Anda di halaman 1dari 16

Ciri-ciri kesukaran dalam pengamatan penglihatan

Diskriminasi
Diskriminasi pengamatan mengandungi dua jenis:
Diskriminasi persamaan Diskriminasi perbezaan/ganjil

Ketidakbolehan murid-murid untuk membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

Ingat Kembali
Ketidakbolehan mengingat kembali merujuk kepada kesukaran murid untuk mengingat dan menyebut semula nama bahan maujud yang dilonggokkan dengan jumlah yang banyak atau menyebut nama bentuk pada kad imbasan yang telah diamati dalam tempoh yang singkat.

Orentasi Kedudukan
Kad imbasan yang mengandungi susunan beberapa keping gambar yang mempunyai sifat yang sama tetapi satu daripadanya berbeza kedudukan. Murid perlu mengesan gambar berkenaan yang kedudukannya berbeza atau ganjil. Kesukaran dikesan apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk membezakan kedudukan gambar berkenaan atau bentuk, huruf dan nombor yang ditunjukkan kepadanya.

Turutan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. Kesukaran terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan murid untuk mengingati sesuatu mengikut susunan seperti susunan gambar atau beberapa huruf dalam perkataan.

Menyudahkan dan melengkapkan


Tujuan aktiviti ini adalah untuk menlatih murid supaya mampu menyudahkan dan melengkapkan gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat. Contohnya aktiviti memadankan gambar kepala dan ekor haiwan yang dipisahkan. Kesukaran komponen dikesan apabila berlaku ketidakbolehan murid untuk mengenal sesuatu gambar, benda, objek, nombor, perkataan atau ayat.

Menyalin
Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

Rajah latar belakang


Kesukaran dalam komponen pengamatan boleh terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan mereka menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah. Contohnya aktiviti mengesan bentuk geometri yang disusun secara berlapis.

Koordinasi tangan dan mata


Ketidakbolehan murid menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan seperti pergerakan tangan yang lambat, cara memegang pensel yang tidak mantap dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam komponen ini.

Pertalian jarak
Ketidakbolehan murid mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

Gambar bersiri
Murid tidak boleh mengikut cerita dari satu babak ke satu babak yang lain secara berkesan.

Pembalikan
Ketidakbolahan murid membezakan bentuk asal sesuatu gambar, bentuk, huruf, nombor atau perkataan akan menyebabkan kesukaran komponen pengamatan berlaku.

Mencari jalan keluar


Kesukaran dalam komponen pengamatan berlaku apabila berlakunya ketidakbolehan murid-murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Benda tersembunyi
Ketidakbolehan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Ciri-ciri kesukaran dalam pengamatan pendengaran

Anda mungkin juga menyukai