Anda di halaman 1dari 32

Apakah implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik?

Pendidikan di Malaysia adalah

tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa.

Banyak sebab mengapa pendidikan

menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi.

Imperialisme pendidikan sering

berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;

1) Perubahan pada kurikulum pendidikan 2) Perubahan pada sistem pendidikan 3) Falasafah pendidikan 4) Penggunaan teknologi maklumat 5) Pendemokrasian pendidikan 6) Agama dan gejala sosial 7) Integrasi nasional

Perubahan pada kurikulum sekolah

adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia.

Kurikulum perlu bersifat

futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR 1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh.

Atas kesedaran inilah usaha

menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap matapelajaran.


Ini bersesuaian sekali dengan

gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.

Reformasi pendidikan melibatkan kajian

semula serta melakukan perubahanperubahan terhadap sistem pendidikan.


Ini dilakukan untuk memperbaiki dan

meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa.

Sistem pendidikan yang berwibawa

mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.


Pengurusan dan kepimpinan bagaikan

dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu simpulan yang akrab dan bersepadu.
Pengurusan yang baik, cekap dan

berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya.

Pengurusan dan kepimpinan

mestilah berkualiti dan berwibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulan atau organisasi.
Aspek pengurusan dan kepimpinan

menjadi kritikal kerana institusi pendidikan adalah satu institusi sosial.

Umpamanya, jika sesebuah kilang itu

tidak dapat menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh dibuang atau diproses semula.
Seandainya pengurusan pendidikan

gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.
Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke

dalam Akta Pendidikan 1996.

Dasar Pendidikan negara perlulah

berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas.


Falsafah ini hendaklah merangkumi

kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan sebagainya.


Falsafah merupakan rumusan yang

mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kerajaan telah menubuhkan Koridor

Raya Multi-media dimana ia telah dapat membangunkan teknologi maklumat di Malaysia.


Maklumat-maklumat dari seluruh

dunia dapat dihubungkan terus kepada pengguna.

Penggunaan teknologi maklumat secara yang

betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan politik negara-negara di dunia ini.

Pendidikan di Malaysia maju

setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan.

Globalisasi dan imperialisme

pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar.
Pendidikan di luar bandar perlu diberi

perhatian yang sama seperti sekolah di bandar.

Masalah kekurangan guru terlatih,

taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti merupakan faktor penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan kanak-kanak.

Untuk merealisasikan

pendemokrasian pendidikan, kerajaan telah memberi peruntukan-peruntukan yang boleh dimanfaatkan termasulah membina asrama-asrama bagi membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua,

kerajaan telah membina sepuluh sekolah menengah sains dan berpuluh-puluh lagi asrama diseluruh pelusuk negara.

Mari kita renung rencana berikut;

Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah 38.08 peratus.

(Berita Harian 18 Mei 1999)

(Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak)


Keruntuhan moral di kalangan pelajar

adalah membimbangkan kerana anakanak hari ini adalah aset negara pada masa akan datang. Dalam masa yang sama orang yang berpengetahuan yang dilahirkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan juga terlibat dengan jenayah kolar putih.

Kes-kes rasuah, salah guna kuasa,

pecah amanah dan berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja melibatkan pegawai kerajaan peringkat bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawai-pegawai atasan.

Adakah kita terlalu pantas melakukan

perubahan hinggakan kita terlupa kepada nilai-nilai kemanusiaan? Adakah Dasar Pendidikan Kebangsaan gagal memainkan peranannya?

. . . menglobalisasikan

pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana , berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, merekacipta dan bukan membuat inovasi sahaja.

Tetapi yang paling penting sekali,

sistem pendidikan bertaraf dunia harus mampu melahirkan menusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang manusia yang sempurna, bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi penuh dengan kemampuan intelektual untuk menangani cabaran masa muka.

Ahli Kumpulan: Chan Wan Jing Chan Xin Lin Chiang Wei Luan Janice Ng

Anda mungkin juga menyukai