Anda di halaman 1dari 24

SITI NOR AISHAH MUKHTAR PISMP KAJIAN SOSIAL AMBILAN JANUARI 2011 Subjek: sejarah

MASALAH DAN CABARAN PERPADUAN KAUM ; PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT SELARI DENGAN OBJEKTIF DEB

DEFINISI PERPADUAN

Proses penyatuan daripada pelbagai jenis aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi tidak termasuk biologikal.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MASYARAKAT MAJMUK?

Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk terdiri daripada bangsa yang tinggal dalam satu kawasan politik tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat dan kepercayaan yang berlainan antara satu sama lain.

DASAR PECAH DAN PERINTAH

o Penghijrahan masuk kaum Cina dan India adalah ekoran daripada dasar kolonial British. o British mahu mengeksploitasi sepenuhnya sumber kekayaan Tanah Melayu. o Kaum Melayu tinggal di desa dan kampung, Cina di bandar dan India di estet dan ladang getah. o British tidak mahu kaum-kaum tersebut berinteraksi kerana bimbang perpaduan dan semangat cintakan tanah air wujud. o Kesan: pembentukan rakyat yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan.

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL

PERBEZAAN TUMPUAN EKONOMI

PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

MASALAH EKONOMI

MASALAH DAN CABARAN PERPADUAN KAUM

FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA

PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA

PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL  Kesan dasar pecah dan perintah British.  Kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.  Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di estet.  British sememangnya tidak mahu mewujudkan perpaduan demi menjaga kepentingan mereka.

PERBEZAAN TUMPUAN EKONOMI  Kaum Melayu kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan  Kaum Cina terlibat dalam perlombongan dan perdagangan.  Kaum India bekerja di ladang getah dan estet.  Aktiviti ekonomi yang berbeza tidak memungkinkan mereka untuk berinteraksi.

PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN  Sekolah vernakular Melayu dan beraliran Inggeris (untuk golongan bangsawan) untuk orang Melayu.  Sekolah Tamil dibuka di estet-estet dan kurang mendapat sambutan.  Sekolah Cina mendapat sambutan kerana terkenal dengan tradisi mementingkan pelajaran anak-anak mereka.  Guru-guru dan buku teks dibawa dari China.  British tidak mahu menyatukan sistem pendidikan kerana bimbang kaum-kaum tersebut bersatu dan timbulnya semangat nasionalisme.

FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA  Orang Melayu sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu terpelihara.  Kaum Cina dan India masih lagi terikat dengan semangat patriotik terhadap negara asal mereka.

MASALAH EKONOMI Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum mencemburui antara satu sama lain. Orang Melayu cemburukan kemewahan orang Cina. Orang Cina dan India cemburukan kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang dalam sektor-sektor pentadbiran.

PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA Setiap kaum menganut agama yang berbeza. Sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum tidak mahu bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain.

PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA Setiap akhbar mengikut bahasa memberikan perhatian menyeluruh kepada kaum masing-masing. Akhbar Cina menumpukan perkembangan dan kejadian di China dan akhbar India lebih tertumpu kepada perkara yang berlaku di India. Semangat cintakan tanah air hanya tertumpu kepada negara asal dan pemahaman terhadap bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain sukar dicapai.

PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU Berlaku dari tahun 1942-1945. Bersikap berat sebelah dan anti-Cina. Kaum Melayu diberi peluang dalam aktiviti pentadbiran Menimbulkan kemarahan kepada kaum Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.

1959 di Pulau Pangkor RUSUHANRUSUHAN YANG TELAH BERLAKU

1964 di Bukit Mertajam

1967 di Pulau Pinang

13 Mei 1969

PENYUSUNAN MASYARAKAT SELARI DENGAN OBJEKTIF DASAR EKONOMI BARU ( 1971-1990) - TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN-

RASIONAL DEB
o Daripada banci penduduk tahun 1970, didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. o Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. o Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

Kaum

Kadar kemiskinan (%)

Pendapatan purata keluarga sebulan (RM) 172.00 392.00 304.00 813.00

Melayu Cina India Lain-lain

64.8 26.0 39.2 44.8

Matlamat DEB

Mewujudkan perpaduan dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, budaya, penempatan dan sebagainya

STRATEGI: SERAMPANG DUA MATA

Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi.

PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

USAHA-USAHA PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

o Menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.

o Peningkatan dalam pendapatan setiap kaum.

o Penyusunan semula corak tenaga.

o Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

o Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990. o Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional. o Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya. o Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

RUJUKAN
Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd. Hasnah Hussin, Mardiana Othman. 2007. Pengajian Malaysia. Selangor: Oxford Pelajar Sdn Bhd.

Fuziah Shafiee, Ruslan Zainuddin. 2000. Sejarah Malaysia . Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd. http://www.ukm.my/fep/document/KERTAS%20DISKUSI%205.pdf diakses pada 30 Julai 2011. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/237-dasarekonomi-baru-.html diakses pada 30Julai 2011.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai