Anda di halaman 1dari 25

Kajian Empat Mazhab Mengenai Solat, Puasa dan Taharah.

Disediakan oleh :
PISMP PA 1107 IPGKTAR 2008

Konsep Taharah.
Ahli-Ahli feqah keempat-empat mazhab mendahulukan pebincangan mengenai Taharah sebelum perbincangan mengenai Solat. Alasannya adalah

Sabda Nabi S.A.W

Pengertian dan kepentingan Taharah.


Taharah dari segi bahasa bermaksud bersih dan suci daripada kekotoran. Dari segi Syara : Bersih dari najis samada Hakiki atau Hukmi Imam Nawawi menyatakan : Taharah adalah mengangkat Hadas atau menghilangkan najis atau yang serupa dengan kedua-duanya.

Ulama ketiga-tiga mazhab yang lain menyatakan bahawa taharah adalah menghapuskan apa yang menghalang solat samada hadas atau najis atau menhapuskan hukumnya dengan tanah.

Dari Takrif tersebut dapat difahami bahawa taharah terbahagi kepada dua iaitu : Taharah Hadas dan Taharah Khabath. Secara umumnya taharah adalah merangkumi Wudhu , menghilangkan najis, tayammum dan perkara yang berkaitan dengannya.

Syarat-Syarat Wajib Taharah


1. Islam. ( Sampai Da wah) -Mazhab Hanafi berpendapat orang kafir tidak wajib melaksanakan cabang-cabang syari at. -Imam Syafi i berpendapat sebaliknya.

2. Berakal 3. Baligh - Ulama mazhab maliki berpendapat, sekiranya seseorang menjadi baligh dalam solat atau masih dalam waktu solat, maka dia wajib mengulangi taharah dan solatnya. - Imam Syafi i berpendapat sebaliknya. 4. Berhenti Haid dan Nifas 5. Masuk Waktu 6. Tidak tidur

Tidak Lupa Tidak Dipaksa Ada air atau debu yang suci Berdaya melakukan taharah setakat yang boleh.

Pengertian dan Konsep Solat


Solat dari seg bahasa bermaksud Doa Dari Segi syara Sembahyang adalah Semua Perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam.

Rukun Sembahyang yang disepakati


Ulama keempat-empat mazhab bersepakat dalam 6 perkara iaitu : 1. At-Tahrimah (Takbiratul Ihram) 2. Berdiri 3. Bacaan 4. Ruku 5. Sujud 6. Duduk kali terakhir.

Pendapat Ulama -Ulama Mazhab Mengenai Rukun Solat.


Pendapat Ulama Maliki - Ulama mazhab maliki berpendapat rukun sembahyang ada 14 iaitu : 1. Niat 2. Takbratul Ihram 3. Berdiri dalam Solat Fardhu 4. Bacaan Al-Fatihah bagi imam dan dalam solat Fardhu.

5. Berdiri ketika membaca al-fatihah 6. Rukuk 7. Bangkit dari rukuk 8. Sujud 9. Duduk antara dua sujud 10. Salam 11. Duduk ketika salam 12. tama ninah dalam semua rukun 13. Bangkit sehingga tegap ketika I tidal 14. tertib

Imam Syafi i berpendapat Rukun sembahyang ada 13


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Niat Takbiratul Ihram Berdiri bagi yang mampu ( dalam solat Fardhu) bacaan fatihah bagi setiap orang kecuali uzur Ruku Dua sujud Duduk antara dua sujud tama ninah. Tahiyyat Akhir

9. Duduk semasa tahiyyat akhir 10. Selawat keatas Nabi 11. Salam 12. Tertib

Terdapat juga Perbezaan antara mazhab mengenai perkara-perkara sunat dalam sembahyang

Puasa
Puasa dari segi bahasa menegah dan menahan daripada sesuatu. Dari segi Syara bermaksud menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dengan niat mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Rukun Puasa
Rukun puasa adalah menahan diri dari keinginan perut dan faraj atau menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. Mazhab maliki dan Syafi i menambahkan satu lagi rukun iaitu berniat pada waktu malam.

Bahagian-Bahagian Puasa
Puasa mempunyai beberapa bahgian iaitu Wajib, Sunat, Haram, dan makruh Puasa Wajib dibahagikan kepada 3 bahagian : 1. Puasa wajib mengikut masa iaitu puasa Ramadhan 2. Puasa Wajib kerana ada illat iaitu puasa kifarat 3. Puasa wajib kerana pilihan orang itu sendiri seperti puasa nazar

Mengikut ulama Mazhab Hanafi, Puasa lazim terbahagi kepada dua iaitu puasa fardhu dan wajib. Puasa fardhu terbahagi kepada dua iaitu mu ayyan dan ghair mu ayyan Puasa wajib juga terbahagi kepada mu ayyan dan ghair mu ayyan.

Puasa yang diharamkan


Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya. Puasa pada hari Syak iaitu 30 syaaban.

Puasa Makruh
1. Ianya seperti berpuasa sepanjang masa, menentukan puasa pada hari jumaat saja atau hari sabtu saja,atau puasa pada hari syak. 2. Mazhab Syafi i berpendapat puasa pada 30 syaaban adalah haram. 3. Pendapat Rajih mazhab Maliki bahawa tidak makruh berpuasa sepanjang tahun.

Puasa Sunat
Puasa Sunat yang disepakati oleh ulama keempat-empat mazhab. 1. Berpuasa satu hari dan berbuka satu hari 2. Berpuasa 3 hari pada setiap bulan 3. Puasa Isnin Khamis setiap minggu. 4. Puasa enam hari pada bulan Syawal 5. Puasa Hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) 6. Puasa 8 hari pada bulan zulhijjah sebelum hari Arafah.

Puasa Asyura ( 9 dan 10 ) muharram. Puasa dalam 4 bulan Haram Mazhab Maliki dan Syafi I menyatakn demikan Manakala Mazhab Hanafi berpendapat memadai sekadar bulan muharam. Puasa pada bulan Syaaban. -