Anda di halaman 1dari 34

MASALAH :

Sibuk mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat bertegur sapa dengan jiran walaupun di sebelah rumah sehingga perhubungan menjadi hambar. Kegagalan memahami konsep kejiranan menyebabkan berlaku perselisihan faham, bertekak dan bermasam muka, malah lebih serius hingga peringkat mencederakan dan membunuh jiran.

PERSOALAN : Apa yang anda tahu/faham tentang jiran?

DEFINISI BERJIRAN
DARI SEGI BAHASA - JIRAN Berasal dari perkataan
yang berasal bahasa Arab ertinya orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga

DARI SEGI ISTILAH SYARA - Dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah seseorang. Tidak kira sama ada jiran-jiran itu orang Islam atau bukan Islam

Bukti : Sepotong Hadith Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Abu Daud

Maksudnya: Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga

PERSOALAN : Adakah kejiranan wujud dalam masyarakat kita sekarang?

PERSOALAN : Mengapa kita perlu hidup berjiran?

An-Nisaa : 36
Bermaksud : Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anakanak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.

PEMBAHAGIAN JIRAN
Dari kacamata islam, jiran terbahagi kepada 2 : - jiran yang dekat - jiran yang jauh

PERSOALAN : Mengikut kefahaman anda, apa yang dikatakan jiran yang dekat?

PERSOALAN : Mengikut kefahaman anda, apa yang dikatakan jiran yang jauh?

SABDA RASULULLAH s.a.w


Sebaik-baik teman di sisi Allah yang baik terhadap temannya dan sebaik-baik tetangga di sisi Allah ialah yang baik terhadap tetangganya

PERSOALAN : Apakah tanggungjawab kita sebagai jiran kepada jiran yang lain?

TANGGUNGJAWAB JIRAN
1) Mewujudkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim diantara jiran dengan jiran lain

Al-Hujurat : 13

Bermaksud : Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersukusuku supaya kamu saling kenal mengenali

Al-Hujurat : 10

Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu

TANGGUNGJAWAB JIRAN
2) Janganlah kita melakukan segala bentuk jenayah

Al-Hujurat : 11
Bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah seseorang lelaki menghina seorang yang lain kerana boleh jadi mereka lebih baik daripadanya dan jangan pula seorang wanita menghina wanita lain kerana boleh jadi mereka lebih baik daripadanya, dan janganlah mencaci sesama kamu dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang tidak baik. Seburuk-buruk nama ialah fasiq sesudah beriman. Orang yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang teraniaya

Al-Hujurat : 12
Bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada buruk sangka kerana setengah buruk sangka itu adalah berdosa dan janganlah kamu mengintip kesalahankesalahan orang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?maka kamu benci memakannya

TANGGUNGJAWAB JIRAN
3) Menghormati jiran dengan menahan diri daripada melakukan sesuatu yang mengganggu ketenteraman jiran

Rasulullah SAW telah diberitahu tentang adanya perempuan yang berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, tetapi ia sering menyakiti hati jirannya. Maka Rasulullah SAW bersabda Bermaksud : "Bahawa sesungguhnya dia akan masuk neraka. "

TANGGUNGJAWAB JIRAN
4) Menghormati hati jiran ketika ditimpa sesuatu yang mendukacitakan dan juga sesuatu yang menggembirakan

HADIS RIWAYAT AHMAD DAN HAKIM


y Hadis Nabi mengenai tanda kecil kiamat ada

berbunyi:
y

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan ber sikap yang buruk dengan jiran.

HADIS
y Ibnu Qayyim (rahimahullah)

Menghuraikan hadis itu dengan menjelaskan:

Sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain Allah akan berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya.

TANGGUNGJAWAB JIRAN
5) Memberi segala pertolongan yang diperlukan

y Rasulallah s.a.w bersabda : y Tahukah kamu apa dia hak seseorang tetangga itu? Jika ia meminta

tolong hendaklah kamu tolong, jika ia memohon pinjaman, maka hendaklah anda meminjamkannya. Jika ia susah, maka hendaklah anda bermurah hati kepadanya. Jika ia sakit, maka hendaklah anda melawatnya. Jika ia mati, hendaklah anda menghantar jenazahnya. Jika ia mendapat kebaikan, hendaklah anda turut gembira bersamanya. Jika ia mendapat kesusahan hendaklah anda turut susah juga. Janganlah meninggikan bangunan rumahmu sehingga menahan angin kerumahnya melainkan dengan izinnya. Jangan menganiaya atau menggangunya. Jika anda membeli buah-buahan berilah sedikit kepadanya. Jika anda enggan memberi, maka hendaklah anda membawa masuk ke rumah dengan tidak menampakkan kepada mereka. Jangan membenarkan anak-anak memakan di luar rumah sehingga menimbulkan kemarahan anak-anaknya. Jangan anda mengganggu dengan bau periuk anda (makanan yang sedang dimasak) kecuali jika anda memang berniat untuk memberi mereka sedikit. Tahukah anda apakah hak seseorang tetangga? Demi jiwaku yang berada di dalam kemegahannya. Tiada siapa yang boleh memenuhi hak seseorang tetangga kecuali orang itu telah mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

TANGGUNGJAWAB JIRAN
6) Menyeru dan menasihatkan jiran untuk melakukan kebajikan dan melarang dari melakukan kemungkaran.

Al-Imran, ayat 10:


y Ertinya :y Kamulah sebaik baik umat yang telah dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh orang membuat kebajikan dan melarang orang dari kejahatan serta kamu beriman dengan Allah.

Al-Zalzalah, ayat 99 :
y Bermaksud : y Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan

sebesar zarah sekalipun nescaya dia akan melihat (ganjaran)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah sekalipun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

TANGGUNGJAWAB JIRAN BUKAN ISLAM


Wajib dilaksanakan tangungjawab tehadap jiran bukan islam seperti tangungjawab jiran islam tetapi hanya berhak mendapat hak jiran sematamata.

Rasulallah s.a.w bersabda dalam hadith yang diriwayatkan Bukhari :


y Jiran itu ada tiga macam: iaitu yang mempunyai tiga

hak, jiran yang mempunyai dau hak dan jiran yang mempunyai satu hak. -Adapun jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran muslim yang berkeluarga dengan kita, iaitu mempunyai hak jiran, hak keluarga dan hak Islam. -Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim yang mempunyai hak Islam dan hak jiran. -Manakala jiran yang mempunyai satu hak sahaja ialah jiran bukan Islam, iaitu hak jiran.

y Berhati apabila melaksanakan hak

tangungjawab jiran terhadap jiran bukan islam y Janganlah sampai merosakkan aqidah, syara dan akhlak .

Memenuhi keperluan hidup secara berkelompok

Kemungkaran dapat dibasmi dan dielakkan

Megeratkan silaturrahim dan persaudaraan sesama umat islam dan perpaduan dengan bukan muslim

HIKMAH BERJIRAN

Selesa dan mendapat pembelaan

Diberkati oleh Allah

KESIMPULAN Dalam realiti kehidupan hari ini


y Manusia tidak boleh lari daripada hidup

berjiran, baik di kota mahupun di desa.

y Suka atau tidak terpaksa berdepan dengan

jiran, walaupun mempunyai minat dan cita rasa berbeza, malah ragam yang berlainan.

RUJUKAN
y Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Mustafa Hj.

Daud. 2004. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. y Persaudaraan dalam islam, Mustafa Hj Daud, 1982. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur. y Dasar-dasar pendidikan islam, Mahmud bin Rashid, Mohd Salleh bin Hj Ashaari Tumingan bin Marlan, Perusahaan Offset Bumikita, Kuala Lumpur.