Anda di halaman 1dari 2

Novel Jendela Menghadap Jalan Bab 22

Nama: Ong Chia Ching


Kelas: 4Thomson
Cikgu Lina
Sinopsis bab 22
• Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap
oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk
dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk
mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan
bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah.
Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh
ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan
dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah
kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana
bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat
dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan
oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che
Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan
bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di
rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Anda mungkin juga menyukai