Anda di halaman 1dari 14

TAJUK:

PERIBAHAS
A
KELAS CIKGU HAFIZA
STANDARD KANDUNGAN:

4.2 Memahami dan menggunakan


peribahasa, bandingan semacam,
bandingan semacam,bidalan, simpulan
bahasa, kata- kata hikmat dan pepatah
dalam konteks yang betul.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ KRITERIA


KEJAYAAN:

Di akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Mengaplikasikan 6 jenis peribahasa


dalam konteks yang betul.
2. Memahami 2 kegunaan peribahasa
dalam kehidupan.
3. Menyenaraikan sekurang-
kurangnya 2 jenis peribahasa.
KENAPA
PERIBAHA
SA
PENTING??
?
Peribahasa digunakan untuk
menyampaikan sesuatu nasihat,
teguran, atau ingatan secara
kiasan atau sindiran. Dengan
menggunakan peribahasa
banyak teguran, nasihat, dan
sindiran dapat disampaikan
tanpa menimbulkan rasa
marah atau kecil hati pada
orang lain.
JENIS- JENIS
PERIBAHASA
1
SIMPULAN
BAHASA

2 BIDALAN

3
PERUMPAMAAN

4
BANDINGAN
SEMACAM

5
PEPATAH

6
KATA- KATA
HIKMAT
KATA SERU
1

PERIBAHASA BAHASA MELAYU


SIMPULAN BAHASA

 Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa yang paling mudah.


 Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang padat
dan tepat.

Batu api Campur tangan

Maksud : Maksud :
Orang yang menghasut orang lain. Ambil tahu dalam urusan orang lain.

Contoh Ayat : Contoh Ayat :


Disebabkan batu api itu, Zul dan Amri Budak-budak tidak elok campur tangan
bergaduh. dalam hal orang dewasa.

Darah daging
Panjang tangan
Maksud :
Saudara sendiri. Maksud :
Suka mencuri.
Contoh Ayat :
Mimi bukanlah orang lain dalam Contoh Ayat :
keluarga Siti, malah darah dagingnya Sikap panjang tangan Anita telah
sendiri. diketahui oleh Cikgu Hamdan.

Ringan tulang
Ayam tambatan
Maksud :
Rajin bekerja. Maksud :
Orang harapan dalam satu-satu pasukan.
Contoh Ayat :
Majlis itu berjalan dengan lancar atas sikap Contoh Ayat :
ringan tulang murid-murid. Hamidi menjadi ayam tambatan dalam
pasukan bola sepak sekolahnya.
Makan angin

Maksud : Kera Sumbang


Bersiar-siar atau berjalan-jalan.
Maksud :
Contoh Ayat : Orang yang tidak suka bergaul dengan
Ibu membawa kami makan angin di orang lain.
sekitar Pulau Langkawi.
Contoh Ayat :
Pekerja baru itu bersikap kera sumbang.
2

PERIBAHASA BAHASA MELAYU


BIDALAN

 Bidalan ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang
membentuknya.
 Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.

Sediakan patung sebelum hujan Belum duduk sudah berlunjur

Maksud : Maksud :
Bersedia sebelum ditimpa kesusahan. Belum memperolehi sesuatu yang dihajati
tetapi sudah bergembira.
Contoh Ayat :
Kita digalakkan menabung pada waktu Contoh Ayat :
senang seperti kata orang tua-tua Raju telah membuat semua persiapan
sediakan payung sebelum hujan. untuk menyambut kelahiran anak
pertamanya. Perbuatan ini seperti belum
duduk sudah berlunjur.

Biar putih tulang jangan putih


Sarang tebuan jangan dijolok
mata
Maksud : Maksud :
Sanggup mati daripada mengalah. Jangan sengaja mencari kesusahan.

Contoh Ayat : Contoh Ayat :


Askar-askar tanah air berpegang pada prinsip Hakimi cuba mengganggu Anwar yang panas
biar putih tulang, jangan putih mata. baran itu. Akibatnya dia ditumbuk. Oleh itu,
sarang tebuan jangan dijolok.

Biar mati anak, jangan mati Sedikit-sedikit lama-lama jadi


adat bukit
Maksud :
Maksud :
Kerja yang dilakukan dengan sabar,
Pegangan adat yang kuat sehingga
lama-lama berhasil juga.
sanggup mengetepikan kepentingan lain.
Contoh Ayat :
Contoh Ayat :
Farah mengumpul duit belanja
Mak Yah marah anaknya yang tidak
sekolahnya dari sekarang kerana dia
mengambil berat tentang tradisi nenek
tahu bahawa sedikit-sedikit lala-lama jadi
moyangnya kerana baginya biar mati
bukit.
anak, jangan mati adat.
3

PERIBAHASA BAHASA MELAYU


PERUMPAMAAN

 Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai
maksud yang tersirat.
 Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

Bagai pinang dibelah dua Seperti melukut di tepi gantang

Maksud : Maksud :
Pasangan yang sama cantik dan sama Seseorang yang tidak diperlukan.
padan.
Contoh Ayat :
Contoh Ayat : Zuhaimi seperti melukut di tepi gantang
Pasangan pengantin itu sangat secocok, kerana ahli keluarga langsung tidak
bagai pinang dibelah dua. memperdulikannya sejak keluar dari
penjara.

Ibarat telur sesangkak pecah


Seperti anjing dengan kucing
sebiji, pecah semua
Maksud : Maksud :
Jika seseorang mendapat susah, setiap ahli Dua orang yang apabila bertemu akan
kumpulan turut merasainya. bergaduh.

Contoh Ayat : Contoh Ayat :


Mereka turut berkabung atas kematian bapa Man dan Atan seperti anjing dengan kucing
Hani, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, setiap kali bertemu walaupun mereka adik-
pecah semua.. beradik.

Laksana pohon kayu tiada Bagai menatang minyak yang


berbuah penuh
Maksud :
Maksud :
Memelihara seseorang dengan penuh
Ilmu yang tidak digunakan atau
kasih sayang.
diamalkan.
Contoh Ayat :
Contoh Ayat :
Puan Naina menjaga anak tunggalnya
Nani laksana pohon kayu tiada berbuah
bagai menatang minyak yang penuh.
kerana enggan mengajar adik-adiknya
yang lemah dalam mata pelajaran
Matematik itu.
4

PERIBAHASA BAHASA MELAYU


BANDINGAN SEMACAM

 Bandingan semacam ialah peribahasa yang maknanya dinyatakan amat jelas dan terus terang
secara membandingkan dengan sesuatu yang lain.

Cerdik macam kancil Becok macam murai

Maksud : Maksud :
Sangat cerdik Banyak mulut

Contoh Ayat : Contoh Ayat :


Masrina dan Afizi bertuah mendapat Nurul mudah mendapat kawan kerana
anak yang cerdik macam kancil. mulutnya becok macam murai.

Rajin seperti semut


Bodoh seperti lembu
Maksud :
Sangat rajin Maksud :
Sangat bodoh
Contoh Ayat :
Kita mestilah mempunyai sikap rajin Contoh Ayat :
seperti semut untuk mencapai kejayaan Suresh ingin membuktikan kepada
dalam hidup. rakan-rakannya bahawa dia tidaklah
bodoh seperti lembu.
Cantik macam bidadari
Jinak macam merpati
Maksud :
Sangat cantik Maksud :
Sangat ramah tetapi susah didekati
Contoh Ayat :
Wajah gadis itu cantik macam bidadari. Contoh Ayat :
Ramai pemudah gagal memikat Normala
kerana dia seorang yang jinak macam
Merdu bagai buluh perindu merpati..

Maksud : Tinggi macam galah


Suara yang lunak atau sedap didengar
Maksud :
Contoh Ayat : Sangat tinggi
Sesiapa sahaja akan terpesona apabila
mendengar suara Siti Nurhaliza yang Contoh Ayat :
merdu bagai buluh perindu itu. Walaupun Shafiq baru berusia sembilan
tahun namun tubuhnya tinggi macam
galah.
5

PERIBAHASA BAHASA MELAYU


PEPATAH

 Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang


berlaku dalam kehidupan.
 Tujuannya adalah untuk mengajar dan mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan
berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Berdiri sama tinggi, duduk Hendak seribu daya, tak


sama rendah. hendak seribu dalih
Maksud : Maksud :
Setaraf Jika kita hendakkan sesuatu kita akan
berusaha sehingga berjaya, jika tidak
Contoh Ayat : mahu kita akan mencari alasan untuk
Suzi dan Raina ibarat berdiri sama tidak melakukannya.
tinggi, duduk sama rendah kerana kedua- Contoh Ayat :
dua cemerlang dalam pelajaran dan Nazri tidak memaksa Fazli mengulang
kokurikulum kaji pelajaran kerana bagi Nazri hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sesal dahulu pendapatan, sesal


Patah tumbuh, hilang berganti. kemudian tiada berguna.
Maksud : Maksud :
Sesuatu yang pergi pasti ada pengganti. Sebelum membuat keputusan, fikirlah semasak-
masaknya supaya tidak menyesal.
Contoh Ayat : Contoh Ayat :
Cikgu Ramli telah menggantikan Cikgu Laila Alia menyesal kerana tidak belajar
yang bertukar ke sekolah lain kerana patah bersungguh-sungguh sehingga gagal dalam
tumbuh hilang berganti. peperiksaan kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada berguna.

Sambil menyelam minum air. Air dicincang, takkan putus.


Maksud :
Maksud :
Pertelingkahan antara adik-beradik atau
Membuat dua pekerjaan dalam satu
saudara-mara tidak akan lama.
masa.
Contoh Ayat :
Contoh Ayat :
Perselisihan faham antara kedua-dua
Pertunjukan fesyen itu turut mengutip
beradik itu tidak lama kerana air
derma untuk mangsa gempa bumi
dicincang takkan putus.
Yogyakarta seperti kata pepatah sambil
menyelam minum air.
6

PERIBAHASA BAHASA MELAYU


KATA-KATA HIKMAH

 Kata-kata hikmah ialah peribahasa yang terlibat daripada penulisan atau percakapan orang-orang terbilang.
 Kata-kata hikmah adalah ringkas, tetapi bernas dan mudah disebut.
 Ia digunakan sebagai cogan kata atau kata kiasan dalam pertuturan dan penulisan.

Membaca jambatan ilmu Masa itu emas

Maksud : Maksud :
Tabiat membaca dapat membantu Masa itu sangat berharga.
menambahkan ilmu pengetahuan.
Contoh Ayat : Contoh Ayat :
Kita digalakkan membaca kerana Isi masa lapang kamu dengan hobi yang
membaca jambatan ilmu. berfaedah kerana masa itu emas.

Ilmu itu pelita hidup


Jimat cermat membawa berkat
Maksud :
Cahaya yang menerangi hidup seseorang. Maksud :
Sikap berjimat akan mendatangkan faedah.
Contoh Ayat :
Tuntutlah ilmu walau di mana sahaja Contoh Ayat :
kerana ilmu itu pelita hidup. Murid-murid digalakkan menabung kerana
jimat cermat membawa berkat.

Bahasa jiwa bangsa Merokok membahayakan


Maksud : kesihatan
Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu Maksud :
masyarakat. Setiap perokok akan terdedah kepada penyakit yang
Contoh Ayat : diakibatkan oleh perbuatan merokok.
Gunakanlah Bahasa Malaysia dengan betul Contoh Ayat :
kerana bahasa jiwa bangsa. Pemuda itu tidak merokok kerana sedar bahawa
merokok membahayakan kesihatan.
Pandu cermat jiwa selamat

Maksud : Bersatu teguh bercerai roboh


Memandu dengan berhati-hati supaya
semua pihak selamat. Maksud :
Perpaduan akan menjadikan kita kuat, manakala
Contoh Ayat : perpecahan akan melemahkan kita.
Kita mestilah memandu kenderaan
mengikut peraturan yang ditetapkan Contoh Ayat :
kerana pandu cermat jiwa selamat. Marilah kita bekerjasama membanteras jenayah
kerana bersatu teguh bercerai roboh.
AKTIVITI KUMPULAN

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
   
1. AINA QISTIENA 1. NURUL LAILA
2. ALISA ANTHONY 2. BELREENA KAUR
3. ERFANA'THUL WAFEEQAH 3. HEENOSHASREE
4. JOCELYN 4. MOGANASHREE
5. NISHA 5. NUR HUSNINA
6. YUBHASSHANA NAIR 6. NURAFIQAH UMAIRAH
 
 
KUMPULAN 3 KUMPULAN 4
   
1. DEEPIKAA 1. YASHWINI
2. ELIANA ANTHONY 2. AINUL IZZATI
3. PUTERI ARIANNA 3. BATRISIYA QURRATUL'AIN
4. SHARVATHA 4. NUR AFFRINA
5. THAARSINI 5. SASHVINAA KAUR
6. HAANII CAMELIA  
 
 
 
 
AKTIVITI ROUND TABLE

• STESEN 1 STESEN
2

STESEN 4 STESEN 3
• STESEN 1 (TARSIA)

Anda mungkin juga menyukai