Anda di halaman 1dari 16

IPG Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur.

(PKP 3108) STRATEGI PEMULIHAN MENGEJA


Disediakan oleh : Ayub bin Abd Halim Nuur Aini bt Mohd Sobli Siti Nabila Fhadlun Bt Safee Pensyarah : Pn Sharizan bt Abdul Hamid

Latih Tubi

Latihan lain yang sesuai Strategi Pemulihan Mengeja Latihan Rencana

Kaedah VAKT

Teknik Kloz

Latihan Ejaan

Latih Tubi
Menurut Kamarudin Haji Husin (1988), latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Tujuannya adalah untuk mencapai tahap kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam ingatan, dan dapat digunakan dalam situasi yang lain.

Jumlah dan jenis latih tubi yang hendak dilaksanakan oleh guru perlulah bersesuaian dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran serta bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar. Latih tubi boleh diberikan kepada murid dalam masa singkat iaitu di antara 10 hingga 15 minit sahaja. Guru boleh menggalakkan penggunaan latih tubi yang berbentuk permainan atau menguji kecekapan supaya menarik minat dan tidak membosankan.

Contoh Latih tubi yang boleh dijalankan : Mengeja suku kata KV. Contoh : ba, ku Mengeja suku kata KV+KV Contoh : bola, kaki

Tunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar dan menyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna.
atam laob

mata

bola

Kaedah VAKT
Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
V - visual (penglihatan) A audio (pendengaran) K - kinestetik ( pergerakan ) T - taktil ( sentuhan)

Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Untuk mengeja melalui kaedah VAKT, murid hendaklah :


i. ii. iii. iv. v. Lihat huruf (Visual ) Dengar guru sebut huruf (audio) Menyebut huruf (audio) Dengar huruf yang disebut (audio) Rasa pergerakan otot semasa menggerakkan tangan di atas permukaan huruf (Kinestatik) vi. Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (Taktil) vii. Lihat pergerakan tangan semasa merasa (Visual) viii. Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat menggerakkan tangan di atas permukaan huruf (Audio)

Teknik Kloz
Mula digunakan pada tahun 1950-an di Amerika Syarikat. Dikenali sebagai Prosedur Kloz diperkenalkan oleh WilsonTaylor (1953). dan

Teknik ini merupakan hasil gabungan idea pelajar dan guru.

Melalui teknik ini, pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru / penguji.

Teknik ini sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid dalam mengisi tempat kosong dengan menggunakan huruf / perkatan yang sesuai.

Ia juga merupakan suatu cara yang mudah untuk dipraktikan oleh pelajar tidak kira sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ataupun di rumah sebagai suatu pengukuhan untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar.

Latihan Ejaan
Perkataan Ugama calon rihat hormat keset stesyen lapuran Tandakan ( / ) ( X )
(x) (/) Ejaan Betul (agama) -

Latihan lain yang sesuai :- Kaedah Fonik

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyibunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.

Contoh kaedah fonik :

Dalam kaedah fonik, huruf a tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai

[ a ],dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain.

Sebagai contoh, ba+ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya

disebut sebagai [ bata ].


[ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ]

Kesimpulan
Murid-murid pemulihan adalah murid-murid yang sukar untuk menguasai kemahiran asas 3M. Melalui strategi yang sesuai seperti latih tubi, kaedah VAKT, teknik kloz, latihan ejaan, latihan rencana dan beberapa latihan lain lagi yang sesuai, maka ianya dapat membantu muridmurid pemulihan untuk menguasai kemahiran mengeja seterusnya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai