Anda di halaman 1dari 19

KAEDAH LAIN YANG SESUAI

Kaedah KWLH
KWLH adalah singkatan bagi ;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)

W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

H (how) Bagaimana untuk memdapatkan maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya

Mengingat dahulu apa yang telah diketahui. Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui. Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) Mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan. Menentukan apa lagi yang perlu diperolehi (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Membolehkan pelajar .
 Mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca.  Menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaanya.  Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Borang KWLH
Know (K) Apa yang sudah diketahui? Want (W) Apa yang hendak diketahui? Learned (L) How (H) Apa yang telah Apa lagi dipelajari/diper maklumat olehi? tambahan yang diperlukan?

Kaedah SQ3R
Teknik membaca kritis diperkenalkan oleh Robinson (1961). Memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan.

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) Tinjau

Q (question) Soal/tanya

R (read) Baca

R (recite) Imbas kembali/nyatakan secara lisan

R (review) Baca semula

Survey (tinjau)
 mendapatkan gambaran keseluruhan  Dilakukan dengan meneliti; - tajuk besar - tajuk-tajuk kecil - gambar-gambar/ilustrasi - lakaran grafik - membaca perenggan pengenalan - membaca perenggan terakhir

Question (soal atau tanya)


 pelejar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks  Soalan yang menunjukkan keinginan membaca.

Read (baca)
Peringkat yang sebenar pelajar membaca bahan atau secara aktif serta mencuba mendapatkan jawapan. Ketika membaca, murid juga akan menyenaraikan soalan tambahan. (perkembangan kefahaman dan keinginan). Mungkin mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali)


Cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan membuat penelitian. Pemilihan maklumat yang sesuai. Menjawab soalan-soalan yang disenaraikan tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula)


Membaca bahagian-bahagian buku atau teks untuk mengesahkan jawapan kepada soalan. Memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Integrasi terapi dalam kemahiran membaca yang sesuai

Terapi 1
Gantungkan beberapa kad perkataan pada dinding. Perkataan pada kad terdiri daripada perkataan yang telah diketahui dan juga perkataan baru bagi mereka. Contoh : lari . Pelajar menyebut dan mengulang perkataan tersebut.

Beberapa perkara yang boleh dilakukan mengikut keupayaan murid:


Arahkan murid melukir perbuatan berlari di sebelah kad perkataan lari . Arahkan murid melakukan perbuatan berlari Arahkan murid memadankan perkataan lari dengan kad imbas berlari

Terapi 2
Mengisi bakul atau baldi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Bahan-bahan ini boleh berkisar dario fiksyen dan buku non-fiksyen kanak-kanak. Majalah alam, manual, brosur perjalanan, atau apa pun yang bergambar atau diagram. Pastikan juga guru menyertakan bahan bacaan yang berkatan dengan topik yang dipelajari dan juga mampu menarik minat murid.

Terapi 3
Sediakan satu pusat menulis di satu bahagian dalam bilik darjah. Sediakan pelbagai jenis peralatan menulis dan melukis dalam pusat tersebut seperti pen, pensel, marker, warna lilin, pensel warna, chop dan papan menulis megnetic. Galakkan murid untuk sering menggunakan peralatan tersebut walaupun kelihatan mereka tidak pun menulis sesuatu perkataan yang dibacanya.

Terapi 4
Hasilkan sebuah buku berdasarkan aktiviti yang dilakukan da dalam bilik darajah/rumah. Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh murid. Tampalkan gambar yang sudah dicetak di dalam buku nota yang disediakan. Galakkan murid untuk membaca buku tersebut dengan menambah atau memberi keterangan sendiri terhadap gambar yang dilihat. Atau biarkan mereka imlak keterangan yakni guru/ibubapa menulis keterangan yang disebut oleh murid dan kemudiannya bacakan semula keterangan tersebut kepada mereka.

Terapi 5
Bacakan kepada mereka sekerap mungkin. Jelaskan huraian dalam gambar, dan minta mereka unttk melakukan hal yang sama untuk memastikan bahawa mereka memahami apa yang guru baca.