Anda di halaman 1dari 24

TOPIK 1:

KONSEP ASAS BIMBINGAN


DAN KAUNSELING
ISI KANDUNGAN

1.1 Konsep asas kaunseling, bimbingan dan


psikoterapi
1.2 Perbandingan konsep bimbingan dengan
kaunseling
1.3 Matlamat bimbingan dan kaunseling
1.4 Prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling
1.5 Kepentingan bimbingan dan kaunseling
HASIL PEMBELAJARAN:

1.1 Menerangkan konsep asas kaunseling, bimbingan dan


psikoterapi
1.2 Menyatakan perbandingan konsep bimbingan dengan
kaunseling
1.3 Menjelaskan matlamat bimbingan dan kaunseling
1.4 Menerangkan prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling
1.5 Membincangkan kepentingan bimbingan dan kaunseling
1.1
KONSEP ASAS
KAUNSELING, BIMBINGAN
DAN PSIKOTERAPI
KONSEP BIMBINGAN

• Crow dan Crow (1983)


- bantuan atau pertolongan yang diberikan
dengan betul kepada murid yang berkenaan.
(Murid yang menghadapi masalah peribadi dari
segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial).
KONSEP KAUNSELING
 
•Shertzer dan Stone (1968)
- Proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya.

•Arbuckle (1965)
- kaunseling bukan bertujuan menolong klien
menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi
menolongnya memahami kelebihan dan
kelemahannya, potensi dan keupayaannya.
• Patterson dan Eisenberg (1983)
- proses pertemuan bersemuka di antara
seorang kaunselor dengan kliennya yang
membawa perubahan klien pada akhirnya.

• Kamus Dewan (1998)


- proses teratur yang melibatkan perbincangan
rapi tentang masalah yang dihadapi oleh
seseorang dan usaha mengatasi atau
menyelesaikannya menerusi bimbingan dan
nasihat.
KONSEP PSIKOTERAPI

 
•Terapi
- rawatan sesuatu penyakit fizikal atau
mental melalui proses pemulihan tanpa
penggunaan ubat atau pembedahan.
- Rawatan gangguan mental dilakukan
melalui pelbagai bentuk terapi yang merangkumi
prosedur untuk memulihkan orang yang
menghadapi gangguan mental.
1.2
PERBANDINGAN KONSEP
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
PERBANDINGAN KONSEP
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 Kaunseling merupakan sebahagian proses
daripada perkhidmatan bimbingan.

 Kaunseling merupakan proses pertemuan


secara bersemuka antara seorang pengajar
(kaunselor) dengan seorang murid (klien) yang
menghadapi masalah peribadi atau akademik
dengan tujuan membawa perubahan
tingkahlaku murid kearah menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.
Diagram bimbingan / kaunseling
1.3
MATLAMAT BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
MATLAMAT BIMBINGAN:

•Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan


terhadap semua aspek perkembangan murid yang
seimbang dari aspek JERIS.
• Menyediakan perkhidmatan pencegahan seperti
menghindarkan murid daripada terlibat dalam
masalah disiplin, tingkahlaku dan sebagainya.
• Menyediakan kaunseling berbentuk
krisis(emergency)
• Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti
tuisyen akademik, sosioemosi dan kerjaya.
• Bimbingan untuk semua individu di sekolah.
Bagi Mc Daniel dan Shaftel (1957), bimbingan
merupakan satu bentuk perkhidmatan yang
merangkumi perkara-perkara berikut:

 Orientasi
 Penempatan
Kaunseling
Individu
 Inventori
 Aktiviti susulan
Maklumat pendidikan dan kerjaya
MATLAMAT KAUNSELING:
•Membantu klien untuk menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi.
• Memperkembangkan kefahaman dan celik akal
klien daripada mempunyai satu alternatif utk
menyelesaikan masalah kpd beberapa alternatif
tambahan yg berkesan.
• Mempercepat perubahan tingkahlaku klien
daripada negatif ke arah yg lebih positif.
• Meningkatkan keupayaan klien utk mencapai
kebebasan psikologi spt kebolehan utk terus
menguruskan hidup sendiri setiap hari.
1.4
PRINSIP DAN FALSAFAH
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING : 10

•Tiap-tiap
murid yg menghadapi masalah harus diberi
peluang menerima perkhidmatan tanpa mengira
kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau
kepercayaannya.

•Merupakan tanggungjawab bersama (bukan shj


antara kaunselor dgn murid malah melibatkan
kaunselor dgn pihak sekolah termasuk rakan sejawat
dan ibu bapa.

•Harus mengikut prosedur dan peraturan atau


tatacara yg ditetapkan.
•Interaksi antara kaunselor dengan murid
berdasarkan prinsip hubungan mesra dan
kepercayaan.
• Perkhidmatan hanya boleh diberikan kpd murid yg
sudi menerimanya dan tidak boleh dipaksa termasuk
memilih tempat perbincangan.
• Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara
kaunselor dan kliennya di dalam bilik yg disediakan
khas.
• Bimbingan di sekolah tidak difokuskan kpd
kewujudan masalah tetapi lebih cenderung kepada
pencegahan dan perkembangan.
•Proses mengikut etika demi memelihara hak murid.
Segala maklumat murid adalah sulit dan hanya boleh
didedahkan kpd pihak yg bersama membantunya shj.

•Tindakan susulan hendaklah dirancang selepas


proses perkhidmatan agar memastikan masalah yg
dihadapi tidak akan timbul semula.

•Perkhidmatan hanya boleh diuruskan oleh kaunselor


yang bertauliah atau guru bimbingan yg terlatih.
Proses Bimbingan dan kaunseling
1.5
KEPENTINGAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
•Membimbing murid yg mengalami
masalah

•Dasar pendidikan inklusif yang


melibatkan murid kurang normal
belajar di sekolah biasa contoh:
kanak-kanak ADHD (attention
deficit hyperactivity disorder)

•Guru bimbingan yg mahir


kaunseling membantu guru biasa
mengurangkan masalah kawalan
disiplin dalam kelas.
Sekian…..

Anda mungkin juga menyukai