Anda di halaman 1dari 21

BAB 3: TENAGA

OLEH: ASMAWI BIN ABDULLAH SMK PURUN, TRIANG, PAHANG. awi_kmn@hotmail.com www.geografifizikal-purun.blogspot.com

Konsep
Satu daya atau kemampuan untuk menghasilkan kerja atau aktiviti. Penting untuk mengerakkan sistem bumi Tidak dapat diukur secara langsung. Hanya boleh diukur dengan berapa banyak kerja yang dapat dilakukan semasa tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Unit ukuran Btu, joule dan kalori. Tidak boleh dimusnahkan hanya berubah Dua sumber tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

JenisJenis-jenis tenaga
Tenaga endogenik
Digerakkan oleh haba radioaktif Mempengaruhi proses gangguan tektonik di permukaan bumi Menghasilkan proses endogenik terhadap lapisan kerak bumi lipatan, gelinciran, aktiviti gunung berapi.

Tenaga eksogenik
Berpunca dari luar permukaan bumi matahari Mempengaruhi unsur-unsur cuaca dan iklim yang mempengaruhi agen-agen geomorfologi pancaran matahari, hujan, air mengalir, ombak, angin Menghasilkan proses eksogenik yang kepelbagaian bentuk muka bumi

Tenaga Utama
Tenaga potensi tenaga yang terkadung dalam sesuatu jasad Tenaga kinetik terhasil akibat pergerakan Tenaga graviti tenaga yang menarik sesuatu ke bawah Tenaga haba haba rasa dan haba pendam Tenaga kimia terhasil melalui proses fotosintesis dan penguraian Tenaga geoterma tenaga dari aktiviti volcanik

Pemindahan tenaga suria ke bumi berlaku melalui:


Pengaliran Berlaku apabila wujud pertembungan antara jisim panas dengan jisim sejuk Perolakan Berlaku apabila jisim cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu. Suhu menjadi panas atau dingin Sinaran Perpindahan melalui gelombang elektromagnet gelombang pendek dan gelombang panjang Tidak memerlukan medium.

Faktor-faktor yang menyebabkan Faktorvariasi tenaga matahari


Putaran bumi kejadian siang dan malam Peredaran bumi kejadian siang dan malam tidak sama panjang mengikut musim Jarak di antara bumi dengan matahari kedudukan berubah mengikut orbit kedudukan perihelion dan afelion. Tompok matahari (tumpuan gelombang) pancaran tenaga matahari elektromagnet yang banyak Kecondongan sudut pancaran matahari kawasan yang menerima sudut pancaran yang tegak menerima lebih banyak tenaga berbanding kawasan yang menerima sudut pancaran yang condong.

Faktor-faktor yang menyebabkan Faktorvariasi tenaga matahari


Ketebalan atmosfera lapisan atmosfera mengandungi awan, molekul gas, wap air, debu dll akan mengurang intensiti tenaga matahari. Perbezaan permukaan bumi dari aspek; Albedo yang berlainan semakin cerah, semakin tinggi balikan Haba tentu sesuatu permukaan cecair mempunyai haba tentu yang tinggi Litupan tumbuh-tumbuhan Tempoh masa siang dan malam tenaga matahari banyak diterima pada waktu siang

PERANAN TENAGA SURIA DALAM PROSES FIZIKAL

Sistem Atmosfera: Kerpasan Atmosfera:


Kerpasan ialah proses pelepasan air dari awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu. Bahangan matahari yang memanaskan badan air akan mengubah sifat air kepada wap air melalui proses sejatan. Wap air yang tersejat akan bertukar menjadi awan melalui proses pemeluwapan akibat penyejukan udara. Apabila awan telah tepu, kerpasan akan turun ke bumi.

Sistem Hidrologi: Kitaran air Hidrologi:


Matahari akan mengerakkan kitaran air dengan memanaskan badan air (proses sejatan) dan tumbuh-tumbuhan (proses transpirasi). Air yang tersejat menjadi wap air Alir lintang akan membawa wap-wap air ke atas atmosfera dan mengalami proses pemeluwapan dan menjadi awan. Awan yang tepu akan mebentuk kerpasan Kerpasan dalam bentuk hujan akan sampai ke permukaan bumi membentuk aliran air permukaan. Terdapat juga air yang menyusup masuk ke dalam lapisan tanih sebagai infiltrasi dan kahirnya membentuk akuifer. Melalui tindakan masa, semua air ini akan bergerak ke laut dan seterusnya disejat kembali.

Sistem Geomorfologi: Luluhawa, hakisan Geomorfologi: Luluhawa, dan pemendapan


Pancaran cahaya matahari dan pengaruhnya terhadap kitaran air akan menggalakkan berlakunya luluhawa fizikal dan kimia. Proses luluhawa yang menjalankan proses pereputan, penyepaian dan pemecahan meyediakan bahan regolit untuk tidakan geomorfologi iaitu proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan berkait rapat dengan kehadiran air hujan dan faktor kecerunan bentuk muka bumi.

Sistem Ekologi: Tumbuh-tumbuhan Ekologi: Tumbuh

Tumbuh-tumbuhan hijau memerlukan tenaga matahari untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Pancaran cahaya matahari juga mempengaruhi kepadatan tumbuhtumbuhan. Contohnya kawasan tropika lembap yang menerima lebih pancaran tenaga matahari mempunyai kepadatan hutan yang tebal berbanding kawasan hawa sederhana yang menerima pancaran tenaga matahari yang rendah mempuyai hutan yang kurang padat.

PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

Aktiviti Manusia
 Kegiatan pertanian  Kawasan tropika yang menerima ancaran cahaya matahari yang tinggi

dan sepanjang tahun membolehkan: Kegiatan pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun. Membolehkan pelbagai jenis tanaman dapat ditanam. Mempengaruhi kitaran air, nutrien dan proses fizikal seperti luluhawa yang menghasilkan tanih yang subur.  Kawasan hawa sederhana yang menerima keamatan cahaya matahari yang terhad menyebabkan Aktiviti pertanian hanya dijalankan antara 100 hingga 120 hari setahun. Hanya tanaman yang cepat matang sahaja yang ditanama .

Aktiviti Manusia
 Penternakan
 Di kawasan tropika, aktiviti penternakan dapat dijalankan

sepanjang tahun kerana rumput di padang ragut dapat hidup sepanjang tahun.  Di kawasan hawa sederhana, aktiviti penternakan dijalankan secara pindah ternak iaitu;
Pada musim panas, ternakan dilepaskan di padang ragut. Pada musim sejuk, ternakan akan dikurung dalam kandang dan

diberi makanan seperti rumput atau jerami kering.

Aktiviti Manusia
 Pelancongan
 Aktiviti pelancongan di kawasan tropika dapat dijalankan

sepanjang tahun kerana mendapat pancaran cahaya matahari sepanjang tahun.  Di kawasan hawa sederhana, aktiviti pelancongannya berubah mengikut musim iaitu;
 Ketika musim sejuk, aktiviti pelacongannya lebih tertumpu di

kawasan pergunungan.  Ketika musim panas, aktiviti pelancongannya lebih tertumpu di kawasan pantai atau taman tema.

Aktiviti Manusia
 Pembalakan  Di kawasan tropika, aktiviti pembalakan dapat dijalankan

sepanjang tahun kerana pokok balak tumbuh subur sepanjang tahun kerana menerima pancaran cahaya matahari yang mencukupi.  Di kawasan hawa sederhana, aktiviti pembalakan lebih giat dijalankan dalam musim dingin kerana pada waktu ini getah pokok membeku.

Aktiviti Manusia
 Perlombongan  Pancaran cahaya matahari sepanjang tahun membolehkan

aktiviti perlombongan dijalankan secara berterusan di kawasan tropika.  Pancaran cahaya matahari juga menggalakkan proses geomorfolgi yang memudahkan aktiviti cari gali.  Di kawasan kutub, aktiviti perlombongan sukar dijalankan kerana muka bumi sentiasa diliputi ais.

Aktiviti Manusia
 Pengangkutan  Di kawasan tropika, sistem pengangkutannya tidak terjejas

oleh pengaruh cuaca.  Di kawasan hawa sederhana, sistem pengangkutan daratnya terjejas kerana permukaan jalan diliputi ais.

Aktiviti Manusia
 Industri desa  Pancaran cahaya matahari sepanjang tahun membolehkan

industri desa dijalankan seperti  Aktiviti menjemur hasil laut.  Aktiviti pengeringan hasil pertanian.  Industri membuat batik

Aktiviti Manusia
 Tenaga solar  Kawasan tropika yang menerima pancaran cahaya matahari

melebihi enam jam sehari amat sesuai untuk penjanaan tenaga solar bagi menghasilkan tenaga elektrik.  Tenaga solar merupakan salah satu sumber alternatif yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan tropika.