Ujikaji
Mencari secari teliti Inkuiri yang sistematik Langkah-langkah
o Sumbangsaran (mendapat idea) o Memilih pembolehubah o Menyoal o Merancang eksperimen o Jalankan eksperimen o Merekod dan mempersembah o Interpretasi dan penilaian o Lapor semula
Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan
2. Penglibatan pelajar
Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara
Peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti. Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur sertamerta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran.
Contoh
Tujuan:Mencungkil idea tentang kaitan antara arus elektrik dengan kecerahan mentol dalam litar sesiri 1. Sambungkan dua mentol secara sesiri menggunakan klip buaya. Sebelum menyambungkannya kepada terminal bateri minta murid ramalkan kecerahan mentol bagi kedua-dua mentol dan mencatatkan ramalan masing-masing di atas kertas atau buku rekod. Catatkan juga ramalan murid di papan hitam. Guru: Ramalkan kecerahan mentol yang disambungkan pada terminal positif bateri (mentol A) berbanding mentol yang disambung pada terminal negatif bateri (mentol B). Murid: Mentol A akan menyala lebih cerah daripada mentol B. Guru: Mengapa? Murid: Arus elektrik bergerak dari terminal positif kepada terminal negatif. Jadinya arus akan masuk dulu ke dalam mentol A dan kemudian barulah mentol B. Guru: Tetapi mengapa mentol B menjadi kurang cerah berbanding mentol A? Murid: Sebahagian arus itu digunakan mentol A dan sudah berkurang sebelum ia mengalir masuk ke dalam mentol B. 2. Sambungkan kedua-dua mentol tadi ke terminal bateri beserta dua buah ammeter: sebuah diletakkan pada kedudukan sebelum mentol A dan sebuah lagi selepas mentol A atau B. Minta murid membuat pemerhatian ke atas kecerahan mentol dan bacaan kedua-dua ammeter yang menunjukkan bacaan arus elektrik (pemerhatian akan menunjukkan kecerahan mentol dan bacaan ammeter sama sahaja, yang bertentangan dengan ramalan murid) 3. Minta murid membuat perbandingan antara ramalan dengan pemerhatian dan menjelaskan sebaran percanggahan antara ramalan dengan pemerhatian yang ada.