Anda di halaman 1dari 25

CARA-CARA MENGATASI STRESS

GURU IBUBAPA KANAK-KANAK

CARA-CARA MENGATASI STRESS KEPADA GURU DAN IBU BAPA

KEMAHIRAN MENGURUS STRESS


1. 2. Menyedari adanya stress dalam diri. Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah: Kenalpasti masalah Paparkan masalah Cari maklumat Analisis maklumat Cari alternatif Nilai alternatif Bentuk rangka tindakan Bertindak Buat penilaian

TIPS MENGENDALI STRESS


1. Tunggu situasi tenang semula. 2. Berbincang dengan pihak berkenaan. 3. Akui adanya konflik. 4. Semua pihak memahami keadaan. 5. Gunakan perkataan saya . 6. Akui perasaan masing-masing. 7. Elakan membesarkan isu. 8. Dapatkan persetujuan bersama jika ada masalah

BELAJAR MENGAWAL KEMARAHAN


Tarik nafas panjang. Tenangkan diri. Beristigfar dan berdoa. Beredar dari tempat berkenaan. Bicara diri secara positif. Lihat situasi dengan positif. Minta bantuan jika tidak mampu Mengambil Wuduk

FAEDAH MENGAWAL KEMARAHAN


Kurangkan perasaan duka, kecewa dan derita. Elakan salah faham. Kukuhkan perhubungan. Tingkatkan taraf harga diri. Tingkatkan produktiviti kerja.

PEMIKIRAN POSITIF
Definisi; Merupakan kebolehan melihat sesuatu situasi dari sudut yang positif walaupun nampak keadaan sebenarnya adalah negatif.

KAWAL STRESS MELALUI TEKNIK PEMIKIRAN POSITIF


Membolehkan kita menangani sesuatu situasi untuk mencapai hasil yang positif. Dapat meningkatkan harga diri. Berfikiran positif dan menjauhkan fikiran negatif sebagai suatu strategi daya-tindak yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan.

Strategi Pemikiran Positif Mengubah Cara Berfikir


Positif > Perasaan Positif > Tindakan Positif = hasilnya Positif Masalah dijadikan isu, isu dijadikan cabaran dan cabaran dijadikan peluang

SAMBUNGAN
Berbicara dalam diri yang positif; Contoh : Saya boleh .. bukannya .. saya tidak boleh. Saya penyayang dan mudah disayangi bukannya tiada siapa yang sayangkan saya. Saya boleh jadi johan .. bukannya ... saya selalu tidak berjaya.

KAWAL STRESS MELALUI TEKNIK ASERTIF


Definisi Merupakan keupayaan untuk berterus terang bagi menyatakan perasaan, keperluan dan buah fikiran. Di masa yang sama menghormati keperluan dan perasaan orang lain.

Konsep-konsep Asertif
Berupaya mengawal diri dan bertanggungjawab untuk diri sendiri. Membuat keputusan sendiri dalam sesuatu situasi. Sedia mendengar dan memahami perasaan, keperluan dan kedudukan orang lain.

Ciri-Ciri Individu Yang Asertif


Menyatakan pendapat, perasaan dan kemahuan sendiri. Faham yang ia berhak untuk menyuarakan perasaan. Berterus-terang, jujur dan berhati-hati. Menghormati perasaan orang lain.

Kebaikan Bersikap Asertif


Peluang menyatakan hak. Membangkitkan kesejahteraan. Meningkatkan harga diri dan keyakinan. Menggalakkan orang lain mengambil bahagian. Menyatakan buah fikiran dengan nyata dan berkesan. Berupaya untuk menyatakan TIDAK tanpa rasa bersalah.

CARA MENGATASI STRESS KEPADA GURU

STRATEGI MENGATASI STRESS DI KALANGAN GURU


1. Kenal pasti reaksi emosional Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. 2. Komitmen sosial Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

CARA MENGATASI STRESS KEPADA IBU BAPA

1. Tidak lekas menghukum kanak-kanak Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu. 2. Jangan terus menuruti kehendak kanak-kanak Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.

3. Cari jalan penyelesaian masalah Ibu bapa perlulah mencari jalan penyelesaian setiap masalah sama ada yang berkaitan kerjaya mahupun keluarga. 4. Berfikiran terbuka Dengan berfikiran terbuka, kebanyakan ahli keluarga akan melakukan yang terbaik apabila berhadapan dengan konflik idea (seperti menentang apabila berhadapan dengan konflik) dan mereka takut untuk berhadapan dengan ugutan daripada perselisihan faham.

CARA MENGATASI STRESS KEPADA KANAK-KANAK

1. Pastikan bayi atau kanak-kanak selesa di pusat jagaan Sebelum menghantar anak-anak yang pertama kali ke pusat jagaan, ibu bapa perlulah memastikan anak mereka bersedia sebelum dihantar ke pengasuh. 2. Biasakan anak kepada pelbagai suasana persekitaran Ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu.

3. Aturkan program pembelajaran yang sesuai Umpamanya , program yang menekan aspek aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat. 4. Beri galakan dan sokongan kepada anak Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.

RESEPI KEK HEBAT DIRI !


Cara membuatnya :
Bahan-Bahan:10 biji semangat, 250 gm daya usaha 100 gm kesabaran 500 gm keimanan 100 liter keinsafan 5 helai daun pengorbanan 150 gm campuran akhlak mulia (cari di kedai adab sopan) 8 sudu teh,rasa tanggungjawab
Pecahkan dan pukul semangat sehingga naik dan kental, Masukkan usaha dan kesabaran, gaul hingga sebati. Tuangkan keinsafan sedikit demi sedikit, gaulkan dan biarkan adunan menjadi lembut. Selepas itu campurkan keimanan, keinsafan dan rasa tanggungjawab dan campurkan serbuk ahlak mulia, Potong halus-halus daun pengorbanan dan buangkan bahagian dengki, khianat dan putus asa; bahagian yang tinggal iaitu ikhlas dan amanah, tabur atas adunan Kemudian bungkus dengan kertas keinginan secermatnya Masukkan adunan yang telah dibungkus tadi dalam mangkuk timbang rasa dan letakkan dalam dulang tolak ansur Bakarlah bahan-bahan tadi dengan api kesungguhan yang membara. Setelah masak hiasilah dengan senyuman. Hidangkan untuk semua orang (keluarga, jiran, rakan sepejabat) dan RASAILAH NIKMATNYA