Anda di halaman 1dari 6

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Kemahiran Berfikir
Membanding & Membeza
Oleh : Alhaadi Ismail

Definisi Membanding & Membeza


} Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. } Kemahiran membanding dan membeza merupakan kemahiran yang membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek, idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.

} Contoh kemahiran membanding dan membeza ialah antara dua tokoh misalnya antara Tun Abdul Razak dengan Tengku Abdul Rahman, antara dua pekerjaan seperti nelayan dan petani, antara dua bentuk seperti segi tiga dan piramid, dua peristiwa dan sebagainya. } Alat berfikir yang boleh digunakan ialah Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

Konklusi : Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Tujuan Membanding & Membeza


} mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah } menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif } mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburuburu, bercelaru, kabur dan sempit } meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek } bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Rujukan

} http://mahirkbkk.tripod.com/kritis.htm#Membanding dan membeza: } http://badshamkajiantindakan.blogspot.com/2009/05/nota-kuliahdr-siti-fatimah-minggu-4.html

Sekian, Terima kasih!!

Anda mungkin juga menyukai