Anda di halaman 1dari 45

BAHASA MELAYU 1

FONETIK DAN FONOLOGI


DISEDIAKAN OLEH: WAHIDA SUHADA DIANA FIZAH

FONETIK DAN FONOLOGI

Maksud fonetik
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambanglambang yang menunjukkan sebutannya.

Maksud fonetik
Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi itu dihasilkan , didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyibunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa.

Maksud fonologi
FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa. Dalam erti kata yang luas, fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organorgan ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut.

Ada juga yang mengaitkan fonologi dengan bidang sosiolinguistik, iaitu yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu, bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus.Dalam kajian fonologi, misalnya untuk mengetahui sebutan sebenar sesuatu perkataan,kita perlu mengaplikasikan simbol-simbol fonetik.

Kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik,iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan Mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI


FONETIK Mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya FONOLOGI Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Bidang fonetik menjadi arus kepada kajian fonologi.

Bidang fonologi menjadi input kepada kajian linguistik pada aras yang lebih tinggi iaitu morfologi dan sintaksis.

Menghasilkan Tugas dan bidang transkripsi fonetik untuk fonologi,merumuskan, semua bunyi dari semua menghuraikan dan bahasa. menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti and terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

Mengkaji unsur setiap bunyi.

Kajian berkaitan dengan penelitian polapola intonasi.

Kajian adalah berkaitan Kajian ini terbahagi dengan hubungan kepada 3 iaitu fonetik akustik,aktikulatori,foneti antara butir-butir leksikal k auditori. dengan butir-butir leksikal yang lain membentuk ayat.

BIDANG-BIDANG FONETIK
Bidang kajian mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa dinamakan sebagai bidang kajian fonetik .

BIDANG-BIDANG FONETIK
Terbahagi kepada tiga bidang iaitu: 1. Fonetik artikulasi 2. Fonetik akustik 3. Fonetik auditori

FONETIK ARTIKULASI
Bidang ini mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia {bunyi konsonan,dan vokal} denagan menggunakan alat tutur,misalnya kedudukan dan pergerakan bibir,lidah,laluan udara dan sebagainya.cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan.

Organ-organ artikulasi terbahagi kepada dua : Artikulator aktif iaitu organ yang bergerak dalam saluran suara yang bergerak seperti lidah,lelangit lembut dan gigi bawah.

Artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas,dan lelangit keras.

CONTOH FONETIK ARTIKULASI


Lambang fonetik bagi huruf tersebut ialah {s} iaitu bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara.

Fonetik akustik
Bidang ini mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia,misalnya bunyi yang kuat,frekuensi,dan jarak bunyi.

Contoh fonetik akustik


Misalnya huruf [ s] Frekuensi bagi bunyi tersebut sekitar 8000-11000 Hz {diukur menggunakan alat khas} dan hampir menyamai bunyi desis yang terdapat pada ular.

FONETIK AUDITORI
Bidang ini mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterpretasikan.dengan kata lain,bidang ini mengkaji cara telinga manusia bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan cara otak menganalisis bunyi tersebut semasa proses komunikasi berlangsung.

Contoh fonetik auditori


misalnya sebutan huruf [s] merupakan bunyi desis yang bising dan boleh didengar dengan kuat oleh telinga.

ORGAN PERTUTURAN MANUSIA


Alat artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa Terbahagi kepada 2; 1) Alat yang boleh digerakan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut 2) Daerah pengeluaran-tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar.

ALAT ARTIKULASI
Hujung lidah Hadapan lidah Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Rahang Anak tekak Rongga tekak Rongga hidung Rongga mulut Tenggorok Epiglotis Pita suara Paru-paru

Anak tekak
Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut Bersambung dengan lelangit lembut Merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut Berfungsi sebagai alat pertuturan Menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Boleh digerakkan,sama ada dinaikkan atau diturunkan

Lidah
Artikulasi utama Alat artikulasi yang terpenting & paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa 5 bahagian: Hujung lidah Tengah lidah Hadapan lidah Belakang lidah Daun lidah

Boleh digerakkan- sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyibunyi vokal. Hujung lidah bahagian yang paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara.

Kawasan bagi kedudukan lidah: Belakang lidah bertentangan dengan lelangit lembut Tengah lidah bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut Hadapan lidah bertentangan dengan lelangit keras Daun lidah sepanjang garisan yang menghadap gusi Hujung lidah bahagian yang paling akhir

Pita suara
Terletak di dalam ruang tenggorok Berperanan dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan bersuara ataupun tidak Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara Seseorang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu

Terdiri daripada 2 keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup Ruang antara kedua selaput disebut glotis Apabila kedua selaput dirapatkan glotis menjadi tertutup Apabila kedua selaput direnggangkan glotis menjadi luas

Apabila selaput suara disempitkan, tidak terlalu rapat udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara Apabila selaput direnggangkan, glotis terbuka tetapi tidak terlalu luas udara dari paru-paru yang keluar melaluinya tidak bergetar dan menghasilkan bunyi tidak bersuara

Rahang
kedudukannya adalah penting dalam pembunyian vokal Contoh; keadaan bukaan antara 2 rahang atas dengan bawah adalah sempit semasa membunyikan vokal [i] dan vokal [u]

Rongga
Merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paruparu Terbahagi kepada 3 iaitu; Rongga tekak Rongga mulut Rongga hidung

Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hingga ke bahagian anak tekak Rongga mulut bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam Rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung

DAERAH ARTIKULASI
Tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa Daerah artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa ialah Bibir Gigi Gusi lelangit

Daerah artikulasi Ada yang boleh digerakkan seperti lelangit lembut yang dinaikkan atau diturunkan Ada juga yang kedudukannya adalah tetap seperti lelangit keras, gigi, dan gusi

BIBIR
Alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat perjalanan udara Terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibunyikan Sebagai contoh,apabila menyebut bunyi [i], keadaan bibir adalah hampar Apabila menyebut bunyi [u], bibir menjadi bundar

Berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut Apabila menyebut bunyi [m], aliran udara akan disekat di bibir

GIGI
Memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa,tetapi peranannya tidaklah aktif Terbahagi kepada dua-gigi atas dan gigi bawah Tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut

GUSI (ALVEOLAR)
Alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit keras keadaan cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-gerakkan Berperanan dalam pengeluaran bunyibunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [t] dan [d].

LELANGIT
Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras (palatal / palatum) dan lelangit lembut (velar / Velum)

LELANGIT KERAS
Terletak di antara gusi dan lelangit lembut Merupakan tulang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut Berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa

LELANGIT LEMBUT
Terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak Tisu lembut pada bahagian pada bahagian belakang lelangit keras Boleh diturunkan dan dinaikkan Amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal

Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan dan udara akan keluar Akan menyebabkan bunyi sengau terhasil, misalnya [n] dan [m] Apabila lelangit lembut dinaikkan, rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar melalui rongga mulut Menyebabkan terhasilnya bunyi-bunyi letupan dan geseran,misalnya bunyi [b] dan [h]

SEKIAN TERIMA KASIH