Anda di halaman 1dari 23

Konsep Mengajar Sebagai Satu Profession

Disediakan oleh : MOHD MUSTAQIM AZALI Nik Ariezan Nik Man Mohd Azizuddin Mohd Kamal Ahmad Izzat Khairi Akmal Arif Mohd Kusin

Pengenalan
Profession keguruan adalah professioan tertua didunia Peranan guru pada masa dahulu hanyalah sebagai penyampai ilmu Apa pula peranan/tugas guru pada alaf ini? Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru haruslah lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya

Guru alaf baru seharusnya professional dan professionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001) Kualiti yang dimaksudkan adalah kualiti proses dan kualiti produk Tetapi apakah profesion dan profesionalism?

Konsep Profesion dan Profesionalisme


Menurut kamus dewan : Profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Ia adalah bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti : kemahiran intelek, latihan ikhtisas, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai kod etika dan mempunyai organisasi sendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan.

Konsep profesionalisme pula merujuk kepada ciri-ciri atau attribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion (Ornstein dan Levine, 1993) Manakala Hoyle (1980) pula menyatakan profesionalisme adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti, syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain.

ADAKAH GURU SEORANG PROFESIONAL? Cuba ingat semula maksud profesion tadi. Mengkut Etzioni (1969), jika guru tidak mempunyai kawalan terhadap standard profesion mereka, maka mereka adalah separa profesional. Hal ini kerana guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan untuk pelbagai aspek dalam profesion.

Seperkara lagi, pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke dalam profesion sebelum dilatih merupakan satu lagi isu. Namun begitu aspek keguruan dianggap satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan/kemahiran melalui latihan dalam satu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesinalisme, komited terhadap klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.

1. Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar. a. Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran b. Pengetahuan mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah c. Pengetahuan mengenai kurikulum, iaitu sukatan pelajaran, buku teks, panduan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran. d. Pengetahuan mengenai pentadbiran sekolah, budaya sekolah dan cara bekerja sebagai satu pasukan dalam organisasi. e. Pengetahuan mengenai tujuan, nilai, falsafah dan sejarah pendidikan

2. Pengetahuan mengenai pelajar Perkembangan kanak-kanak Pengetahuan tentang cara murid belajar dan keperluan pelajar supaya guru dapat menggunakan pendekatan yang bersesuaian Guru boleh menilai pemahaman murid, membuat refleksi amalan pengajaran dan menambahbaik proses PnP.

3. Peningkatan profesionalisme guru Memperkemas teknik pengajaran dari semasa ke semasa. Melengkapkan diri dengan pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan Berupaya membuat keputusan dalam hal-hal bilik darjah dalam profesion keguruan

Ciri-Ciri Guru Yang Profesional


Bersikap profesional Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori Kaya dengan ilmu Bertindak atas landasan etika Bermoral teguh Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa Boleh menilai kebolehan dan kelemahan murid Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa Watak yang terpuji, berperibadi mulia, dan berwawasan

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik Berupaya membentuk perwatakan murid yang biak Taat dan setia terhadap perkhidmatannya Setia kepada kerajaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bagi Mengikut Abdul Shukor Abdullah (1998)

10 tret berkesan menurut McEwan


1. Dorongan oleh misi dan passionate Guru yang berkesan didorong oleh misi seolah-olah suatu panggilan untuk mengajar disamping mempunyai passion untuk membantu pelajar belejar dan berkembang

2. Positif dan benar Menampilkan kualiti seperti hormat, menyayangi, empati dan adil dalam hubungannya dengan pelajar, ibu bapa dan rakan sekerja Lebih demokratik, mudah berhubung dengan pelajar, memperkukuh kekuatan pelajar dan mengenal pasti masalah pelajar Sentiasa berpandangan positif dalam segala cabaran yang dihadapi dan ikhlas dalam membina modal insan yang terunggul

3. Guru sebagai pemimpin Pemimpin yang dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah, belajar, berkembang, melakukan sesuatu secara berbeza, berdikari, bertanggungjawab dan mencapai matlamat. Menjadi teladan kepada pelajar

4. With-it-ness Melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan pelajar dan pengurusan masa. Melaksanakan tugas dengan sempurna dalam BD, dan bertindak dengan bijak dalam menyelesaikan masalah yang wujud semasa mengajar.

5. Gaya Menampilkan gaya tersendiri yang unik, penuh minat, bersemangat, karisma, kecindan, kreatif dan membawa pembaharuan dalam pengajarannya. Setiap guru harus membentuk gayanya tersendiri dan boleh diterima serta dicontohi oleh pelajar.

6. Kepakaran dalam motivasi Guru berkesan merupakan seorang yang bermotivasi dan percaya dirinya berupaya untuk mengubah kehidupan pelajarnya serta memotivasikan mereka untuk menguasai standard dan tingkah laku tertinggi.

7. Keberkesanan pengajaran Tidak mengajar dengan satu teknik Tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan pelajar. Kebolehan berkomunikasi Menerangkan dengan jelas Mewujudkan persekitaran yang kondusif Mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa yang optimum Menangani konflik Boleh menilai prestasi mengajar sendiri

8. Pembelajaran kandungan Mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat Kerana guru akan menghadapi 2 isi utama setiap hari iaitu apakah yang hendak diajar? dan bagaimanakah hendak mengajar?

9. Pintar Guru menggunakan pengetahuan tentang pelajar, sekolah dan komuniti untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah. Guru sentiasa menyiasat dan mengumpul maklumat tentang sebab-sebab pelajar bertingkah-laku sedemikian

10. Celik minda Minda guru berkesan sentiasa aktif dan berfokus terhadap tugas yang diberikan. Melihat sesuatu secara menyeluruh, dan mempunyai kebolehan untuk berfikir dan membuat refleksi terhadap tingkah laku pengajaran serta berupaya menerangkan pelbagai idea.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang profesional. Peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat.