SOP KAWALAN
MAKHLUK
PEROSAK
10 SEPTEMBER 2014
1.0 OBJEKTIF
Untuk mengawal kehadiran
makhluk perosak di
Jabatan Dietetik dan Sajian.
2.0 SKOP
Prosedur ini adalah berkaitan
dengan urusan pengawalan
makhluk perosak di Unit Sajian.
3.0 PROSEDUR
i. Syarikat Konsesi mengendalikan perkhidmatan
kawalan haiwan / serangga perosak mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
ii. Sekiranya terdapat ketidak akuran kepada
perkhidmatan tersebut,isi ‘Work request Form’
iii. Pemeriksaan kesan kehadiran serangga / makhluk
perosak ke atas bahan makanan kering yang sampai
atau peralatan yang baru diperolehi hendak lah
dilakukan sebelum disimpan didalam stor / digunakan.
iv. Semua makanan kering yang telah dibuka hendaklah
disimpan di dalam bekas bertutup.
v. Pastikan semua bahan makanan di dalam stor tidak
disimpan di atas lantai dan jauh dari
[Link] antara satu sama lain bagi
memudahkan pemeriksaan dijalankan.
vi. Tumpahan makanan dibersihkan secepat mungkin.
vii. Bekas sampah dengan penutup yang tidak mudah
dirosakkan oleh makhluk perosak disediakan di luar
dan dalam premis.
viii. Bahan buangan makanan hendaklah dibuang secepat
mungkin dan jangan dibiarkan semalaman di dalam
kawasan dapur
ix. Peralatan yang telah digunakan perlu dicuci dengan
segera.
x. Buat pemeriksaan sekiranya terdapat kawasan yang
selalu berlaku kehadiran makhluk perosak dan ambil
tindakan sekiranya ada.
xi. Ruang dan lubang yang boleh dilalui lipas,lalat dan
tikus ditutup.
xii. Hapuskan serangga perosak atau tempat
pembiakannya dengan langkah yang sewajarnya.
xiii. Aktiviti kawalan makhluk perosak akan dijalankan
sekali dalam tempoh [Link] Jadual PPM Pest
Control.
[Link] berkala dilakukan sekali
seminggu menggunakan Borang Audit
Kawalan Makhluk Perosak.
xv. Sekiranya terdapat tanda-tanda kehadiran
makhluk perosak,maklumkan keapada
pegawai yang bertanggungjawab dan buat
laporan di dalam Buku [Link] borang aduan
kepada syarikat konsesi untuk tindakan
selanjutnya.
4.0 TANDA –TANDA
KEHADIRAN TIKUS
Tanda gigitan pada pembungkusan,bekas
makanan,peralatan di dalam stor atau fabrik.
Kehadiran tahi tikus.
Kehadiran lubang dan sarang tikus.
Kerosakan pada makanan.
Kehadiran lubang dan sarang tikus.
Kerosakan pada makanan.
Kehadiran tikus di dalam semak berdekatan.
Kesan tapak kaki dan ekor pada tempat yang
berdebu.
Penggunaan lampu ultra-violet untuk
mengesan kencing tikus.
5.0 TANDA-TANDA
KEHADIRAN SERANGGA
Kehadiran sarang pada permukaan
pembungkusan makanan,pada
makanan,para penyimpanan atau peralatan.
Kehadiran serangga dewasa-pupa atau larva
samaada hidup atau mati.
Kehadiran lubang-lubang kecil pada
makanan atau pembungkus.
Kehadiran najis,telur atau kesan telur lipas.
Kehadiran bau.
Kehadiran kesan sisa makanan serangga.