkasa Suku dan rial sangat perkasa Dihurainya ringgit dan laksa. Pulau Labuan diminta segera Akan jalan tiang bendera Disana tempat berkita-kira Dari Sarawak ke Singapura

Di dalam syair yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Md. Salleh itu terdapat juga maklumat yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei. Belaiu menyeru Sultan Omar Ali Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir mengenai sikap orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan juga akan berputar belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan hati beliau adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan Negeri Brunei kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan yang strategik bukan sahaja dalam bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi Brunei

. Dengan penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan tergugat tiak hanya wilayahnya hilang malahan juga membolehkan pihak British menguatkan angkatan tenteranya. Brunei juga akan kehilangan sebuah pulau yang berharga terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan pedanga-pedagang luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan

SELOKA PAK KADUK Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk

Sejarah masyarakat yang aktiviti menyabung ayam.

mengagungkan

Dalam baris kedua iaitu Ayamnya menang kampung tergadai, supaya gambaran menyeluruh sejarah masyarakat dalam seloka dapat difahami dan ditafsir secara intensif.

Sejarah masyarakat yang sangat mematuhi, menyunjung dan mengikuti segala arahan sultan atau pembesar yang berkuasa. Perkara ini jelas kelihatan apabila ayam sabung Pak Kaduk menang tapi kampungnya tergadai. Menjadi persoalan dalam diri setiap pembaca. Jika dikaji secara holistik, kita akan dapat mengetahui bahawa, Pak Kaduk telah bertukar ayam dengan sultan disebabkan atas permintaan sultan sendiri. Hal ini kerana, Pak Kaduk mempunyai ayam sabung yang sangat kuat.

Budaya menyabung ayam. Permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah sultan. Hal ini dapat dibuktikan daripada baris kedua iaitu Ayamnya menang kampung tergadai, yang menggambarkan sifat atau watak dalam seloka ini yang suka menyabung ayam untuk mendapatkan sesuatu ganjaran.

Menunjukkan budaya di mana segelintir golongan pemimpin / atasan yang sanggup mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan bodoh. Hal ini dapat dirungkaikan apabila sultan bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk dan menyebabkan Pak Kaduk tewas dalam pertandingan tersebut sehingga kampungnya menjadi galang ganti.

Budaya di mana bertindak tanpa menggunakan akal yang waras. Budaya ini telah diterangkan oleh pengarang dalam baris ketiga sehingga baris yang keenam iaitu Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, di mana Pak Kaduk membuang nasi yang ada sehingga menyebabkan dia ketiadaan makanan untuk di makan. Pak Kaduk tidak memikirkan sesuatu kesan yang akan terjadi sebelum melakukan sesuatu.

Budaya bertindak kejam terhadap isteri juga telah diketengahkan oleh pengarang untuk menggambarkan suasana masyarakat pada zaman tersebut. Perkara ini sudah terang lagi bersuluh dalam baris ketujuh dan kelapan Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, . Disebabkan tindakan kejam Pak Kaduk dengan membunuh isterinya, telah menyebabkan Pak Kaduk hampir mati kebuluran.

Ekonomi menyabung ayam sebagai salah satu punca rezeki Perkara ini telah dizahirkan oleh pengarang dalam baris kedua iaitu Ayamnya menang kampung tergadai, Melalui cara ini, penduduk kampung dan pembesar-pembesar menjana ekonomi mereka untuk menyara kos sara hidup pada ketika itu tetapi disebabkan kebodohan dan kelalaian Pak Kaduk telah menyebabkan sultan mengambil kesempatan terhadap dirinya dengan menukar ayam sabungnya dan mengakibatkan Pak Kaduk kehilangan kampung halamannya.

Menjadikan laut sebagai salah satu punca ekonomi mereka. Hal ini kerana pengarang telah menyebut beberapa perkataan seperti menongkah, belayar, angin dan bayu yang menggambarkan masyarakat pada masa tersebut merupakan nelayan. Hal ini dikuatkan lagi dengan bait-bait seloka yang berbunyi ; Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, .

Bahasa orang dipuja dipuji bahasa sendiri dicerca dikeji. Bahasa orang dinilai dihargai bahasa sendiri diabai dibenci.

Bahasa orang diyakini bahasa sendiri disangsi. Bahasa orang dianggap berguna bahasa sendiri dipandang hina.

Bahasa orang dinobat dipelihara bahasa sendiri disekat didera. Bahasa orang dijunjung dijulang Bahasa sendiri dirundung malang. Bahasa orang digilap gemilang bahasa sendiri malap dan hilang.

Model berpusatkan bahasa Bahasa orang : Bahasa Inggeris Bahasa Sendiri : Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sebagai lingua franca Bahasa komunikasi utama Bahasa orang dijunjung dijulang Bahasa sendiri dirundung malang Bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa yang kedua terpenting. Diperhebat penggunaannya, namun kepentingan bahasa Melayu dipertikaikan dan dinafikan.

Bahasa Melayu : Identiti orang Melayu Bahasa Melayu Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia : Melayu + Cina + India + Inggeris Bahasa Melayu hilang identiti. Bahasa orang dinobat dipelihara bahasa sendiri disekat didera

Bahasa Melayu : Lingua Franca (KMM) Zaman Moden : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Bahasa orang diyakini bahasa sendiri disangsi Bahasa Melayu : bukan bahasa ekonomi Bahasa Inggeris : Sesuai dengan ekonomi semasa Kalau begitu, China bagaimana?

Dulu :
Bahasa Melayu : Komunikasi perniagaan pendidikan.

Sekarang :

Bahasa orang dipuja dipuji bahasa sendiri dicerca dikeji.

Bahasa Melayu Ketinggalan Zaman Bahasa Inggeris Baru ada standard

Dulu : Sains & Matematik = Bahasa Melayu Sekarang : Science & Mathematics = Bahasa Inggeris PPSMI !!! Bahasa orang dianggap berguna bahasa sendiri dipandang hina Bahasa orang digilap gemilang bahasa sendiri malap dan hilang