Anda di halaman 1dari 18

PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP

Asmawi bin Abdullah


SMK Purun, Triang, Pahang www.geografifizikal-purun.blogspot.com

Konsep Luluhawa
Proses pemecahan, pereputan dan penyepaian batuan secara insitu oleh agenagen atmosfera, tindakan tumbuhtumbuhan, tindakan haiwan, tindakan manusia, bentuk muka bumi dan cerun.

Luluhawa Kimia
Konsep: Proses pereputan dan penyepaian batuan secara insitu yang melibatkan agen atmosfera iaitu air hujan dan kelembapan. Ia menyebabkan berlaku perubahan saiz dan mineral batuan.

Luluhawa Kimia
Proses-proses
Larutan
Air hujan bertindak melarutkan mineral dalam batuan. Meninggalkan batuan berongga.

Pengoksidaan

Oksigen di udara dan air bertindak balas dengan mineral dalam batuan. Mineral menjadi lemah dan rapuh.

Pengkarbonan

Hujan menyerap karbon dioksida menjadi asid karbonik. Asid karbonik bertindak dengan batu kapur.

Luluhawa Kimia
Proses-proses
Melibatkan pertambahan molekul air dalam batuan. Batuan akan menyerap air, mengembang dan mengalami perubahan unsur kimia.

Penghidratan

Hidrolosis

Tindak balas ion hidrosil dalam air hujan dengan mineral batuan dan mengalami perubahan kimia. Melibatkan batuan berunsur feldspar dan mika.

Luluhawa Fizikal
Konsep Proses pemecahan batuan secara fizikal tanpa perubahan unsur kimia mineral. Agen luluhawa fizikal ialah perbezaan suhu yang besar, kekeringan dan kelembapan, perubahan tekanan dan ibun. Luluhawa fizikal berlaku secara insitu.

Luluhawa Fizikal
Proses-proses Pengelupasan
Perubahan suhu secara berulang akan menyebabkan lapisan luar lebih cepat panas atau sejuk berbanding lapisan dalam. Lapisan luar cepat retak dan pecah.

Penyepaian berbutir Penyepaian bongkah

Berlaku akibat perubahan suhu harian yang besar terhadap batuan yang mempunyai pelbagai mineral. Mineral batuan mnyerap haba yang berbeza dan mengembang pada kadar berlainan menyebabkannya tersepai.

Berlaku apabila rekahan wujud pada batuan akibat tekanan. Perbezaan suhu yang besar menyebabkan batuan akan mengembang dan mengecut secara berulang. Rekahan semakin membesar dan akhirnya pecah.

Luluhawa Fizikal
Proses-proses
Batuan yang berada di bawah permukaan bumi berada dalam tekanan tinggi akibat beban di atasnya. Apabila beban ini mengalami hakisan, lapisan batuan bawah terdedah dan mengembang kerana tekanan berkurangan dan mengalami rekahan.

Pelepasan tekanan Penghabluran garam Tindakan ibun

Pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga permukaan batuan. Sejatan yang pesat di gurun akan menarik garam galian ke permukaan batuan melalui daya tarikan kapilari.

Berlaku di kawasan pergunungan di kawasan hawa sederhana yang mengalami kejatuhan suhu di bawah takat beku. Air memasuki rekahan akan membeku dan meningkatkan isipadunya bertambah 10% yang menyebabkan rekahan tadi pecah.

Luluhawa Fizikal
Proses-proses
Berlaku di kawasan tropika lembap kerana iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun. Batuan mengalami pemecahan apabila mengalami pembasahan dan pengeringan secara berulang dalam jangka masa panjang.

Basah kering

Luluhawa Organik
Konsep Proses pemecahan batuan secara fizikal atau pereputan batuan secara kimia yang berlaku disebabkan oleh benda-benda hidup sama ada tumbuh-tumbuhan atau haiwan termasuklah manusia.

Luluhawa Organik
Proses-proses
Tindakan Asid Bakteria Akar tumbuhtumbuhan Tindakan haiwan Aktiviti manusia
Akar pokok menyerap air dan mengeluarkan asid organik yang boleh mereputkan batuan. Pereputan sisa tumbuhan akan menghasilkan asid humik yang mereputkan batuan.

Akar yang menjalar ke dalam rekahan dan membesar dan menghasilkan tekanan yang kuat dan merekahkan batuan

Haiwan seperti arnab, cacing, tikus yang menggali lubang dalam tanah akan mempercepatkan lagi pemecahan batuan.

Aktiviti penebangan pokok, pembalakan, perlombongan dan sebagainya akan memecahkan batuan secara mekanikal. Penggunaan racun, baja kimia dan sebagainya akan menggalakkan luluhawa kimia.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Luluhawa


Iklim
Merujuk kepada pancaran matahari, julat suhu harian dan jumlah kerpasan

Geologi
Merujuk kepada kekerasan batuan, komposisi kimia batuan, warna batuan, rekahan batuan dan kejerapan air.

Bentuk muka bumi


Merujuk kepada kecuraman cerun dan aspek cerun

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Luluhawa


Biotik
Merujuk kepada tindakan haiwan seperti mengorek lubang, pereputan dan perkumuhan.

Tumbuh-tumbuhan
Merujuk kepada tindakan akar pokok dan kehadiran kulat dan lumut

Tindakan manusia
Merujuk kepada aktiviti manusia seperti pembalakan, perlombongan, pertanian dan sebagainya.

Pengaruh Luluhawa Terhadap Manusia


Pertanian Regolit membentuk pelbagai tanih yang subur. Pelancongan Pandang darat karst batu kapur yang menarik. Bahan mentah industri Batu kapur (industri simen), kaolin (pembuatan tembikar) Perlombongan Batuan yang terluluhawa memudahkan kerja melombong

Konsep Pergerakan Jisim


Proses pergerakan litupan bahan tempasal berupa bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah cerun secara besarbesaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti dan tanpa bantuan mana-mana agen hakisan.

Jenis Pergerakan Jisim


Aliran Perlahan Kesotan tanih Kesotan talus Kesotan batu Kesotan batu glasier Gelangsar tanah Aliran Cepat Aliran tanih(lumpur) Gelangsaran Gelongsoran/ geluncuran tanih Robohan Runtuhan

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gerakan Jisim


Kecerunan Bahan regolit yang tebal Hujan Litupan tumbuh-tumbuhan Gegaran tektonik Tidakan manusia Pertanian pindah, perlombongan, pembalakan, penternakan, pembinaan jalan raya, petempatan dan sebagainya Haiwan

Langkah-langkah Mengurangkan Gerakan Jisim


Penanaman pokok Pembinaan tembok Penyimenan cerun Sistem perparitan Sungkapan plastik Teres Kempen Pendidikan alam sekitar.