Anda di halaman 1dari 14

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

PENGENALAN
Pendekatan ini adalah gabungan antara pendekatan behaviourisme dan kognitivisme

Ia mengambilkira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku, dan minat ahli kognitif pula ke atas impak hasil dari kepercayaan dan pengharapan seseorang itu

Pendekatan ini adalah salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi.

Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura)

eksperimen Bobo Doll

Kanak-kanak meniru perilaku agresif yang diperhatikan daripada orang dewasa di sekitarnya

Dalam model pembelajaran Bandura, faktor kognitif memainkan peranan penting.

Faktor kognitif yang dimaksudkan ialah efikasi kendiri.

Efikasi kendiri merujuk kepada keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan efektif.

Individu yang memiliki efikasi diri yang tinggi akan dapat menghadapi masalah dengan mudah.

T Pemerh ti

ri /M delli g

Teori Peniru n

Pr s s l j r S si l

Seperti rajah yang ditunjukkan dapat disimpulkan bahawa :Unsur-unsur pembelajaran utama terdiri daripada pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku permodelan boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan manakala pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut Albert Bandura (1925) :pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran.

pemberian peneguhan dan ganjaran

Peniruan

Jenis Pembelajaran Melalui Pemerhatian

Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku melalui ganjaran. Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.

1. Pemberian peneguhan dan ganjaran

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

1. Peniruan

Pemerhatian

Murid-murid menumpukan perhatian terhadap apa yang dilihatnya

Mengingat
PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Murid-murid mengingat tentang apa yang dilihatnya

Reproduksi

Murid-murid menghasilkan semula tingkah laku yang dilihat dan diingatinya

Peneguhan/ motivasi

Murid-murid mendapat peneguhan daripada tingkah laku yang dihasilkannya.

IMPLIKASI TERHADAP KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI (KAUB) BAGI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
Murid-murid khas dapat meniru serta mencontihi tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Perwatakan guru yang bertingkah laku positif serta berpewatakan positif akan mendorong murid-murid khas berkelakuan sedemikian.

Murid-murid berkeperluan khas akan dapat menguasai sesuatu pembelajaran dengan berkesan secara langkah demi langkah.

Murid-murid berkeperluan khas akan dapat melakukan sesuatu aktiviti kemahiran asas dengan baik serta dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Murid akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik.

Dapat menyediakan murid-murid berkeperluan khas dengan situasi sebenar kehidupan melalui situasi main peranan dan simulasi. Murid ini dapat meniru tingkahlaku positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Murid-murid berkeperluan khas dapat menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.

Dapat meningkatkan motivasi diri murid-murid berkeperluan khas. Hal ini terjadi apabila guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Murid-murid khas dapat membezakan tingkah laku baik dan buruk berdasarkan peneguhan yang diberikan.

RUJUKAN
http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teoripembelajaran-sosial-bandura.html http://anwarholil.blogspot.com/2009/01/teoripembelajaran-sosial.html http://edukasi.kompasiana.com/2011/03/12/teoribelajar-sosial-albert-bandura/ http://www.kemas.gov.my/skills-development

Anda mungkin juga menyukai