Anda di halaman 1dari 36

MACAM MACAM TENTANG PUASA

TAPI ANDA MALU BERTANYA. RUJUKAN: - PUASA ISNIN & KHAMIS SERTA PUASA ENAM MUHAMMAD NUAIM YASIN - 300 HADITH BIMBINGAN KE ARAH MENCARI REDA ALLAH ZAHAZAN MOHAMED,AHMAD HASAN MOHD. NAZAM - LAMAN WEB JAIS.

Oleh: Muhammad Zulkamal Hisham Bin Zulkifli

TAKRIF PUASA
Secara bahasa, puasa adalah menahan , sama ada menahan makan, minum,percakapan atau perbuatan. Menurit istilah, adalah menahan(diri) dari berbagai bagai hal yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari, dan disertakan niat.

PUASA SUNAT
Puasa sunat iaitu puasa puasa yang disunatkan mengerjakannya. Diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sepanjang tujuh puluh musim.
(Riwayat bukhari 3/1044 no. hadis 2685 dan muslim 8/33 no hadis 1153)

HARI2 YANG DIHARAMKAN BERPUASA


(RUJUKAN : HTTP://SOALJAWAB.JAIS.GOV.MY)

Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :

" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

SAMBUNGAN.

Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t

Hari Haid dan Nifas(darah keluar selepas bersalin).

SAMBUNGAN

Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut. Apa yang penting, wajib menggantinya apabila mampu, atau membayar fidyah bagi yang terus tidak berkemampuan.
..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran (Surah al-Baqarah: 185).

PUASA & INHALER 1


DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

Perlu diberi perhatian bahawa hukum menggunakan inhaler semasa berpuasa hukumnya bergantung samada gas/wap tersebut sampai ke perut atau tidak. Jika ia sampai kepada perut, maka puasa tersebut terbatal. Sebagaimana pendapat Syeikh Dr Ahmad al-Kurdi, Ahli Majlis Fatwa Kuwait, Syeikh Dr Said Ramadan al-Bouti (Prof di Universiti Damsyik), Dr Wahbah al-Zuhaily, dll, bahawa inhaler ini membatalkan puasa.

Ramai juga pakar perubatan mendapati bahawa gas dan ubat tersebut walaupun kebanyakkannya pergi ke tengkorok dan paruparu, akan tetapi akhirnya ada yang sampai kepada perut. Sebab itulah mereka berpendapat inhaler membatalkan puasa. WA.

PUASA & INHALER FATWA DR WAHBAH


DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

. .

Berikut adalah petikan jawapan Dr Wahbah al-Zuhaily :Penggunaan spay/inhaler untuk mengubati asthma membatalkan puasa sebagaimana fatwa beberapa ulama' kontemporari dan telah sampai imsak menghormati bulan tersebut, dan keatasnya dikenakan fidyah sebanyak hari-hari yang dia berbuka. Ada juga pendapat sebahagian yang lain bahawa inhaler tidak batal puasa. Telah dikhabarkan kepadaku dari anakku, seorang pakar perubatan mengenai spray/inhaler didalam perubatan, bahawa pandangan yang lebih tepat adalah sebagaimana yang awal (iaitu batal puasa). sumber : http://www.fikr.com/zuhayli/fatawa_p31.htm

PUASA & INHALER FATWA FIQH KUWAIT


DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

. .

Berkata Syeikh Dr Ahmad al-Khudri (Ahli Majlis Fiqh Kuwait) :


Saya mengesahkan untuk anda bahawa ramai dikalangan ulama terkini mengatakan inhaler membatalkan puasa, Badan Fatwa Kuwait telah mengeluarkan fatwa rasmi mengenainya. Jika pesakit memerlukan hajat yang besar pada siang Ramadhan, dan perubatan lain tidak boleh membantu, maka hendaklah dia membayar fiidyah kemudian Qada selepas Eid, Dan jika tidak upaya untuk berpuasa itu kekal, maka wajib membayar fidyah. Tidaklah ganjaran puasa Ramadhan itu dinafikan keatasnya, inSyaAllah, apabila dia berbuka (tidak berpuasa) kerana uzur

Sumber : http://www.islamic-fatwa.net/fatawa/index.php?module=fatwa&id=23417

INHALER PANDANGAN ULAMA SAUDI


DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

Berkata Syiekh Ibn Baaz rh : Tidak mengapa kerana dilakukan ketika dalurat, Akan tetapi jika boleh melambatkannya sehingga kepada malam, maka ini Adalah lebih selamat :
Berkata Syeikh Ibn Utsaimin rh: Penghembus ini menyejat dan tidak sampai ke perut, maka dalam hal ini kita mengatakan bahawa tiada mengapa menggunakan penghembus ini semasa anda berpuasa, dan anda tidak perlu berbuka puasa dengan berbuat demikian

Kedua-dua ulama diatas adalah bekas Mufti Ulama Saudi. Syeikh Bin Baaz 1974-1999 dan Syeikh ibn Utsaimin 1999-2000.

PENJELASAN HADITH LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN


DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

Matan Hadith:

Apabila tiba setengah Syaban (15 Syaban), maka janganlah berpuasa (sehingga Ramadhan) Takhrij: Dikeluarkan oleh Ahmad (no. 9705), Al-Tirmizi (no. 738), Ibn Majah (no. 1651), Al-Baihaqi dalam Al-Kubra (no. 7751), Abu Daud (hadith no. 2337), Al-Nasai dalam Al-Kubra (no. 2911) dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza[1], daripada Al-Ala daripada Ayahnya daripada Abu Hurairah Status: Tidak Sahih, bahkan Munkar. Hadith ini diingkari oleh jumhur huffaz hadith salaf seperti AbdulRahman Ibn Mahdi, Abu Zurah Al-Razi, Ahmad bin Hanbal, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baihaqi, Yahya Ibn Main, Abu Bakr Al-Athram, Ibn Adi, Al-Nasai dan lain-lain. Imam Ahmad menyatakan hadith ini sebagai Munkar dan tidak terpelihara, Imam AbdulRahman Ibn Mahdi tidak pernah menyebutkannya (meriwayatkannya) dan malah dia cuba mengelak diri daripada meriwayatkan hadith ini.

PENJELASAN HADITH LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN


DARI : KHAIRUL AMIN MOHD SALLEH

Imam Muslim pula meninggalkan hadith ini dan menolak untuk memasukkan dalam Sahihnya, malah ia juga tidak dimasukkan Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya. Mereka menolak hadith ini kerana masalah padanya, iaitu tafarrudnya (bersendiriannya) seorang rawi iaitu Al-Ala yang meriwayatkan daripada Ayahnya (tafarrud Al-Ala daripada Ayahnya) dan juga sebagaimana yang dikatakan Imam Ahmad ia bertentangan dengan hadith lain yang sahih menyatakan baginda Nabi SAW biasa menyambung terus puasa Baginda SAW daripada Syaban ke Ramadhan. Dalam Tahzib Al-Tahzib, Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam Abu Daud tentang Al-Ala, kata Abu Daud: :... : .Mengingkari kami hadith puasa Syaban daripada Al-Ala iaitu hadith Apabila tiba setengah Syaban, maka janganlah berpuasa Juga disebutkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam Sunannya setelah meriwayatkan hadith ini: "Berkata Abu Daud, berkata Ahmad bin Hanbal: hadith ini Munkar... AbdulRahman (Ibn Mahdi) tidak pernah sama sekali menyebutkannya/ meriwayatkannya

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Makan dan minum(Kecuali jika kita lupa sedang berpuasa). Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w :
Jika seseorang lupa ketika ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allahlah yang memberinya makan dan minum(Riwayat Bukhari dan Muslim)

SAMBUNGAN...
Muntah dengan sengaja. Sesiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqada(mengganti) puasanya , dan sesiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqada puasanya(Riwayat Al-Hakim) Murtad Nifas(darah keluar selepas bersalin) Bersalin Gila / hilang ingatan walaupn hanya sebentar. Mabuk.

SAMBUNGAN
Kedatangan haid bagi wanita. Suntikan yang mengandungi makanan. Iaitu menyalurkan makanan ke perut dengan maksud memberi makan bagi orang sakit. Bagaimanapun bagi penyemburan gas untuk pesakit lelah ulama berbeza pendapat ada yang mengatakan tidak batal dan sebaliknya. (mungkin boleh tanya boss utk lebih terperinci..hehe)W.A

SAMBUNGAN

Jimak/ melakukan hubungan suami isteri.


Imam Asy-Syaukani berkata, Jimak (bersetubuh) dengan sengaja, tidak ada khilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa hal tersebut membatalkan puasa, adapun jika jimak tersebut terjadi kerana lupa maka sebahagian ahli ilmu menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja

SAMBUNGAN

Mengeluarkan air mani dalam keadaan terjaga, sama ada kerana sengaja mengeluarkannya atau keluar disebabkan bersentuhan, mencium, bepelukan atau seumpamanya. Jika air mani keluar dalam keadaan tidur makan hal itu tidak sampai membatalkan puasa.

PERKARA2 YG HARUS DIJAGA KETIKA BERPUASA.


Puasa bukanlah sekadar menahan makan dan minum semata mata, tetapi puasa ialah menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencelamu atau tidak mengetahui perkaramu, maka katakanlah : Aku sedang berpuasa

Meninggalkan dusta atau berbohong. Menjaga lisan dari ucapan keji dan kotor Tidak mengumpat , mengadu domba dan bersumpah palsu. Mencarut dan memaki.

SAMBUNGAN
Perkara perkara seperti ini memang tidak boleh kita lakukan ketika berpuasa atau pun tidak berpuasa. Namun hal ini ditekankan lagi apabila kita sedang berpuasa. Oleh itu hendaklah kita menjaga lisan dari perkataan kotor, keji dan dusta agar puasa kita tidak sia sia sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :Ramai orang berpuasa , namun puasanya hanyalah sekadar menahan lapar dan haus semata mata.

PERKARA2 YANG BOLEH KETIKA BERPUASA.


Bersiwak atau menggusok gigi. Berkumur kumur dan memasukkan air ke hidung selagi ia tidak dilakukan secara berlebih lebihan. Rasulullah s.a.w bersabda : Dan bersungguh sungguhlah memasukkan air ke hidung, kecuali jika kamu sedang berpuasa.

SAMBUNGAN
Mencium atau merangkul isteri. Baginda s.a.w mencium aku padahal baginda sedang berpuasa (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim). Menjirus air ke kepala kerana panas atau haus. Berpagi pagi dalam keadaan junub(menyegerakan mandi wajib). Jika seseorang dalam keadaan junub setelah terbitnya fajar, sedang ia berpuasa, maka puasanya tidak batal dan ia boleh meneruskan puasanya.

SAMBUNGAN
Mencicipi makanan Tidak mengapa mencicipi cuka atau sesuatu selagi tidak masuk ke kerongkong, sedang ia berpuasa(riwayat Bukhari) Suntikan yang tidak dimaksudkan untuk memasukkan makanan ke dalam perut. Bercelak. Rasulullah s.a.w dengan ithmid(sejenis celak daripada bahan logam, seperti besi.) ketika baginda sedangg berpuasa (riwayatt Tabrani dan Baihaqi). Mencabut gigi.

PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS


Puasa Isnin dan khamis adalah amalan yang jika dikerjakan akan mendapat tambahan pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. Orang yang berpuasa sunat adalah orang yang memerintah dirinya. Jika ia ingin menyempurnakan maka silakan. Dan jika ia ingin berbuka(membatalkannya), silakan (Riwayat Tirmizi dan Al-Hakim)

SAMBUNGAN

Namun demikian, makruh bagi kita membatalkan puasa sunat itu tanpa uzur. Firman Allah :
dan jangan lah kamu merosakkan(pahala) amalamalmu(Surah Muhammad:33)

Membatalkan puasa sunat kerana suatu uzur, seperti sahabat atau saudara yang mendesak kita makan bersama, atau harus menghormati tetamu yang sedang menikmati minuman atau makanan, maka hal itu tidaklah makruh malah sebaiknya membatalkan puasa.

SAMBUNGAN

Rasulullah s.a.w dalam sabdanya pernah menjelaskan : Sesiapa sahaja yang berkunjung kepada saudaranya sedang ia berpuasa, lalu ia berbuka, maka Allah taala menuliskan untuknya puasa pada hari itu(Riwayat Dailami). Pada suatu hari ketika makanan untuk Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah dihidangkan, ada salah seorang yang berkata, Sesungguhnya aku berpuasa. Maka Baginda bersabda : Saudaramu mengundangmu dan ia menuntutmu.Berbukalah dan berpuasalah (sebagai gantinya) di tempat (hari) lain jika kamu mahu.(Riwayat Baihaqi)

BOLEHKAH MENGQADA PUASA ISNIN DAN KHAMIS?


Saudaramu mengundangmu dan ia menuntutmu.Berbukalah dan berpuasalah (sebagai gantinya) di tempat (hari) lain jika kamu mahu.(Riwayat Baihaqi) Oleh itu jika seseorang terhalang untuk berpuasa sunat pada hari2 tersebut kerana suatu sebab, misalnya kedatangan haid yang terus menerus bagi perempuan, maka ia boleh mengerjakannya pada hari hari yang lain.

KUTAMAAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS


Mengikut sunnah. Rasulullah s.a.w sangat bersemangat dan bersungguh sungguh berpuasa pada isnin dan Khamis(Riwayat Tirmizi, An-Nasai , Ibnu Majah, dan Imam Ahmad) Amal manusia dihisab: Rasulullah s.a.w bersabda: Amal- amal perbuatan dikemukakan pada hari Isnin dan Khamis, oleh itu aku ingin amal perbuatanku dikemukakan ketika aku sedang berpuasa(Riwayat Tirmizi)

SAMBUNGAN
Hari kelahiran Muhammad s.a.w(Pada hari isnin,12 Rabiul awal tahun 571 Masihi) Hari kerasulan Nabi Muhammad s.a.w Abu Qatadah r.a, menceritakan , Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa pada hari isnin. Jawab baginda : Hari itu saya dilahirkan, hari itu saya diutus, dan hari itu Al-Quran diturunkan kepadaku(riwayat Muslim).

SYARAT SAH PUASA


Islam; tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama. Berakal; tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja. Bebas dari haid dan nifas; tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.

RUKUN PUASA

Menahan diri dari berbagai bagai hal yang membatalkan puasa sejak terbit fajar hingga matahari terbenam. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu,dan makan minumlah hingga terang bagi kamu benang putih(cahaya siang) dari benang hitam(kegelapan malam) iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga (tiba) malam. (Surah al-Baqarah :187) Niat(Sesiapa yang belum berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya;(Riwayat Abu Daud, Tirmizi , NasaI dan Ibnu Majah)

ADAB ADAB BERPUASA


Bersahur. (Rasulullah bersabda : Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat(Riwayat bukhari dan muslim) Tidak mensiasiakan makna puasa. Puasa bukanlah sekadar menahan makan dan minum semata mata, tetapi puasa ialah menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencelamu atau tidak mengetahui perkaramu, maka katakanlah : Aku sedang berpuasa Bermurah hati dan mempelajari Al-Quran

SAMBUNGAN
Menyegerakan berbuka puasa Berdoa ketika berbuka puasa. (Nabi s.a.w apabila berbuka mengucapkkan : Telah hilang rasa dahaga, urat-urat telah basah dan tetaplah pahala, insyaAllah.(Riwayat Abu Daud) Berbuka dengan kurma masak atau kering atau dengan air putih.

HADITH HADITH BIMBINGAN


Memberi Makan Kpd Orang Berpuasa Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang memberi makan makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu(Riwayat al-Tirmizi) Puasa pada bulan syawal Daripada Abu aiyub al-Ansari, Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal,nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun(Riwayat Muslim)

SAMBUNGAN..

Puasa 3 Hari sebulan Daripada Abdullah bin Amar r.a, Nabi s.a.w bersabda: Berpuasalah pada setiap bulan sebanyak 3 hari, ganjarannya ialah puasa setahun(Riwayat alBukhari dan Muslim) Balasan Kepada Mereka yang Enggan Berzakat Daripada Abdullah bin Masud r.a, Nabi s.a.w bersabda : Tidak ada seorang pun yang tidak menunaikan zakat hartanya melainkan dijelmakan dihadapannya seekor ular yang besar berkepala putih (Kerana terlalu banyak bisa) sehinggalah ia membelit leher orang itu(Riwayat al-NasaI dan ibn Majah)

SAMBUNGAN
Nafsu tidak akan kenyang Daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda : Seandainya anak Adam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah tanah(Kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Meringan kan lidah untuk berzikir Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Dua kalimah yang ringan di lisan, berat di mizan, disukai al-Rahman : Maha suci Allah dan segala puji pujian untukNya, Maha suci Allah yang Maha Agung

SEKIAN TERIMA KASIH.

Segala yang baik datang nya dari Allah dan yang tidak baik juga dari Allah swt. Manusi tidak ada daya untuk mendatangkan sesuatu kebaikan atau keburukan kecuali dengan izin Allah, Minta Maaf jika terkasar bahasa,tutur kata, budi bicara. Assalamualaikum..

Anda mungkin juga menyukai